24 July 2012

Bedah Buku "Cinta Kerana Allah" oleh Ust. Pahrol

0 ulasan
Catatan daripada video Bicara ad-Din (link video di bawah post)
  • Untuk menimba ilmu, rendahkan hati terlebih dahulu kerana ilmu yang tinggi akan turun pada hati yang rendah
  • Cinta = penting kerana banyak perintah Allah berkaitan dengan cinta (80 kalimah cinta dalam Al-Qur'an– antaranya perintah untuk mengikuti sunnah Rasulullah ﷺ sebagai tanda mencintai Allah :
"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ~Surah Ali-'Imran, Ayat 31~
  • Cinta bukan soal pinggiran tetapi ia soal hati, dimana manusia bertindak melalui apa yang dirasa. Hanya kita yang selalu salah mentafsir cinta

Cinta Allah sebelum cinta kerana Allah! -gambar sumber "It's Sunnah"
  • Sebab itu jatuh cinta dikatakan jatuh hati
  • Keluarga ialah nukleus, ‘circle of influence’ yang terdekat
  • Marhalah : membentuk diri  membentuk keluarga
  • Ramai orang mencari bahagia dalam rumahtangga, namun Ulama' berkata “Jangan cari kebahagiaan dalam rumahtangga, tetapi bawalah kebahagiaan dalam rumahtangga”
  • Islam tetap tinggi, tetapi umat Islam tiada jaminan kerana boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja jika tidak mengamalkan cara hidup Islam. Akuilah kita berada pada tahap terbawah agar kita boleh naik dengan segera, tetapi jika masih menafikan bermaksud kita mempunyai masalah
  • Penceraian & zina berlaku kerana salah mengurus cinta
  • Dua kayu disatukan dengan paku, dua batu disatukan dengan simen, dua hati disatukan dengan iman
  • Perpecahan merupakan salah satu kemungkaran
  • Ulama' berkata punca kemungkaran ada 3 :
  1. Kita percaya Allah tetapi tidak yakin (percaya dengan fikir, yakin dengan rasa)
  2. Percaya tetapi tidak meyakini hari Akhirat (sense of the end)
  3. Sifat pentingkan diri sendiri (individualistik), tidak ada ukhwah (tidak ada CINTA!)
  • Keyakinan pada hari Akhirat yang mendorong kita hidup
  • Iman berkadaran terus dengan cinta : Cinta adalah buah, Iman adalah benih
  • Cinta mesti kerana Allah, tetapi sebelum itu mesti cinta kepada Allah dahulu
  • Leka dengan cinta adalah seperti leka dengan hadiah, tetapi lupa pada Pemberi!
  • Perlu ada silibus cinta dalam pembelajaran di sekolah (maksudnya, dijelaskan dalam kelas Tauhid, bukan sesuatu silibus yang baru)
  • Kenapa Allah menciptakan cinta? Ia berkait rapat dengan tujuan manusia diciptakan:
  1. Menjadi hamba Allah
  2. Menjadi khalifah – dengan memberi kebaikan
  • Amanah pernah ditawarkan kepada makhluk Allah seperti gunung dan langit, tetapi makhluk lain tidak sanggup memikulnya melainkan manusia, tetapi manusia tidak boleh pikul seorang diri  dari sini perlunya kita berjemaah
  • Cinta bukan tujuan, tetapi alat & jalan untuk kita menjadi khalifah
  • Peraturan cinta :
  1. Ikhlas dalam bercinta
  2. Ittiba’ (ikut sunnah), syariah menjadi rujukan
  3. Bila bertembung dengan kehendak Allah, dahulukan kehendak Allah
  • Krisis pertengahan hidup banyak berlaku dalam masyarakat (bila cinta sudah suam-suam kuku). Pada saat ini budi & akhlak yang mahu dilihat
  • Itulah ‘signal’ dari Allah : Semakin meningkat usia perlu semakin tinggi nikmat cinta kepada Allah
  • Jika pangkal jalan sudah salah, bagaimana mahu kembali ke pangkal jalan di saat sudah jauh di persimpangan?
  • Cinta antara makhluk – Allah yang satukan
