Showing posts with label remaja. Show all posts
Showing posts with label remaja. Show all posts

14 January 2012

Nik Nur Madihah @ IKIM.fm

0 ulasan
Tarikh : 14 Januari 2012
Masa Siaran : 3 - 4 Petang

Antara intipati daripada temubual bersama Nik Nur Madihah @ IKIM.fm tadi ;

✦ Usaha tanpa tawakkal = sombong
Tawakkal tanpa usaha = angan kosong

✦ Ilmu kuliah = makanan bagi akal
Ilmu rohani = makanan bagi hati

✦ Pentingnya rezeki yang halal (+ sumbernya) kerana ia akan menjadi darah daging kita, maka akan mudahlah menerima ilmu & nasihat yang baik, InsyaAllah..

✦ Dalam keserabutan ketika belajar, kembalilah kepada sumber ketenangan iaitu dengan mengingati Allah > melalui do'a, membaca al-Qur'an.. *berdoalah dari hati

✦ Jagalah hati ibu bapa, pentingnya keberkatan yang Allah redha dari mereka kepada kita dalam urusan yang kita buat..

✦ Jadikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebaik-baik contoh. Sebagai muslim kita perlu menjadikan Baginda idola utama (semua yang Baginda buat kita cubalah ikut, kerana Baginda insan paling sempurna)..

✦ Perlu ada 'pitih', DUIT yang banyak >> (DUIT = Do'a + Usaha + Istiqamah + Tawakkal)

✦ Ini daripada ayah beliau ; "Lebih baik jadi ketam daripada jadi musang.."
(sekurang-kurangnya ia cuba mengajar sesuatu yang betul walau ia sendiri tak betul,, jauh lebih baik daripada menipu)

[sungguh, Allah merahmati & memudahkan urusan orang-orang yang menjaga Agamanya & mengikuti sunnah RasulNya, walau mujahadah itu perit namun diteruskan jua, kerana mempercayai janjiNya!]

Nik Nur Madihah dengan ayahnya Nik Mohd Kamal [gambar web]
*kemiskinan bukan penghalang kejayaan, sebenar-benar miskin adalah yang miskin jiwanya daripada mengingati Tuhan..

Bagi yang belum mengenali siapa beliau, boleh klik link ini > [ Link ]

Seorang lagi pelajar cemerlang SPM (2006), Siti Fatimah Mukhtar, juga bekas pelajar Maahad Muhammadi Kelantan, kini belajar di UK dan masih menjaga imej & wataknya sebagai muslimah ! Klik link berikut > [ Link ]

Moga Allah rahmati mereka yang menjaga AgamaNya dalam mengumpul bekal di akhirat sana.. Moga kita juga cemerlang dalam urusan & bidang masing-masing selari dengan ilmu rohani, InsyaAllah :)

"Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang." ~Surah Al-Maidah, Ayat 56~

02 August 2009

Punca Keruntuhan Akhlak (oleh Dr. Amran Kasimin)

0 ulasan
Secara sedar ataupun tidak sedar, usaha-usaha kerajaan untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat adalah berjaya dan begitu mengkagumkan. Walaupun demikian, saya berpendapat bahawa pencapaian untuk menghasilkan kemantapan pembinaan kerohanian jauh terbelakang berbanding dengan pencapaian ekonomi.

 

Dalam keadaan seperti sekarang ini, saya tidak beranggapan bahawa menuding menuduh orang lain bersalah, menyebabkan masalah keruntuhan akhlak itu berlaku sesuatu yang baik. Tidak guna bertengkar, menyalahkan orang lain cuai memandu, makan jalan atau tidak memberi isyarat ketika hendak membelok apabila berlaku perlanggaran. Apa yang perlu dilakukan ialah berfikir dan berusaha bagaimana hendak mengalihkan kenderaan yang terlibat agar ia tidak menghalang laluan, kemudian baru berbincang sama ada hendak membuat laporan di balai atau diselesaikan dengan persetujuan.

 

Punca keruntuhan akhlak adalah saling kait, yang tidak mudah dirujuk kepada satu punca secara khusus. Tidak benar bahawa ibu dan bapa itu sebagai punca utama berlakunya demikian, kerana umumnya tidak ada ibu ataupun bapa yang tidak menyayangi anaknya. Walaupun demikian, tidak dinafikan adanya bapa yang berkelakuan tidak ubah seperti bapak haruan, begitu juga dengan ibu yang tidak boleh dijadikan contoh baik oleh anak-anak, guru-guru, tidak kira sekolah rendah ataupun menengah berusaha untuk mendidik pelajar, tetapi pencapaian akademik tidak semestinya memperlihatkan seorang pelajar itu berakhlak mulia kerana sesetengah orang beranggapan kejayaan dalam bidang akademik adalah segala-galanya.

