Showing posts with label Al-Kuliyyah (tv3). Show all posts
Showing posts with label Al-Kuliyyah (tv3). Show all posts

15 July 2011

INSAN MAHIR (15 Julai 2011)

0 ulasan
Nota Al-Kuliyyah 15-7-11

Panel penceramah : DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN

10 ciri peribadi muslim -klik gambar untuk lebih jelas- (sumber web)

1. Apa itu mahir?

  • Mahir (skill) = Suatu kefasihan / kecekapan yang diperoleh / diperkembangkan melalui latihan / pengalaman
  • "Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah." (Surah Al-Qasas, Ayat 26)
  • Ayat di atas merupakan kenyataan salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib a.s mengenai cadangan sebagai pekerja terbaik, iaitu orang yang ada 2 ciri ; Qawiyy (gagah / kuat) & Amin (jujur / amanah)
  • menurut Syeikh Syed Hawa : Maksud Qawiyy = al-Kifayah (kompeten, cekap, fasih, cukup syaratnya). Amin = amanah. Contohnya jika nak buat gelas, mesti berilmu dan mahir
  • Skill ada 3 bahagian;
    • a) Foundation skills - kemahiran asas
    • b) Transformable skills – boleh berpindah ke mana-mana sektor / bidang. Contohnya orang menjahit, tak perlu pandai ICT, namun jika dia pandai kedua-dua bidang, ia satu kelebihan baginya (boleh promosi khidmat jahit online, etc..)
    • c) Motivation skills – kadang-kadang kita lemah semangat bila berhadapan suatu cabaran, tetapi dengan adanya kemahiran ini, masalah dapat diselesaikan dengan lebih mudah, InsyaAllah


2. Contoh lain dalam Al-Qur'an mengenai insan yang mahir

  • Para rasul adalah role model bagi kita
  • Salah satu contoh ; Nabi Yusuf yang mempunyai kemahiran mentakwil mimpi ;
    • "Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga dia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya Kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi) dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah Yusuf, Ayat 21)


3. Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan kemahiran?

  • a) Kemahiran tak dapat dipisahkan dari ilmu / keilmuan.
    • Contohnya untuk baiki telefon bimbit yang rosak, perlu ada pengetahuan mengenai elektronik.
    • Ilmu itu harus diaplikasikan
    • Aspek ilmu diutamakan dalam Islam (berkait dengan turunnya wahyu pertama, dimulai dengan ‘Iqra’ yakni membaca)
    • kita baca & tuntut ilmu untuk faham. Ilmu dan keillmuan teras kemahiran
  • b) Perlu banyak latihan – contohnya solat yang pertama kali dilaksanakan sewaktu kanak-kanak, banyak yang perlu dilatih hingga akhirnya kita lancar melaksanakannya kini

---------siaran terputus tiba-tiba, dekoder buat hal (--")------------

4. Bagaimana kemahiran itu diberkati Allah?

  • Orang-orang yang melaksanakan amal & pekerjaan harus ada 2 ciri utama ;
    • a) Tunduk wajah hatinya (ikhlas keranaNya) - Allah maha mengetahui segala apa yang dilakukan / dibisikkan dalam hati
    • b) Bekerja mengikut syariat (solat tak tinggal, tidak terjebak dengan perkara haram)
  • .. serta ciri tambahan ;
    • c) Ikut aturan (prosedur)
    • d) Hormati rakan-rakan & orang lain (peranan akhlak)


5. Siapa lagi 'superhero' yang disebut dalam Al-Qur'an?
"Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata. " (Surah An-Naml, Ayat 16)

  • Ayat di atas menerangkan Nabi Sulaiman a.s diberi mu'jizat oleh Allah iaitu kemahiran memahami bahasa burung dan haiwan lain.
  • Untuk menampakkan bahawa Rasul berdakwah dengan kemahiran

"Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah."
"Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. " (Surah An-Naml, Ayat 39 - 40)

  • Ayat di atas mengenai kemahiran yang melibatkan kecepatan / kelajuan jin Ifrit membawakan singgahsana Ratu Balqis.
  • Orang mahir yang faham agama lebih baik berbanding orang mahir yang tidak faham agama, Allah akan membantunya dalam segala urusan InsyaAllah

"Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya." (Surah Al-Kahfi, Ayat 96)

  • Ayat di atas mengisahkan mengenai Raja Zulkarnain, seorang raja yang hebat, mahir membina benteng daripada besi dan tembaga. Ada kaitan dengan dunia kini. Benteng tersebut dibina untuk menghalang musuh. Walaupun beliau mahir membina benteng yang kuat, pengabdiannya pada Allah juga sangat hebat.