  • Peraturan Allah jika diibaratkan seperti tanda-tanda di jalan (peraturan jalan) – bukan untuk sekatan tetapi sebagai kawalan.
  • Jika tidak disemai benih padi (benih kebaikan) & dibiarkan gersang, jangan dimarahi lalang yang tumbuh kerana mengharapkan padi.  Ibarat kekesalan melihat anak yang dibuang akibat zina tetapi jalan menghampiri zina semakin dipromosi!
  • Mulianya bangsa Arab setelah mereka menganut agama Islam, bukan kerana bangsa  rujuk artikel Negara Cinta (jika tertegak agama dalam diri, nescaya akan tertegak Islam dalam Negara)
  • Setiap orang ada blindspot (titik buta/kelemahan yang tidak terlihat oleh diri sendiri), sebab itu ada muzakarah
  • Sesi Q&A :
    • Masalah manusia bukan kerana tidak ada Tuhan, tetapi kerana terlalu banyak ‘Tuhan’
    • Orang ikhlas hanya mempunyai 1 Tuhan
“Perjuangan para Rasul yang utama adalah membanteras syirik (*bukan yang bomoh sahaja) tetapi sistem kehidupan” [Dr. Yusuf al-Qaradhawi]
    • *kita dah sujud dalam solat tetapi ekonomi & hal lain tidak
    • Rukun Iman – Percaya – Benih (input)
    • Rukun Islam – Proses – Pohon
    • Ihsan – Outcome – Buah (Output)
    • Jika buah rosak  sama ada pokok / benih yang rosak (seperti juga membuat kuih)
    • Untuk baiki Dunia  baiki manusia  baiki hati  baiki solat
    • Tidak selesainya Fardhu Kifayah berasas dari tidak selesainya Fardhu ‘Ain
    • Hadith Ghurabaa’ (Islam kembali asing) : Adakah dengan hadith ini kita pasrah? Tetapi biarlah kita yang sebabkan Islam menjadi mulia kembali
    • Kita tidak melihat effect (kesan), tetapi melihat effort (usaha) -*ada dibincang di dalam Majalah Solusi : Memilih al-Fateh)
    • Kecilkan masalah dengan membesarkan cita-cita (cita-cita ibarat air, masalah ibarat garam)
    • *Beruntunglah orang yang berjuang dengan Islam di saat umatnya rosak
    • Untuk selesaikan benang yang kusut – lihat pada puncanya, bukan terus tarik sehingga putus / ditarik terlalu perlahan
    • “Cara hidup kita akan menentukan cara mati kita” [Imam al-Ghazali]
    • Sebelum membetulkan cara hidup, betulkan semula tujuan hidup
    • Kebanyakan dari kita buat perkara yang betul tetapi tidak betul-betul, walhal kebanyakan orang barat membuat perkara yang tidak betul secara betul-betul
    • Keyakinan kepada supernatural – fitrah anak-anak (kerana tidak memerlukan logik akal – otak kanan – visual)
    • Anak-anak dibawah umur 6 tahun : terapkan dengan contoh & ikutan yang baik
    • Sejauh mana kita mencintai Allah adalah pada sejauh mana kita mengenal Allah
    • Peringkat Tasawuf – perlu Takhalli (buang) perkara yang tidak elok, kemudian Tahalli (mengisi hati dengan ingatan kepada Allah), untuk mencapai Tajalli (darjat tertinggi kerohanian manusia, kebahagiaan sejati)
    • Paling menguasai – subconscious mind (minda separa sedar)
    • Siapa kita 5 tahun akan datang ditentukan oleh apa yang kita baca / dengar / lihat sekarang
Berikut adalah video rakaman Bedah Buku Cinta Kerana Allah (Bicara ad-Din), sumber kepada olahan teks yang telah ditulis :

07 July 2012

''Ayyuhal murid'' episod 4 bahagian 3/3 : HATI

0 ulasan
Sungguh, hati ini cair & berbunga setiap kali mendengar kata-kata murabbi Al-Habib Ali Al-Jufri.. Allahu-rabbi....
Sahabat2ku, luangkan masa menonton siri-siri video "ayyuhal murid" ini.. hati adalah raja bagi jiwamu maka bersihkan ia senantiasa!