 

Selain daripada itu pengaruh luaran kelihatan lebih banyak mempengaruhi anak-anak berbanding dengan usaha ibu dan bapa juga para guru. Bagi anak-anak kecil yang sebelum sekolah, ibu bapa merupakan tempat mereka bersandar, mengadu manja dan begitu patuh. Apabila mereka mula belajar, mula kenal guru dan mempunyai teman yang banyak, mereka sudah ula mengalihkan tempat sandaran kepada guru, dan teman-teman, bergantung kepada keadaan. Semakin dewasa seseorang itu, maka ia semakin terdedah kepada environment luaran dan sekitarnya.

Ketika ini pengaruh-pengaruh luaran itu seolah-olah berlumba-lumba untuk memenangi anak-anak yang sedang membesar tadi. Mana yang kuat ia akan menang. Bagi ibu dan bapa dan keluarga yang prihatin dengan anak-anak, berkemungkinan besar anak-anak itu akan terbentuk dalam keadaan sempurna. Sebaliknya, ibu bapa yang mengabaikan anak-anak, membiarkan mereka berkawan dengan sesiapa yang disukai, berkemungkinan besar anak-anak tadi akan bermasalah apabila dewasa kelak.

 

Pengaruh luaran ini terus menerus berlumba-lumba mencipta kerektor anak-anak setiap masa. Di rumah, ibu dan bapa menyuruh anak-anak mengaji, sembahyang, membaca buku tetapi di luar rumah, kawan-kawan menunggu mengajak main bola, main basikal tanpa mengira waktu zuhur ataupun maghrib. Mereka akan balik rumah apabila lapar atau malam telah berlabuh. Di televisyen, syarahan-syarahan agama cuba diselit-selitkan pada waktu petang, iaitu ketika anak-anak ini sedang sibuk mandi, tetapi pada waktu malamnya mereka dihidangkan dengan babak orang bercumbu-cumbuan, berpakaian tiga suku telanjang atau gambar orang berpakaian membuka ketiak. Tidak ada statistik untuk memastikan berapa orang yang suka melihat ustaz-ustaz bersyarah agama berbanding dengan mereka yang suka melihat gambar orang bercumbu-cumbuan ataupun perempuan yang memperlihatkan separuh daripada buah dadanya,

 

renungan

Begitu juga halnya dengan sesetengah surat-surat khabar, yang ada kalanya lebih berkecenderungan memperlihatkan watak-watak, ataupun latar belakang artis ataupun penyanyi sehingga empat lima muka surat termasuk hal-hal peribadi yang tidak boleh dijadikan contoh yang baik atas alasan yang tidak jelas. Semuanya ini perlu difikir dengan serius, jangan terlalu memikiri berapa ribu naskhah majalah laku untuk mengaut untung semata-mata kerana bahan-bahan cetak ini menjadi renungan dan model kepada pembaca, terutamanya anak-anak yang sedang meningkat dewasa.

 

Ada juga orang yang berpendapat bahawa setiap orang boleh memilih apa yang patut dan baik untuk dilakukan. Untuk menonton filem yang mempamerkan manusia separuh telanjang ataupun menonton forum-forum yang memberi manfaat ataupun syarahan agama. Begitu juga dengan surat khabar, sama ada hendak membaca berita-berita ilmiah ataupun cerita gosip artis kena tangkap basah, artis dituduh merogol, atau yang kena saman kerana memandu tidak mempunyai lesen.

 

Dalam amalan harian kita akan mempelajari, secara langsung ataupun tidak langsung bahawa manusia itu lebih berusaha mengejar sesuatu yang bersifat fizikal, yang kelihatan dapat dibuktikan, dirasa dan dipertontonkan. Manusia kurang berupaya untuk menimbang tentang sebab musabab dan natijah cetusan daripada perbuatan yang dilakukan, yang menjadi sebahagian daripada budaya hidup mereka.

 

Hal-hal seumpamalah melahirkan manusia yang lidahnya mengaku keesaan Allah, dan pesuruhnya Muhammad, percayakan pada balasan baik dan buruk di akhirat, tetapi dalam amalannya mereka seumpama tidak mempercayai tentang adanya balasan di akhirat, iaitu balasan nereka bagi mereka yang melakukan kejahatan. Pegangan seumpama inilah yang melahirkan manusia yang lari ataupun melarang orang lain daripada memperkatakan tentang akhirat dan mati, kerana ia hanya akan melahirkan manusia munyuk, mundur dan tidak berupaya memahami

kepesatan teknologi moden yang sedang melanda.

 

Memperkatakan tentang keruntuhan akhlak, kita sebenarnya sering lupakan hakikat diri manusia. Untuk menghapuskan pelacuran misalnya, kita sering menangkap, mendenda dan menghalau keluar kalau mereka orang luar. Penghisap dadah ditangkap dan dipulihkan. Tindakan ini memang yang baik yang memang sepatutnya dilakukan untuk menangani masalah terkini. Cara mengelakkan serangan nyamuk ialah dengan membunuhnya, tidur menggunakan ubat nyamuk, sama ada dengan ubat nyamuk yang menggunakan elektrik ataupun lingkaran tradisional. Mereka yang bersifat tradisional akan pakai kelambu atau pakai ubat nyamuk lengkar. Walaupun demikian, kita seolah-olah lupa, bahawa cara berkesan mengatasi masalah nyamuk ialah dengan membasmi tempat nyamuk itu membiak, di mana persekitaran yang bersih itu amat diperlukan. Bukan dengan cara memukulnya dengan tangan. Begitu halnya dengan usaha-usaha untuk membasmi keruntuhan akhlak, di mana kesedaran beragama, ataupun iman itu perlu dalam usaha yang berkesan untuk membasmi pelbagai gejala keruntuhan akhlak.

