26 December 2008

ILMU (kelas 2/6/08)

0 ulasan
1. Adab menuntut ilmu dengan guru/pensyarah:
  • merendah diri

  • memanggil dengan panggilan hormat -> keberkatan

  • mendoakan guru, berziarah

  • bangun ketika guru melangkah masuk / beri tanda hormat

"Ilmu ibarat burung, perlu diikat dengan nota / catatan, jika tidak ia akan terbang.."


2. Kedudukan orang berilmu
  • Allah akan mengangkat darjat orang berilmu khususnya dalam ilmu agama

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuknya kebaikan, Allah akan beri kebaikan / kefahaman tersebut"


 

SELINGAN CERITA


dalam peperangan Uhud - ramai tentera Islam syahid termasuk 2 sahabat Nabi.


- mereka ditanam mengikut berapa banyak ayat Al-Quran yg dihafaz


(menunjukkan ketinggian kedudukan orang2 berilmu)


PROMO JAP =)



# antara majalah berilmu: Majalah "i" (intelek, Islam..) ~ harga RM6,

antara penulisnya: Ust. Hasrizal, Ust. Zaharuddin Abd. Rahman, Hafiz Firdaus..

13 December 2008

Senarai hotel dan resort yg dpt pengesahan HALAL M'sia

0 ulasan




























































































 


BIL



NAMA HOTEL



NAMA DAPUR / RESTORAN YANG DISAHKAN HALAL



TARIKH SAH SIJIL



1.



GRAND PALACE HOTEL
LOT 638, BLOCK 7, MCLD PELITA COMMERCIAL CENTRE

2-KM, JALAN MIRI-PUJUT


P.O.BOX 1525


98008 MIRI


SARAWAK



  1. BEST WESTERN MAIN KITCHEN

 



16/07/2007 -
15/07/2009


2.



MAYOR HOTELS BERHAD
T/A CITY VILLA KUALA LUMPUR

69 JALAN HAJI HUSSIEN


OFF JALAN T.A.R


50300 KUALA LUMPUR



TIADA MAKLUMAT



01/06/2008 -
31/05/2010


3.



LEGEND HOTEL KL


METROPLEX HOLDINGS SDN BHD


TKT 33, PUTRA PLACE OFFICE TOWER


100 JALAN PUTRA


50350 KUALA LUMPUR



 



  1. DI ATAS BRASSERIE / MAIN KITCHEN

  2. MUSEUM CHINESE RESTAURANT


01/08/2007 -
31/07/2009


4.



INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE
(UITM HOSPITALITY MANAGEMENT SERVICES SDN BHD)

PERSIARAN RAJA MUDA,


SEKSYEN 7


40000 SHAH ALAM


SELANGOR DARUL EHSAN



  1. MALAY KITCHEN

  2. COOL AND PASTRY KITCHEN

  3. PENDETA COFFEE HOUSE KITCHEN


01/08/2007 - 31/07/2009



5.



PNB DARBY PARK EXECUTIVE SUITES, KUALA LUMPUR
10 JALAN BINJAI

50450 KUALA LUMPUR



  1.  PNB DARBY CAFE

 


 


 



01/08/2007 - 31/07/2009



6.



LABUAN MARINA CENTRE SDN BHD
NO. 1, JALAN WAWASAN

87000 W.P. LABUAN



  1. SPINNAKER

 



01/08/2007 - 31/07/2009



7.



HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
LOT 979, 980, PANTAI BAGAN LALANG
SUNGAI PELEK, SEPANG
43950 SUNGAI PELEK
SELANGOR


  1.  MAIN KITCHEN

 


 


 



01/12/2007 - 31/12/2009



8.



THE PARAMOUNT HOTEL
3,LORONG 9A

JALAN KAMPUNG DATO


96000 SIBU


SARAWAK



  1. VALENTINE'S CAFE

 



16/03/2008 -
15/03/2010


9.



EMPRESS HOTEL SEPANG
(KSB REQUIREMENTS & REST SDN BHD)
JALAN ST 1C/7
MEDAN 88 BANDAR BARU SALAK TINGGI
43900 SELANGOR DARUL EHSAN.


  1. MAIN KITCHEN / CENTRAL KITCHEN


01/12/2007 - 31/12/2009



10.



TIARA LABUAN HOTEL
JALAN TANJUNG BATU
87007 LABUAN


  1. THE GRILL

  2. MALAY KITCHEN

  3. CHINESE KITCHEN


01/12/2007 - 31/12/2009



11.