*(saksikan sendiri untuk lebih 'feel', sambil membaca terjemahan BM, merasai kelembutan bicaranya & melihat wajahnya yang sentiasa tersenyum) -I REALLY want you to feel this wonderful feeling ♥ !!-

 Namun saya akan turut kongsikan beberapa poin penting dari video di bawah ini (penutup episod 4) :
1. Untuk membersihkan hati, mulakan dengan menutup pintu / jalan kejahatan ke dalam hati :
- Ibarat tingkap rumah yang terbuka & debu dari luar masuk sedang kita menyapu --> susah nak bersih kan? Maka tutuplah pintu-pintu kejahatan sebelum membersihkan hati..

 BAGAIMANA MENUTUP PINTU-PINTU KEJAHATAN?
1. MENJAGA Pintu Pancaindera (penglihatan, perkataan, pendengaran..) --> dalam video ini fokus mengenai pandangan mata & hati :
- Apakah perlu tutup mata? Tidak, hatilah yang memandu pandangan itu, tapislah dengan iman di hatimu
- JAUHI 3 PANDANGAN INI :
---1- Pandangan yang ada kena mengena dengan nafsu, syahwat - Sama ada di jalanan / tv / internet
---2- Melihat dunia dengan pandangan pengagungan - Boleh pandang dengan kemuliaan (ini ciptaan Allah), tak salah melihat keadaan rekaan manusia yang cantik / untuk manfaatkan.. tapi jangan jadikan didalam hati ada pengagungan terhadapnya
---3- Memandang kepada salah satu makhluk Allah dengan pandangan penghinaan - Seperti memandang rendah kepada orang lain, hatta dalam ketaatan kepada Allah / bermegah dengan ilmu yang dimiliki. Jangan sesekali melihat orang yang bermaksiat dengan pandangan kehinaan (hal ini akan menggelapkan hati), lihatlah dengan rasa belas kasihan. Hinalah maksiat/kekufuran, bukan orangnya.


16 April 2012

SOLAT - BEKALAN DALAM KEHIDUPAN

0 ulasan
slot MUKMIN PROFESIONAL @ IKIM.fm 16-APRIL-2012
(bersiaran setiap Isnin jam 5.15 - 6 petang)
Penyampai :- USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI-

Slot Mukmin Profesional petang tadi bersama Ust. Pahrol & DJ Norhayati [foto sumber IKIM.fm]

Muqaddimah :
  • Husnudzhan (bersangka baik) pada Allah
  • Kepedihan hari ini = Allah didik kita dengan kesabaran
  • Keceriaan, kemudahan &  keindahan = Allah didik kita dengan kesyukuran
Kenapa kita solat?
  • Kita bukan sahaja perlu tahu solat, tapi perlu tahu kenapa perlu solat
  • Dalam perjalanan hidup, beban bertambah, tenaga berkurangan
  • Kalau tiada bekalan > cepat letih walau tahu tempat perhentian
  • Solat :
    • Bekalan rohani
    • Talian hayat dengan Allah, jika tidak, kita umpama layang-layang terputus talinya
    • Hubungan dengan Allah -> Allah akan jaga kita jika kita jaga hubungan denganNya (dengan bersolat)
    • Tiang agama (deen = the way of life = sistem hidup; ekonomi, etc)
  • Berleluasanya maksiat & jenayah -> indikator solat 'tidak selesai'
  • "Untuk baiki dunia > baiki manusia > baiki hatinya > baiki solatnya"
  • kerana solat dapat cegah fahsyar & mungkar
  • Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Rasulullah   , “Bagaimana keadaan orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri?”. Rasulullah   menegaskan: “Solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.” “Tetapi kalau orang itu masih jahat juga setelah mengerjakan solat, bagaimana?”. “Itu yang saya katakan, dia perlu memperbaiki mutu solatnya. Perbaiki solatnya .. bila solat dah baik, insyaAllah orang itu akan jadi baik.”
  • Saidina Umar al-Khattab memilih pegawai-pegawai yang menjaga solatnya
    • --sesiapa yang menjaga solat, dia akan menjaga amalan Islam yang lain. Jika tidak, dia akan meminggirkan hukum-hukum Allah yang lain (tidak integriti, tak rajin)--
  • "Cara terbaik mengekalkan keamanan ialah sentiasa bersiap sedia untuk berperang" (sentiasa dilatih)
    • kita berperang setiap hari dengan syaitan (musuh yang tak pernah tidur, paling konsisten) & nafsu
    • hakikatnya kita kumpul kekuatan semasa solat!!
  • Syaitan pun ciptaan Allah, jika kita dekat dengan Allah, kita dapat berlindung dengan Allah daripada gangguan syaitan
  • "When God is your friend, who is your enemy?"
  • Bila dekat dengan Allah, dekat dengan kekayaan (Al-Ghaniy), maka rapat dengan kebahagiaan & kelembutan (Al-Latif), rapat dengan kemuliaan (Al-Karim).. = KEJAYAAN ! (HAYYA 'ALAL FALAH)
    • kejayaan yang holistik (batiniah + maknawi)
    • Surah Al-Mukminun Ayat 1-2 : "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.."