6. Siapakah yang boleh dijadikan role model (contoh)?

  •    Pada zaman Rasulullah SAW, ketika berhijrah dengan para sahabat ke Madinah, baginda memilih seorang yang mahir mengenai jalan untuk ke sana walaupun orang itu bukan Islam (kafir)
  •    Pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, Khalid Al-Walid bersama bala tenteranya menyerang benteng di Kota Ambar (di Parsi) menggunakan anak panah. Namun pemanah pihak lawan yang berada di sebalik benteng yang tinggi itu hanya kelihatan bahagian muka sahaja. Jadi Khalid Al-Walid mengarahkan tenteranya supaya memanah tepat pada mata pihak lawan. Arahan yang kedengaran mustahil bukan? Namun dengan kemahiran hebat pada para tentera Khalid Al-Walid (dengan izin Allah), lebih kurang seribu tentera parsi buta matanya kerana terkena panahan tepat dari tentera beliau
  •  Sultan Muhammad Al-Fateh, yang menakluki Kota Constantinople. Beliau mampu mencipta meriam yang dapat menembak bedilan seberat 300kg sejauh sebatu dan dapat mencari jalan mengatasi sekatan pihak lawan dengan mengangkut 72 buah kapal perang melalui jalan darat dalam masa satu malam sahaja. Beliaulah yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik raja yang mempunyai sebaik-baik tentera..


7. Saranan untuk menjadi insan mahir

  • Golongan akademik diperlukan sebagaimana perlunya insan yang mahir.
  • Perlu ada golongan pemimpi (menyumbang idea) dan golongan perealisasi (menjadikan apa yang diimpi itu kenyataan)
  • Statistik kini : tenaga mahir di Malaysia hanya 21%, manakala luar negara melebihi 50%!!
  • Hubungan dengan Allah wajib dijaga dalam melaksanakan urusan lain


Pesanan Ust. Fauzi (moderator) - "Jadilah insan yang pabila dicampak ke langit menjadi bintang, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung, dicampak ke studio menjadi ahli panel!!" ;)

05 March 2011

UBAT HATI (5/11/10)

0 ulasan
PANEL : UST. HASLIN BAHARIM & UST. SHARHAN SHAFIE

~Kurangkan manis dalam makanan / minuman, tambahkan manis dalam senyuman~ :)

[mari merawat hati : sumber en.google]

1. Ust. Haslin ;
- Apabila Rasulullah SAW ditanya mengenai maksud Taqwa, baginda menjawab; "At-taqwa ha huna" (Taqwa itu di sini > sambil menunjuk pada dada sebanyak 3x)
- bila dalaman baik, InsyaAllah luaran pun baik
- tidak cantik iman seorang hamba selagi belum cantik seluruh tutur katanya
- Iman & malu selalu bersama, jika salah satunya dicabut, maka hilanglah bahagian satu lagi
- orang yang tidak beriman boleh dikatakan orang yang tidak 'malu'

2. Ust. Sharhan
- Al-Qur'an telah mengajar kita cara mengubati sakit spiritual
- penyakit hati tidak dapat diubat oleh doktor, hanya dapat dari Qur'an
- Penyakit sudah wujud sejak zaman habil & qabil
- ayat berikut boleh dibaca untuk melembutkan hati & menghindari dengki:




"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." ~Surah Al-Isra', Ayat 82~

SESI SOAL JAWAB

1. Q: Bolehkah merawat ketagihan arak / benda haram dengan rawatan islam?
[Ust Sharhan]
- resipi untuk mengubati sebarang ketagihan :
a) Amalkan minum madu lebah asli, sebelum minum baca Al-Fatihah & Selawat..

ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." ~Surah An-Nahl, Ayat 69~
b) Lakukan solat hajat, niat nak buang ketagihan tersebut, bacaan surah pada rakaat 1 selepas Al-Fatihah : ayat kursi, untuk Rakaat 2 : Surah An-Nahl Ayat 69 (ayat diatas)

2. Q: bagaimana pula ada orang yang tidak mengalami kesan buruk apabila tetap buat yang haram?
[Ust Haslin]
- dasar taqwa ; amar makruf nahi mungkar
- keadaan itu berlaku kerana 'Istidraj' (ujian dalam bentuk nikmat dalam keadaan tidak diredhai Allah, di mana ia semakin jauh dari Allah, semakin tidak bersyukur)- petanda Allah mula benci kita
- kita takkan masuk syurga senang-senang

3. Q: makanan haram akan menyebabkan hati gelap.. tetapi bagaimana jika kita tidak sedar sesuatu makanan itu haram?
- Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya. (Riwayat Muslim)

4.Q: penyakit hati daripada zina?
[Ust Sharhan]
- setiap insan pernah melakukan dosa
- ayat untuk menundukkan nafsu:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan." ~Surah Al-Hasyr, Ayat 18~

5. Q: Apakah punca penyakit hati?
[Ust Haslin]
- punca : jauh dari mengingati Allah, hati dibiarkan kosong & apabila hati kosong, ia mudah diisi dengan hasutan syaitan
- penyelesaian : perbanyakkan membaca (+ hayati) Al-Qur'an, menghadiri majlis ilmu

6. Q: Apa kaitan makanan dengan jin?
[Ust Sharhan]
- ramai yang kena santau
- tanda pada makanan yang diletakkan santau : jumpa rambut pada makanan (yang kelihatan seperti diletak secara sengaja)
- tanda kena santau: batuk berlarutan, kulit pecah, mata tiba-tiba menjadi rabun, nafas berbau, berdebar tanpa sebab, penyakit kulit / barah
- untuk cek pada air (sambil memegang gelas dengan jari kelingking pada bawah gelas):
بِسْمِ اللهِ الٌّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ , وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم
(Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

*Jika ada rasa digigit semut bermakna air itu telah disantau

7. Q: Apa kaitan makanan dalam akhlak?
[Ust Haslin]
- cari makanan yang betul-betul halal (disahkan JAKIM & tidak diragui kandungannya)
- harta yang jelas halal tetapi tidak di'infaq' pun tidak boleh dipakai juga
- hasil haram tetapi belanjakan / sedekahkan pada jalan halal pun tidak boleh
- anak (peringkat bayi) perlu diberi susu ibu, bukan susu lembu

PENUTUP

- Allah bekalkan semua hidupan untuk kegunaan kita
- ucapkan Alhamdulillah.. kesembuhan itu datang dari Allah jua

~Sekian, Wallahu-A'lam~

04 September 2010

LAILATULQADR (AL-KULIYYAH 3-9-10)

0 ulasan
Panel : UST. DATO' ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ

1. Bagaimanakah keberkatan seperti dinyatakan dalam Surah Al-Qadr?
- Dari Surah Ad-Dukhan, Ayat 3 ;

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)."


- Lailatul Mubarakah (maksudnya malam penuh berkah)..
- Semua kitab Nabi diturunkan dalam bulan Ramadhan : Nabi Musa pada 6hb, Nabi Daud pada 12hb, Nabi Isa pada 16hb dan Nabi Muhammad pada 17hb Ramadhan..
- Bulan Ramadhan adalah bulan ummat, bulan kita
- kita perlu ikhtiar sendiri untuk mendapatkan malam itu
- Malam itu adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan [83 tahun 4 bulan] (had umur 'maksimum' la kan)
- Maka boleh disimpulkan bahawa sebarang ibadat yang dilakukan pada malam itu ganjarannya lebih baik daripada ganjaran ibadat seumur hidup..
(hanya pada satu malam! MasyaAllah.. itu pun kita bukannya dapat terus bersolat setelah dilahirkan untuk dikira cukup '84' tahun itu, dan walau kita diberi peluang untuk hidup hingga ke umur sedemikian..)
- Ia hanya datang setahun sekali, maka carilah dengan istiqamah, InsyaAllah dapat!

2. Ada yang keliru dengan istilah.. seperti malam 7 liku.. etc..
- Ramadhan ini bulan umat, maka Allah tidak memberitahu bila malamnya.. ia sebagai ujian, bagi sesiapa yang benar-benar mahu, pasti akan dicuba setiap malam! (Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih~)
- Namun Rasulullah SAW merasa kasihan, lalu diberinya 'tips' .. Baginda bersabda, 'intai-intai'lah pada malam 10 yang terakhir..
- Nabi bagi 'tips' lagi ; ia berlaku pada malam ganjil (21, 23, 25, 27, 29..)
- Usahlah memilih waktu.. Itu yang terbaik.. Mulakanlah dari awal hingga akhir Ramadhan, kerana jika istiqamah pasti akan bertemu jua~!