GRAND BLUEWAVE HOTEL


SHAH ALAM


PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14


40000 SHAH ALAM



  1. SEMARAK KITCHEN

  2. MAIN KITCHEN

  3. MALAY KITCHEN


01/12/2007 - 31/12/2009



12.



HOTEL ARMADA PETALING JAYA


LORONG UTARA C, SECTION 52


P.O BOX 691


PEJABAT POS JALAN SULTAN


46200 PETALING JAYA


SELANGOR



  1.  MALAY KITCHEN


01/12/2007 - 31/12/2009



13.



SHERATON LABUAN HOTEL


GRAND DORSETT LABUAN HOTEL


VICTORIA'S BRASSERIE


LOT 462, JALAN MERDEKA


87029 LABUAN ST



  1.  VICTORIA'S BRASSERIE


01/08/2007 - 31/07/2009



14.



CORUS HOTEL, KUALA LUMPUR
MING COURT HOTEL (KL) SDN BHD

JALAN AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR



  1. MAIN KITCHEN

  2. DONDANG SAYANG COFFEE HOUSE


01/02/2008 -
31/01/2010


15.



HILTON PETALING JAYA
2 JALAN BARAT

46200 PETALING JAYA



  1. PAYA SERAI RESTAURANT


01/08/2007 - 31/07/2009



16.



HOTEL PUTRA KL
LOTUS NATION SDN BHD
ARAS 3
LOT 149 SEKSYEN 87 JALAN TUN RAZAK
50050 KUALA LUMPUR


  1. D SERAI ( DAPUR PASTRI )

  2. SELESA CAFE


01/08/2007 - 31/07/2009



17.



HOTEL SERI MALAYSIA (IPOH)
GHAZALI MANAGEMENT SERVICES

HOTEL SERI MALAYSIA IPOH


JALAN STURROCK


OFF JALAN TAMBUN


30350 IPOH



  1. MALAY KITCHEN

  2. CAFE CEMPAKA SARI


01/06/2008 -
31/05/2010


18.



HOTEL SERI MALAYSIA (TAIPING)
TUNAS LARUT ENTERPRISE

NO. 4, JALAN SULTAN MANSUR


34000 TAIPING, PERAK



  1. MALAY KITCHEN


15/07/2008 -
14/07/2010


19.



HOTEL SERI MALAYSIA (PENANG)
PRISMA LAMUNI SDN BHD

NO 7, JALAN MAYANG PASIR 2


BANDAR BAYAN BARU,


11950. PULAU PINANG



  1.  MAIN KITCHEN


01/06/2008 -
31/05/2010


20.



KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
CONVEX MALAYSIA SDN BHD (KLCC)

KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE


KUALA LUMPUR CITY CENTRE


50088 KUALA LUMPUR



  1. MALAY KITCHEN

  2. WESTERN KITCHEN


13/02/2008 -
12/02/2010


21.



IOI RESORT, PUTRAJAYA
RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD

62502 PUTRAJAYA



  1. RESTORAN AROI DEE (THAI)

  2. GOLFER TERRACE RESTAURANT

  3. RESTAURANT PALMS CAFE (COFFE HOUSE)

  4. BANQUET MALAY KITCHEN HALL


01/05/2008-
30/04/2010

 *Senarai di atas tidak termasuk sijil halal yang dikeluarkan oleh Jab. Agama Islam Negeri. 


hotel_halal.php


corat-coret~ haa pasni jgn dok bedal je hotel mana nak gi ye..huhu.. apa yg mereka letak & guna buat masak;


apa yg kita tau kan.. jadi kita hendaklah sentiasa berwaspada. diharapkan dgn panduan ni sama2 kita manfaatkan


untuk mencari yg fardhu, demi mendapat keredhaan Allah =) wassalam



 

Keluasan Neraka Jahannam

0 ulasan
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"


Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya:
"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai"

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"..

 

http://dnavecheebeauty.blogspot.com/

09 November 2008

Detik-detik Rasulullah SAW menghadapi sakaratulmaut

0 ulasan

sumber : http://www.shukur.org/v4/diskusi/index.php?topic=18694.0


 


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. 


 


Abu Bakar menatap mata itu dengan mata berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.  "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.  Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.


 


Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.   Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang berseru mengucapkan salam.  "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.  Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,  "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.  Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,  "Siapakah itu wahai anakku?"   "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.  Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 


 


"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah,   Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.  "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.  "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.  "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.  "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"  "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. 


 


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.  "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.  "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu,  Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.  "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.  "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.  "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.  "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi  Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Tanda-tanda kiamat kecil (sughra)

0 ulasan

Sumber:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_kiamat_kecil


 


Telah dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.


Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.