SESI SOAL JAWAB

Q1 : Cara lawan syaitan dengan solat?
J1 :-
  • Musuh lahiriah vs. Musuh Batiniah :
    • contoh musuh lahiriah ; yahudi zionis. Untuk melawannya ada yang bakar bendera Israel / boikot barangannya .. yang itu kita boleh nampak..
    • contoh musuh batiniah ; berat untuk bangun subuh, hatta untuk mengangkat selimut.. 
    • *Maka yang manakah musuh yang lebih besar?
  • Syaitan tak dapat tewaskan manusia yang ikhlas (antivirus)
  • Jangan menanti untuk ikhlas, tetapi carilah (usaha) untuk ikhlas
  • Ilmu tauhid - untuk penghayatan - titipkan dalam hati (berdasarkan kuliah beliau dalam slot terdahulu)
  • Baca Surah An-Nas sebelum solat (+ ta'awwuz)
  • Metafora : Bila bertembung dengan anjing, ia menyalak & ingin menyerang, kita tak dapat berlawan terus dengan ia, jadi kita mesti berhadapan dengan tuan anjing tersebut, ia akan lari..
    • *seperti jua syaitan, kita tak dapat lawan terus dengannya, maka kita perlu kekuatan dari pencipta, yakni Allah
  • Orang yang solat - sentiasa berhubung dengan Allah
  • Hati akan dapat kekuatan (rebutan antara malaikat dengan syaitan) -hati berbolak balik
  • Ilmu + iman + amal + taqwa (4 lingkungan yang saling berkait) >> menuju taqwa (kekuatan kita)

Q2 : Jika tertinggal solat?
J2 :-
  • Wajib qada' setakat yang mampu (kerana itu hutang kita dengan Allah)
  • Rasa bersalah meninggalkan solat tapi tak ganti-ganti? maknanya masih belum benar-benar rasa bersalah
  • Love is not only a noun, but a verb (to be acted upon). Rasa bersalah / cinta akan mengarahkan pancaindera untuk melaksanakan apa yang tertinggal / diperintahkan

Q3 : Solat itu terjemahan dalam kehidupan (tersirat)?
J3 :-
  • Hubungan antara solat dengan kehidupan / kehidupan dengan solat
  • Mendirikan solat (bukan mengerjakan) >> bukan sahaja menegakkan tuntutan Allah dalam solat itu (tindakan perbuatan hati), tetapi bagaimana kita membawa keluar roh solat itu ke dalam kehidupan
  • Khusyuk >> umpama roh dalam badan kita >> menjadikan solat itu 'hidup' (persembahkan pada Allah yang 'hidup', bukan 'bangkai')
  • Kepatuhan akan beri impak di luar solat kita, semua anggota, pancaindera akan patuh..
    • contoh : takbir dengan AllahuAkbar, tak boleh diubah dengan kalimah lain walaupun baik..
  • Dalam solat ada 3 fokus
    • 1. Mata - tempat sujud
    • 2. Dada - hadap qiblat
    • 3. Hati - mengingati Allah
  • Kita belajar fokus dari solat, maka akan fokus dalam pekerjaan lain, InsyaAllah
  • Waktu sujud kita paling hampir dengan Allah
  • Bawa semua sistem hidup kita sujud pada Allah ;
    • sistem ekonomi - tiada riba'
    • sistem hiburan - 
  • Jadikan tempat kerja sebagai 'sejadah' (gelanggang ibadah selain solat yang wajib)