3. Kelebihannya dikatakan akan ditentukan semula takdir manusia termasuk rezekinya, jodohnya, ajalnya... ?
- Kalau ditafsirkan dari Ayat 3 Surah Ad-Dukhan dan disambung kepada Ayat ke-4 ;

"(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)."


- Mengikut Syeikh Nisaburi (maaf kalau tersilap eja).. pada malam itu akan 'disemak semula' semua urusan / perkara-perkara yang mempunyai hikmah..
- Maka ada ulama' mentafsirkan pada malam itu Allah akan selesaikan semua masalah, kerana pada malam Lailatulqadr inilah Allah menetapkan segalanya..

4. Dalam mengintai & mencari Ramadhan, jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin maka Lailatulqadr dijangka akan berlaku pada 21 Ramadhan (semacam formula gitu~).. benarkah?
- Ust. pernah terbaca 'teori' begitu.. ia sebenarnya teori semata, kerana tiada nas mengenainya ditemui
- Yang penting bagi kita ialah : Pada malam-malam 10 yang terakhir Ramadhan & pada malam ganjil, perlebihkanlah ibadat (tidak merangkumi solat semata ya~)
- Ada sesetengah masyarakat akan pasang lampu pada malam 7 likur.. Itu hanya kepercayaan karut semata kerana pada mereka lampu tersebut akan menerangi (memudahkan) malaikat untuk turun & masuk ke rumah mereka... malaikat tidak memerlukan itu semua.. ciptaanNya sudah cukup sempurna)
- Kalau adapun tanda mengenai Lailatulqadr untuk dirujuk : Tanda-tandanya hanya akan berlaku pada keesokan harinya

5. Bagaimanakah suasana pada malam Lailatulqadr?
- Menurut orang tua-tua pada masa dahulu : tandanya air akan membeku, udara sedang-sedang sahaja (selesa), & kalau ada bulan, cahayanya akan sampai ke tempat berbayang (namun itu kata orang sahaja.. tiada jua nas mengenainya.. jadi kita ikutlah landasan Islam yang syumul)
- Jadikan setiap malam kita sentiasa beribadat, CUMA yang malam-malam akhir tu SEMAKIN terikat dengan masjid / ibadah-ibadah
- Kita hanya akan tahu kehadirannya pada pagi selepas malam lailatulqadr ; yakni cahaya matahari lemah walau tiada awan yang memayungi
- Namun ada Ulama' yang menulis, PADA malam lailatulqadr itu suasananya cukup tenang, seolah-olah ada orang bertasbih di sekitarnya.. kerana pada malam itu semua malaikat akan turun ke Bumi termasuk ruh (Jibril)

Ustaz Fauzi (moderator) 'mencelah' ;)

---Carilah malam Lailatulqadr dengan beribadat, bukan dengan melihat tandanya---


6. Adakah sebarang tanda bagi orang yang menemui Lailatulqadr?
- Sekali lagi diperingatkan, yang penting kita berusaha seperti yang Nabi anjurkan..
- Bagi orang yang mendapatnya, tiada tanda khusus
- Kalau setiap malam buat, yakinlah, InsyaAllah dapat!

7. Baagaimana Rasulullah SAW & keluarga Baginda beramal untuk mencapainya?
- Dalam hadis nabi ada disebut.. selepas 20 ramadhan, Baginda akan kejutkan keluarganya dari tidur & lebih banyak berada di masjid untuk beribadah
- Pada zaman Rasulullah SAW hingga Abu Bakar, terawikh dikerjakan secara bersendirian (8 rakaat) walau berada di masjid sama-sama
- Setelah habis, sepanjang malam akan diteruskan dengan amalan lain
- Amalan itu berterusan hinggalah pada zaman Saidina Umar, d mana Umar mula mengumpul jemaah di masjid & menambahkan bilangan solat sunat terawikh sehingga 20 rakaat..
- dan selepas itu diteruskan untuk 'qiyam' di masjid

8. Apakah malam Lailatulqadr berlaku pada waktu yang sama di seluruh Dunia?
- Kalau mengikut panduan ayat Surah Ad-Dukhan, ia berlaku hanya pada 1 malam.. mengikut zon
- di mana tempatnya berlaku malam (jatuhnya matahari), di situlah akan berlaku dahulu... hingga terbitnya fajar
- Kalau berada di zon yang sama / lebih kurang, maka samalah malam Lailatulqadr-nya

