Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

14 January 2012

Nik Nur Madihah @ IKIM.fm

0 ulasan
Tarikh : 14 Januari 2012
Masa Siaran : 3 - 4 Petang

Antara intipati daripada temubual bersama Nik Nur Madihah @ IKIM.fm tadi ;

✦ Usaha tanpa tawakkal = sombong
Tawakkal tanpa usaha = angan kosong

✦ Ilmu kuliah = makanan bagi akal
Ilmu rohani = makanan bagi hati

✦ Pentingnya rezeki yang halal (+ sumbernya) kerana ia akan menjadi darah daging kita, maka akan mudahlah menerima ilmu & nasihat yang baik, InsyaAllah..

✦ Dalam keserabutan ketika belajar, kembalilah kepada sumber ketenangan iaitu dengan mengingati Allah > melalui do'a, membaca al-Qur'an.. *berdoalah dari hati

✦ Jagalah hati ibu bapa, pentingnya keberkatan yang Allah redha dari mereka kepada kita dalam urusan yang kita buat..

✦ Jadikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebaik-baik contoh. Sebagai muslim kita perlu menjadikan Baginda idola utama (semua yang Baginda buat kita cubalah ikut, kerana Baginda insan paling sempurna)..

✦ Perlu ada 'pitih', DUIT yang banyak >> (DUIT = Do'a + Usaha + Istiqamah + Tawakkal)

✦ Ini daripada ayah beliau ; "Lebih baik jadi ketam daripada jadi musang.."
(sekurang-kurangnya ia cuba mengajar sesuatu yang betul walau ia sendiri tak betul,, jauh lebih baik daripada menipu)

[sungguh, Allah merahmati & memudahkan urusan orang-orang yang menjaga Agamanya & mengikuti sunnah RasulNya, walau mujahadah itu perit namun diteruskan jua, kerana mempercayai janjiNya!]

Nik Nur Madihah dengan ayahnya Nik Mohd Kamal [gambar web]
*kemiskinan bukan penghalang kejayaan, sebenar-benar miskin adalah yang miskin jiwanya daripada mengingati Tuhan..

Bagi yang belum mengenali siapa beliau, boleh klik link ini > [ Link ]

Seorang lagi pelajar cemerlang SPM (2006), Siti Fatimah Mukhtar, juga bekas pelajar Maahad Muhammadi Kelantan, kini belajar di UK dan masih menjaga imej & wataknya sebagai muslimah ! Klik link berikut > [ Link ]

Moga Allah rahmati mereka yang menjaga AgamaNya dalam mengumpul bekal di akhirat sana.. Moga kita juga cemerlang dalam urusan & bidang masing-masing selari dengan ilmu rohani, InsyaAllah :)

"Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang." ~Surah Al-Maidah, Ayat 56~

26 December 2008

ILMU (kelas 2/6/08)

0 ulasan
1. Adab menuntut ilmu dengan guru/pensyarah:
  • merendah diri

  • memanggil dengan panggilan hormat -> keberkatan

  • mendoakan guru, berziarah

  • bangun ketika guru melangkah masuk / beri tanda hormat

"Ilmu ibarat burung, perlu diikat dengan nota / catatan, jika tidak ia akan terbang.."


2. Kedudukan orang berilmu
  • Allah akan mengangkat darjat orang berilmu khususnya dalam ilmu agama

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuknya kebaikan, Allah akan beri kebaikan / kefahaman tersebut"


 

SELINGAN CERITA


dalam peperangan Uhud - ramai tentera Islam syahid termasuk 2 sahabat Nabi.


- mereka ditanam mengikut berapa banyak ayat Al-Quran yg dihafaz


(menunjukkan ketinggian kedudukan orang2 berilmu)


PROMO JAP =)



# antara majalah berilmu: Majalah "i" (intelek, Islam..) ~ harga RM6,

antara penulisnya: Ust. Hasrizal, Ust. Zaharuddin Abd. Rahman, Hafiz Firdaus..