Q4 : Jarang solat ketika terlantar sakit?
J4 :-
  • Berpunca dari sakit hati (hati yang sakit)
  • Ada yang sihat tubuh badan tetapi sakit hatinya
  • Lebih malang, sakit tubuhnya, sakit jua hatinya
  • Excuse : hanya jika TERlupa dan TERtidur sahaja (ketika ingat & terjaga tetap perlu qada')
  • Keperluan hati untuk ingat Allah agar hati tidak mati, jika tidak... ;
    • kayanya tak berbuat apa, malah semakin alpa
    • miskinnya menderita

Q5 : Petua tidak tinggalkan solat?
J5 :-
  • Psikologi - ada 2 perkara / sebab kita tidak melakukan sesuatu
    • 1. Tidak benar-benar inginkan
    • 2. Tidak membayar harga yang sepatutnya
  • Rasa perlu bertuhan menjadikan seseorang itu bersolat..
  • Tak rasa perlunya bertuhan - orang yang rasa dirinya Tuhan
  • Tertinggal handphone rasa resah, bagaimana dengan solat?

KESIMPULAN
  • Solat sangat penting dalam kehidupan
  • Kemungkaran terbesar = meninggalkan solat (umpama membakar diri & orang sekitarnya)
  • Kembali pada Allah dengan rasa perlunya bertuhan..
  • Allah diperlukan dalam apa jua keadaan
  • Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu


31 January 2012

Hiburan Dalam Islam~

0 ulasan

1. Hiburan Asasi ;
  • Iman, Solat, Membaca Al-Qur'an, Zikrullah, Berselawat & Ibadah lain (asas / sunat)
  • "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" (Surah Ar-Ra'd 13:28)
  • Sabar & Syukur : Jika diuji dengan nikmat, dia bersyukur. Jika diuji dengan kesusahan, dia bersabar.


2. Hiburan Sampingan (Pemangkin / Pengiklan Hiburan Asasi) ;

  • Hiburan yang membantu manusia berhibur dengan 'Hiburan Asasi'
  • Nasyid, Burdah, Berzanji atau apa2 sahaja hiburan yang dihalalkan dalam Islam > berfungsi membawa manusia kembali kepada Allah..


[karya 'freshie']

"Jika kita tenang & terhibur dengan hiburan asasi, maka kita hanya memerlukan sedikit sahaja hiburan sampingan.."
~ Maka jangan terkeliru dengan menganggap "iklan" (Hiburan Sampingan) lebih penting daripada apa yang diiklankan (Hiburan Asasi) 
Hiburan yang Melalaikan > umpama pil "Pain killer" (fungsinya bukan untuk mengubati penyakt, tetapi hanya menahan rasa sakit buat sementara waktu)

[Petikan hikmah dari 'Hiburan Islam Penawar Stres' oleh Ust. Pahrol :: Majalah Solusi No.39]

14 January 2012

Nik Nur Madihah @ IKIM.fm

0 ulasan
Tarikh : 14 Januari 2012
Masa Siaran : 3 - 4 Petang

Antara intipati daripada temubual bersama Nik Nur Madihah @ IKIM.fm tadi ;

✦ Usaha tanpa tawakkal = sombong
Tawakkal tanpa usaha = angan kosong

✦ Ilmu kuliah = makanan bagi akal
Ilmu rohani = makanan bagi hati

✦ Pentingnya rezeki yang halal (+ sumbernya) kerana ia akan menjadi darah daging kita, maka akan mudahlah menerima ilmu & nasihat yang baik, InsyaAllah..

✦ Dalam keserabutan ketika belajar, kembalilah kepada sumber ketenangan iaitu dengan mengingati Allah > melalui do'a, membaca al-Qur'an.. *berdoalah dari hati

✦ Jagalah hati ibu bapa, pentingnya keberkatan yang Allah redha dari mereka kepada kita dalam urusan yang kita buat..