9. Bagaimana pula dengan ibadat wanita yang uzur?
- ada 2 cara Ust. menjawab soalan ini :

a) Kalau dia sangat teringin bertemu malam Lailatuqadr & dengan itu dia beribadat sepanjang & setiap malam, maka Allah akan 'delay' period-nya..

b) Kalau selang-selang sahaja dia pergi (tidak berapa berminat, tidak konsisten) & apabila datangnya malam Lailatulqadr, kemungkinan besar Allah akan memberinya uzur pada waktu itu..

NAMUN ingatlah, kemas-kemas dapur & rumah, memasak makanan untuk suami & sebagainya yang berkaitan, bukankah itu jua dikira ibadat?
- Ganjarannya tetap ada.. ibadat lain masih ada selain 'solat'!!
- Selain itu berzikirlah~

10. Adakah cukup mendapat malam Lailatulqadr hanya dengan solat subuh & isya' berjemaah?
- Ganjaran akan dapat dalam keadaan suasana beribadat.. apa jua ibadat!!
- Turunnya malaikat ke Bumi itu adalah untuk menyaksikan manusia beribadat
- Kalau dah isya' sekali apa salahnya terawikh sekali selepas itu?
- Teruskanlah ibadat yang kita boleh buat & mampu ketika itu (sebelum segala kudrat akan ditarik dariNya.. oh~ Na'uzubillah..)

11. Adakah benar ada solat khusus ; solat sunat lailatulqadr?
- Belum pernah didengar dalam mana-mana kitab
- Persoalannya bila kita mengetahui tibanya malam itu? Tiap-tiap malam buat kah?
Jawapannya : TIADA kerana kita tak pernah tahu bila..
- Solat sunat lain kan ada.. lebih baik buat ibadat sunat lain setelah selesai yang wajib..

12. Apakah doa khusus yang diajarkan Rasulullah SAW & kenapa doa itu terlalu pendek?
- Doa :

اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنَّا

Maksudnya : "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau suka pada kemaafan maka maafkanlah kami"

- Doa yang paling digalakkan : "Allahumma-innaa-nas-aluka-ridhaana.. wal jannah.. wa na'uuzubika sautika.."
(memohon ridha, syurga, perlindungan, dari seksaan neraka)
- Jika ditakdirkan malam itu Lailatulqadr, maka InsyaAllah diterima segala doa

13. Bagaimana kita hendak tahu, sedangkan 17 Ramadhan itu Nuzul Qur'an & Lailatulqadr adalah hari turunnya Al-Quran?
- Telah disebut bahawa Allah turunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadr..
- 17 Ramadhan adalah sebelum 20hb (sebelum 10 malam terakhir)
- Menurut Ulama' dalam sebuah kitab ; dalam Al-Quran ada dinyatakan ia diturunkan sebanyak 3 kali..
- PERTAMA : Diturunkan sekaligus di Luh Mahfuz (wallahua'lam bila) & tersimpan selamat disana
- KEDUA : Sampailah ketika suatu malam, dipindahkan dari Luh Mahfuz & ditempatkan di Baitul Izzah (langit dunia) & tersimpan di sana
- KETIGA : Tanggal 17 Ramadhan = 7 Ogos 601 M.. turunlah wahyu pertama ; Surah Al-Alaq

14. Patutkah kita 'kecoh' (war-warkan) mengenai amalan kita jika benar kita yakin mendapatkannya (berdasarkan tanda keesokan harinya)?
- Setelah mengetahui tanda keesokan harinya (maknanya malam tadi Lailatulqadr)
- tak perlu ''Yeye!' & bercakap-cakap mengenai amalan kita, cuma kita perlu bersyukur pada Allah.. bersyukur kerana dipertemukan dengan malam itu, bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasainya..
- Lahirkan kesyukuran pada Allah, jangan 'kepoh-kepoh' (hmm.. boleh jatuh riya' jika begitu..)

15. Kesimpulan
- Kita sekarang di zon Lailatulqadr
- InsyaAllah kita akan menemuinya

~moga dapat manfaat bersama, InsyaAllah.. maaf jika ada salah silap dalam penulisan ini, mohon diperbetulkan~ Allahu-a'lam...