Tanda-tanda menurut dalil:


 


1.    Penaklukan Baitulmuqaddis


“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1] ”


 


2.    Zina bermaharajalela


“ Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”


 


3.    Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik


 


4.    Bermaharajalela alat muzik


“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”


 


5.    Menghias masjid dan membanggakannya


“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”


 


6.    Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik


“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”


 


7.    Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan


 


8.    Ramai orang soleh meninggal dunia


“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”


 


9.    Orang hina mendapat kedudukan terhormat


“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”


 


10.Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja


“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”


 


11.Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang 


“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”


12.Bulan sabit kelihatan besar


“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”


 


13.Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita


“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”


 


14.Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar


“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”


 


15.Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai


“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”


 


16.Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa


 


17.Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)


“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”


 


18.Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda


“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”


 


19.Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi. (hadis di #)


 


20.Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam   masyarakat. (hadis di #)


 


21.Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi. (hadis di #)


 


22.Orang akan melakukan homoseksual. (hadis di #)


 


23.Akan terdapat ramai anak luar nikah. –Abdullah Ibnu Mas’ood (R.A)


 


24. Berkurangnya sifat amanah. (hadis di #)


 


24.Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang) -(hadis di #)


 


25.Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya. (hadis di #)


 


26.Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya. (hadis di #)


 


27.Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid. (hadis di #)


 


28.Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik. (hadis di #)


 


 


29.Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya.


(hadis di #)


(#) “ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”


 


30.Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan. (hadis di @)


 


31.Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara. (hadis di @)


 


32.Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang) –(hadis di @)


 


33.Memandang rendah kepada darah


(@) “ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”


 


 


34.Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)


“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”


 


35.Munculnya gaya hidup mewah dan manja dalam kalangan umat Islam


“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”


 


36.Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan


“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”


 


37.Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan


“ Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim ”


 


38.Banyaknya berlaku gempa bumi[2]


 


39.Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]


 


40.Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]


“ Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2] ”


41.Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba


-hadis bawah-


 


42.Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat


“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. ”


 


 Rujukan


↑ bin Abdul Lateef Az-Zubaidi, Al-Imam Zain-ud-Din Ahmad; Dr. Muhammad Muhsin Khan (1996). bab: “104”, tajuk: The translation of the Meanings of Summarized Sahih Al-Bukhari (dalam bahasa Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris), muka surat: 638, Riyadh, Arab Saudi: penerbit: Darussalam. "Narrated 'Auf bin Malik R.A."I went to the Prophet S.A.W. during the Ghazwa of Tabuk while he was sitting in a leather tent. He said, "Count six signs that indicate the apporach of the Hour: my death, the conquest of Jerusalem, a plague that will afflict you (and kill you in great numbers) as the plague that afflicts sheep, the increase of wealth to such an extent that even if one is given one hundred Dinars, he will not be satisfied; then an affliction which no Arab house will escape, and then a truce between you and Bani Al-Asfar (i.e. the Byzantines) who will betray you and attack you under eighty flags: Under each flag will be twelve thousand soldiers."


↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 bin Abdul Lateef Az-Zubaidi, Al-Imam Zain-ud-Din Ahmad; Dr. Muhammad Muhsin Khan (1996). bab: “10”, tajuk: The translation of the Meanings of Summarized Sahih Al-Bukhari (dalam bahasa Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris), muka surat: 1022, Riyadh, Arab Saudi: penerbit: Darussalam. "Narrated (Abu Huraira)" Allah's Messenger SAW said, "the Hour will not be establish till:(1) two big groups fight each other..(2) about thirty dajjal appear (liars).. (3) the religious knowledge is taken away... (4) earthquakes will increase in number (5) time will pass quickly (6) al-Fitan (trials and afflictions etc.) will appear, (7) al-Harj, (i.e., killing) will increase, (8) wealth will be abundance... (9) the people compete with one another in constructing high buildings, (10) a man passing by a grave of someone will say, "Would that I were in his place" (11) ... the sun rises from the west..."

Catatan Usrah 7/11/2008

1 ulasan

Surah Ad-Dukhan


Jika baca (amal) setiap malam jumaat



  • 70,000 Malaikat istighfar utk kita smpai subuh keesokannya

  • mendapat sebuah istana di syurga

  • Terlindung daripada asap di hari kiamat (asap itu salah satu tanda kiamat qubra)

 


INFO USRAH


* Usrah disiarkan pada setiap hari Jumaat, 12 tgh hari


Penceramah: Ustzh Dr. Fatma El-Zahra Mohamad Ramadhan


-perbincangan mengenai tafsir mengikut surah & cerita di sebalik surah tersebut, pengajaran surah, makna tersurat & tersirat, di samping itu dpt belajar sedikit sebanyak bahasa arab =)