✦ Jadikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebaik-baik contoh. Sebagai muslim kita perlu menjadikan Baginda idola utama (semua yang Baginda buat kita cubalah ikut, kerana Baginda insan paling sempurna)..

✦ Perlu ada 'pitih', DUIT yang banyak >> (DUIT = Do'a + Usaha + Istiqamah + Tawakkal)

✦ Ini daripada ayah beliau ; "Lebih baik jadi ketam daripada jadi musang.."
(sekurang-kurangnya ia cuba mengajar sesuatu yang betul walau ia sendiri tak betul,, jauh lebih baik daripada menipu)

[sungguh, Allah merahmati & memudahkan urusan orang-orang yang menjaga Agamanya & mengikuti sunnah RasulNya, walau mujahadah itu perit namun diteruskan jua, kerana mempercayai janjiNya!]

Nik Nur Madihah dengan ayahnya Nik Mohd Kamal [gambar web]
*kemiskinan bukan penghalang kejayaan, sebenar-benar miskin adalah yang miskin jiwanya daripada mengingati Tuhan..

Bagi yang belum mengenali siapa beliau, boleh klik link ini > [ Link ]

Seorang lagi pelajar cemerlang SPM (2006), Siti Fatimah Mukhtar, juga bekas pelajar Maahad Muhammadi Kelantan, kini belajar di UK dan masih menjaga imej & wataknya sebagai muslimah ! Klik link berikut > [ Link ]

Moga Allah rahmati mereka yang menjaga AgamaNya dalam mengumpul bekal di akhirat sana.. Moga kita juga cemerlang dalam urusan & bidang masing-masing selari dengan ilmu rohani, InsyaAllah :)

"Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang." ~Surah Al-Maidah, Ayat 56~

03 October 2011

Isu Kod-E : Selesai! :)

0 ulasan
Alhamdulillah, baru sudah menonton siri Ejen Halal yang membawakan isu kod E (sejenis bahan yang ditambah dalam makanan / produk)

Keraguan pernah menghantui diri ini sejak membaca sebuah email berantai suatu ketika dulu (yang saya pernah sebarkan dalam blog ini -sudah delete-) meskipun pada produk yang disahkan halal oleh pihak JAKIM terang tang tang! [haish.. kini sudah berhati-hati dalam mempercayai sesuatu berita, apatah lagi yang disebarkan secara berantai]

Tak dinafikan, ada antara kod tersebut diperbuat daripada haiwan termasuklah babi, namun komen daripada pihak JAKIM sendiri menyatakan mereka telah menjalankan siasatan secara terperinci termasuklah sumber-sumber bahan tambahan tersebut..

Kesimpulannya, apa-apa sahaja produk yang kita beli, pastikan ada logo halal JAKIM..

Ini yang sah! Sumber dari web JAKIM
Logo halal yang berbulat simple dan hanya bertuliskan 'halal' dalam jawi TIDAK diperakui!.. (apatah lagi yang tiada langsung pengesahan halal.. lagi laa...)

InsyaAllah, setelah ada badan yang bertanggungjawab dalam memastikan kehalalan produk-produk bagi umat Islam negara kita, kita harus yakin dengan tugas mereka..
Tanggungjawab mereka adalah memantau dan memberikan sijil halal pada yang lengkap piawaiannya,
manakala tanggungjawab kita adalah memilih produk yang telah disahkan halal oleh pihak JAKIM..

INGAT, halal bukan sekadar pada jenis makanan / sumbernya, tetapi ia berkait dengan seluruh kehidupan kita termasuklah :
  • sumber duit yang kita dapat
  • pekerjaan yang kita buat
  • produk kulit yang kita pakai,
  • produk mandian / kebersihan yang kita pakai
  • kalau produk dah halal tapi seludup cara haram / dicuri tetap haram juga ya!!
berikut adalah laman web halal JAKIM : www.halaljakim.gov.my

oh ya, mengenai rancangan Ejen Halal, rancangan ini disiarkan pada setiap hari Isnin, 9.30 malam di TV Al-Hijrah..