24 July 2010

TERAPI JIWA (AL-KULIYYAH 23/7/10)

0 ulasan
Panel : UST. ZAWAWI YUSOH

1. Bagaimana Zikir menjadi terapi jiwa yang paling mujarab?
- Jiwa ; di dalam, Jasmani ; "Just to get the money" ;)
- Ada orang tenang bila pergi pantai / duduk di hutan, kerana yang menciptanya ialah Allah.. jangan pergi tanpa perasaan apa2 / memandang dengan pandangan kosong
- Mendekatkan diri / mengingatkan diri kepada Allah itulah zikir.
- Nama2 Allah dapat memberi ketenangan & semangat
- Kalau duduk sebelah orang kaya, rasa macam orang kaya. Jadi bila dekat dengan Allah, kita akan tenang, merasai jiwa kehambaan
- Orang tidak berzikir hatinya seperti kubur
- Jika kita lupa Allah, Allah akan lupa kita

"Zikir pada hati ibarat air pada ikan"

2. Zikir ketika susah sahaja?
- Bila2 masa, di mana sahaja (kecuali di tandas), berzikirlah
- Hadis Qudsi, "Kalau kamu ingat Allah semasa kamu senang, Allah akan ingat kamu ketika kamu susah"
- Bersyukur = lawan kepada kufur
- Stress = Allah mahu buang dosa kita (namun kita harus mengatasinya dengan cara baik)

3. Kesan zikir pada air / molekul?
- Air itu hidup & boleh menghidupkan
- Seorang Profesor pakar dari Jepun telah membuat kajian terhadap molekul2 air dimana apabila didedahkan kepada lagu2 sentimental molekul itu cantik & sebaliknya apabila didedahkan kepada lagu2 rock / bising. Apa yang lebih mengejutkan beliau adalah apabila beliau membuka sebuah kaset Ayat2 Al-Quran, molekul2 air menjadi sangat2 cantik dan tersusun begitu indah seperti kristal.
- Air itu boleh merakam sekitarnya..
- Sebagai contoh, air zam-zam yang telah terakam di dalamnya doa Nabi Ibrahim..

4. Zikir tanpa memahami maksudnya / tidak fokus?
- Zikir itu sebut & ingat
- Zikir akan bererti jika mulut kita membaca, hati merasakannya
- Sesudah solat : amalkan "Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar"
- Zikir dalam bentuk lagu pun OK, memudahkan kita untuk mengingatinya
- Untuk memahami maksudnya bersama adalah sangat2 baik, hati akan disuci dengan seelok2nya
- Membazir jika berzikir tapi tidak merasa, seperti juga berilmu tapi tidak beramal
- Antara kehebatan zikir ; duduk di sebelah orang yang berzikir jua akan menjadi tenang

5. Berzikir yang bagaimana memberi ketenangan sebenar?
- Baca ramai2 dibolehkan untuk lebih penghayatan
a) Melahirkan jiwa kehambaan (ingat kesusahan jua datang dari Allah..)
b) Apa yang Allah suruh / tetapkan pada kita pasti yang terbaik
c) Kalau kaya - Allah suruh syukur, Kalau miskin - Allah suruh sabar, Kalau jadi pemimpin - Allah suruh adil.. etc

~Musibah adalah salah satu keadaan yang Allah beri untuk membuang dosa bagi yang mengingatiNya~

6. Jangan zikir banyak2, nanti tak mampu bawa??
- Perlu difahami bahawa Roh kita sama, namun badan lain2 di alam yang lain kelak..
- Beramal dengan zikir dengan niat yang salahlah yang menyebabkan kita tak larat tanggung sebab ianya berdosa
- Hakikatnya Rohani memerlukan makanan sentiasa (untuk melawan nafsu tidak elok + godaan syaitan yang tak pernah henti), bukan seperti badan (jasad) yang kita perlu hadkan makanannya..

7. Antara zikir dengan bacaan Quran, yang mana lebih baik?
- Al-Quran itu ada banyak nama - Salah satu namanya adalah Zikr..
- Quran sebahagian daripada zikir
- Contohnya selepas solat, kita baca Al-Fatihah, kemudian berzikir
- Ayat Quran seperti zikir juga
- Kalau uzur boleh baca zikir.
- Namun jika boleh baca Quran, maka Quran lebih diutamakan

8. Apa perlu dibaca ketika susah hati?
- Baca Quran mana2 ayat, syaratnya kita fokus betul2
- Ada ayat Quran yang mengandungi zikir
- Sebagai contoh ; Al-Fatihah boleh diamalkan dalam dua cara; satu berzikir, satu lagi sebagai doa (menadah tangan & berniat di dalam hati sebenar-benarnya)
- Bacalah sampai ke hati, InsyaAllah jiwa kita akan tenang

9. Apa hukumnya orang perempuan yang haid membaca Quran dengan niat zikir?
- Quran itu juga sebagai zikr.. sesetengah berpendapat dibolehkan
- Tetapi sebenarnya ayat Quran akan menjadi zikr jika kita hafal / ingat = contohnya ayat Kursi & Al-Fatihah
- 'Rehatkanlah' dahulu Quran itu bagi yang uzur, & amalkanlah zikir

10. Adakah Zikir & Fikir = bertapa?
- Zikir + Fikir = kombinasi yang baik antara sinergi & energi
- Contoh : Apabila kita beristighfar = memohon keampunan, minda pula berfikir mengenai dosa2.. dengan itu kita lebih menginsafi dosa2 lepas / bertaubat
- Dalam islam, istilah 'bertapa' = Khalwat (duduk sunyi2 bermesra dengan Allah).. Namun kini disalahertikan dengan fenomena maksiat semata!!
- Jika hati 'tersangkut' dengan Allah walau apa jua yang kita lakuakn, kita akan kuat!! InsyaAllah!!

11. Perlukah menutup aurat ketika berzikir?
- Ada ibadat yang memerlukan peraturan khusus, namun berzikir dibolehkan dalam apa2 keadaan
- Berzikir adab asasnya berwudhu' & menghadap kiblat

12. Tanda2 orang sakit jiwa?
- Jiwa ini cukup kompleks
- Contoh : Di kompleks membeli belah, membawa anak, apabila anak hilang, dia akan menangis.. Mengapa? Dia tidak luka pun? Tapi sebab jiwanya terluka apabila jauh dengan ibunya~
- Maka bila jauh dari Allah, kita akan resah gelisah.. baliklah ke pangkuan Allah..

13. Bolehkah berzikir dengan niat nak pahala sahaja?
- Ia sesuatu yang masyru'.. dibolehkan.. tapi tu peringkat paling 'basic' untuk mendapat pahala..
- Berzikirlah kerana Allah & mengharapkan keredhaanNya

Sebut2lah namaNya sebagai salah satu tanda kita benar2 cinta kepadaNya

~Wallahua'lam~

12 June 2010

AL-KULIYYAH 11/6/10 (SYARIAT KENDURI)

0 ulasan
Panel : Ust. Haslin Baharim

1. Tuntutan kenduri (walimah) di sisi syariat

- Berdasarkan Surah al-Insan ayat 9 ;

(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,


- Sentiasa mengharap kesyukuran pada Allah (tanda kesyukuran)

- Rasulullah SAW bersabda :

"Buatlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing"


2. Antara adat & syariat

- Bagaimana buat kenduri >> mesti dari sumber yang halal (hutang dilarang untuk melaksanakannya)

- Kenduri yang disyariatkan - jauh dari unsur riak / berbangga2

- Jauhi perkara yang dilarang - contoh; majlis tari-menari di depan orang awam

- Mohon tetamu doakan kebahagiaan pengantin (doa bersama2)

- Adat boleh dikekalkan asalkan tidak bercanggah dengan syariat Allah

3. Jika berlaku serentak kenduri pernikahan & kematian, yang mana harus kita pergi dahulu (?)

- Hadir ke kenduri nikah itu wajib, namun bila ada yang meninggal, percepatkan urusan kematian (lihat keutamaan & jarak masa) - sama ada boleh mengagihkan masa

- Sabda Rasulullah SAW :

"Sesiapa yang bersembahyang dan menghantar jenazah, dia mendapat pahala satu qirath. Jika dia berdiri hingga jenazah dikuburkan, dia mendapat dua qirath. Satu qirath seperti besarnya Bukit Uhud" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


-Sesiapa yang berpuasa pun dituntut untuk pergi kenduri walau bukan untuk makan (pergi berjumpa & mendoakan kebahagiaan untuknya)

 4. Berniat mengadakan kenduri, namun apabila dapat buat, kebetulan ada masalah kewangan (?)

- Sepatutnya buat kenduri dahulu sebelum capai hajat, tanda ikhtiar & kehendak kita yang bergantung harap pada Allah