[diri ini sudah jatuh cinta dengan TV Al-Hijrah, Alhamdulillah, banyak program yang bermanfaat disiarkan.. sesiapa yang ada astro tekan saja nombor 119 pada remote control..]

Sesiapa yang ada FB, boleh juga menonton live di FB asyik.TV (like page tersebut dan ikut arahannya).. kemudian klik pada logo TV Al-Hijrah. Setakat ni memang puas hati, clear & lancar ^_^ [terima kasih pada rakan se-kos yang memperkenalkan page ini]

Ok, selamat menonton, semua ada di hujung jari, terpulang pada kita untuk memilih yang buruk / baik!
Sekian, Wassalam~

20 August 2011

Apakah Erti Sebenar Hafazan Al-Qur'an ?

0 ulasan
Berikut adalah sebahagian petikan yang sempat diambil daripada salah satu episod rancangan 'AL-QUR'AN THE NEW DAWN' (sebuah dokumentari tafsir Al-Qur'an berbahasa arab dengan sarikata bahasa malaysia) pada 9 Julai 2011 di TV AL-HIJRAH

"Face this book before you face the Facebook" -menarik kan? [gambar ini bukan saya yang punya, saya hanya menyebarkannya, barakallahu-fiik bagi yang design~]
.....
Hafazan yang sebenar bererti penjagaan pengertian, kesucian dan penyampaiannya.
Aplikasi mafhumnya ke dalam kehidupan realiti.
Ia sepatutnya dijadikan panduan hidup zaman kini.

Hafazan yang sebenar merupakan yang bersesuaian dengan realiti,
Diaplikasikan secara menyeluruh dalam setiap sesuatu.
Sejak awal penurunannya, ia datang bersama peringatan yang penting tentang cara mengendalikannya.

Seperti dalam firman Allah kepada RasulNya,
Ketika cara manfaatkannya dijelaskan kepada Baginda :
"Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu)." ~Surah Al-Qiamah, Ayat 16~

Ia bukan sekadar membacanya dengan lisan, bahkan lebih besar daripada itu.
Jangan anggap ia cuma berakhir di situ.
Jangan hanya menggerakkan lidahmu dan tergesa-gesa membacanya.
Namun, dalami pengertiannya hingga tergerak hati dan mindamu.
Hingga manusia sedar kerananya, Maka hasilnya, realiti akan berubah.

Oleh kerana ia bukan sekadar pembacaan, berikutan ayat tadi, Allah menyambung dalam firmanNya ;
"Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);" ~Surah Al-Qiamah, Ayat 17~

Mafhum 'kumpul' ini bukanlah hanya seperti yang kita jangkakan.
Iaitu dengan satukannya dengan ayat-ayat seterusnya.
'Kumpul' ini bukanlah bermaksud menyematkannya ke dalam minda semata-mata.
Bahkan dengan menjadikannya pedoman hidup.
Supaya hidup masyarakat berpaksikan Al-Qur'an.

Matlamat ini tak akan terealisasi dengan hanya membacanya.
Oleh itu, janganlah semata-mata membacanya.
Minda-mindamu seharusnya bergerak selari dengan kandungannya.

Kemudian turun ayat seterusnya ;
"Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;" ~Surah Al-Qiamah, Ayat 18~
"Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan)." ~Surah Al-Qiamah, Ayat 19~
Apakah sambungan kepada "Sekiranya Kami membacanya"?
Adakah dengan bersegera menghafalnya?
Atau adakah dengan berulang-ulang kali membacanya hingga tidak lupa?
Tidak.

Ayat seterusnya bermaksud ;
"Ikutilah bacaannya."
'Ikut' bermakna mendalami erti kalimahnya lalu aplikasikannya dalam kehidupan seharian.
'Ikut' bermaksud jadikan pengertian kalimat itu pedoman dalam kehidupan.

Ayat ini diikuti dengan ;
"Kemudian, Kamilah yang bertanggungjawab menjelaskannya.."
Padanya terdapat penjelasan yang sangat jelas dan nyata.
Ia tak akan terjadi melainkan dengan beberapa peringkat.
Setiap perkara takkan terjadi jika hanya disebut.
....

Sekian, Allahu-a'lam