- Jangan niat nazar yang bukan2, setakat yang mampu sahaja

- Jika nazar dalam hati (orang lain tidak tahu) - itu antara dia & Allah jika dia telah meninggal (kalau keluarga tahu, keluarga wajib laksanakan untuknya)

5. Hukum menghadiri majlis orang bukan Islam (?)

- Wajib pergi itu jika orang Islam sahaja yang menjemput, namun jika orang bukan Islam , kena pastikan perkara2 di dalam majlisnya tidak bercanggah dengan Syara' baru dibolehkan

- sumber lain : di bawah tajuk Memenuhi Undangan Orang Kafir

Mungkin ada yang bertanya, bolehkah kita memenuhi undangan orang kafir (selain muslim, pen)? Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin rahimahullah berkata,"Apabila yang mengundang adalah orang kafir, tidak boleh (haram) memenuhi undangan tersebut, bahkan tidak disyari'atkan, kecuali apabila terdapat maslahat (manfaat) di dalamnya. Seperti untuk mengajaknya masuk Islam atau dalam rangka perdamaian. Hal seperti ini tidaklah mengapa karena Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memenuhi undangan orang Yahudi yang mengundangnya di Madinah. (Syarh Riyadhus Sholihin)


6. Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' (?)

- Adat asalnya ikut2an yang dibiasakan

- Majlis berinai budaya benua Arab, namun jika caranya tidak berlanggar syara' maka ia dibolehkan

- Bertepung tawar yang berkait dengan adat semata tidak boleh >> jika sia2 lebih baik ditinggalkan

7. Amalan baik selepas berkahwin / berbulan madu (?)

- Honeymoon tidak salah bagi yang ada kemampuan

- Seeloknya berbincang mengenai perancangan ekonomi, pendidikan untuk anak2 akan datang

- Tujuan kahwin = agar rasa tenang terhadap pasangan, membina keluarga 'mawaddah warahmah'

- Cinta sebelum kahwin berbeza dengan selepas kahwin

- Selainnya yang penting : Solat sunat hajat, berdoa - kebahagiaan sehingga akhir hayat

 8. Jika wanita yang ditugaskan mengajak kenduri sedangkan suaminya ada di rumah (?)

- Yang pergi market orang lelaki sepatutnya & orang lelaki yang patut menjemput, melainkan kesuntukan masa (namun tidak dijatuhkan haram jika perempuan yang melakukannya - sebagai  wakil) Pesanan beliau> sepatutnya lelaki tunjuk kejantanannya dengan berbuat kerja demikian

 9. Moderator - Hukum Kalimah Basmalah pada kad kahwin?

- Zaman dahulu tiada kad jemputan, hanya ada orang menjemput. Pandangan ulama' menyatakan penulisan kalimah Basmalah pad kad = Makruh kerana dikhuatiri dipijak orang sekitar / tidak terjaga jika diletak merata.. Namun ucapan ''Assalamu'alaikum'' dibolehkan

 10. Moderator - antara bola & kerja menguruskan kenduri (tuan rumah)?

- Menonton bola tiada pahala, dibolehkan jika benar2 ada kelapangan & tiada kewajipan lain

- Rasulullah SAW juga bersabda yang artinya;

"Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah/pernikahan, sungguh dia telah durhaka pada Allah dan Rasul-Nya." (HR. Muslim).


11. Hukum bersanding (?)

- Secara umumnya Haram. Namun dibenarkan untuk waris / mahram sahaja

- Pakaian pengantin tidak boleh tabarruj (berhias melebih2) & wajib menutup aurat

 12. Adakah benar walimah tidak dibenarkan pada hari Sabtu (dikatakan "hari binatang") (?)

- Tidak ada hari yang tidak baik / tidak dibolehkan dalam Islam, hanya dalam konteks puasa ada hari yang tidak dibolehkan

- Amalan tidak diterima 40 hari 40 malam jika percaya pada perkara Khurafat.. Na'uzubllah..

 

Kesimpulan - Tujuan kenduri > sebagai hebahan kepada masyarakat mengenai pernikahan > mesti selepas akad nikah

 > Mengelak sangkaan buruk masyarakat - elak fitnah

> Saudara mara dapat berjumpa & bergembira

---------------------------------

Sekian, Allahu-A'lam~