Nafsu manusia itu berkecenderungan untuk melakukan sesuatu yang bersifat buruk berbanding dengan kecenderungan untuk melakukan sesuatu yang bersifat baik. Kerana itu kita jangan terlalu berfikir kenapa anak-anak lebih gemar membaca majalah-majalah yang tidak memberi faedah daripada buku pelajaran dan buku-buku bernilai akademik yang membina pertumbuhan akal minda. Atas kecenderungan seumpama ini juga kenapa lebih ramai orang yang lebih suka menonton filem ganas, seks, daripada menonton filem-filem tayangan yang lebih memberi manfaat. Hal demikian sama dengan kecenderungan manusia yang lebih suka berebut-rebut menyerbu konsert-konsert rock, pusat-pusat karaoke, kelab-kelab malam dengan bayaran tinggi daripada menghadiri kelas-kelas agama, majlis ilmu, majlis maulud atau Isra' Miraj biarpun di majlis tersebut disediakan dua ekor lembu yang dimasak rendang sejak pagi.

 

resah gelisah

Allah swt menjadikan manusia itu dalam keadaan sentiasa resah gelisah, biar dalam keadaan apa sekalipun, kecuali mereka yang berupaya melakukan sembahyang dengan khusyuk dan diterima di Allah swt sembahyangnya, ketika dirundung malang, mereka mengeluh dan menjadi tamak, kedekut ketika memperoleh kesenangan, kecuali mereka yang sembahyang dan diterima sembahyangnya.

 

Sembahyang di sini dilambangkan sebagai punca utama segala kebaikan, kerana sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Bererti bahawa orang yang tidak bersembahyang tidak berupaya mencegah dirinya daripada melakukan kejahatan.

 

Berhubung dengan keruntuhan akhlak, mungkin tidak perlu membuat statistik berapa ramai di kalangan mereka yang merogol anak sendiri, "mendera kanak-kanak", mereka yang melakukan liwat, minum arak, orang yang suka melakukan zina, ataupun menjadi pelacur melakukan sembahyang. Tidak ada orang yang melacur melanggani dua orang lelaki di malam hari, dan sembahyang subuh dengan khusyuk di pagi hari. Tidak ada orang yang sembahyang zuhur di tengah terik matahari kemudian lepak menusukkan jarum dadah dalam urat lengannya. Andainya ada orang yang melakukan sembahyang asar di petang hari sebelum matahari terbenam, dan menerima rasuah di malam hari, ini bererti, tentunya ada yang tidak kena dengan sembahyang yang dilakukannya.

 

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm>

21 June 2009

Akhlak Remaja (Siri 2) 20-6-09

0 ulasan
Penyampai: Ustz Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz

1. Masalah orang dewasa tidak sehebat masalah remaja

2. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sebaik-baik remaja ialah remaja yang berkelakuan seperti orang tua (dewasa), manakala sejahat-jahat orang dewasa ialah yang berkelakuan seperti kanak-kanak"


3. Remaja yang menunjukkan sikap seperti orang dewasa (bersikap matang dari segi cara pemikiran, tingkah laku) susah untuk dicari & dianggap istimewa berbanding remaja biasa yang lain

4. Ibu bapa turut memainkan peranan & terlibat juga dalam kesalahan anak-anak muda masa kini

5. Semasa bayi, penyusuan dalam 2 tahun pertama bayi tersebut juga memainkan peranan
  • Penyusuan menggunakan susu haiwan (lembu, kambing..) semata2 / bercampur2  dalam 2 tahun pertama antara salah satu sebab kebanyakan remaja kini berkelakuan sedikit sebanyak seperti haiwan (tiada perasaan malu, etc..)

  • Oleh itu Islam menuntut agar dalam 2 tahun pertama itu bayi disusukan dengan susu badan, kerana susu badan mengandungi banyak khasiat untuk bayi yang tidak ada tandingan berbanding susu formula yang berada di pasaran sekarang & membekalkan sistem imunisasi yg cukup utk bayi

  • Selain faktor kesihatan, susuan sempurna (2 tahun genap penyusuan susu badan) patut diberikan kepada setiap bayi untuk membentuk peribadi anak yg lebih 'manusia'

  • Semasa Rasulullah s.a.w bayi, apabila susu ibunya tidak mencukupi, Allah telah mewahyukan ibunya untuk mencari ibu susuan sedangkan ketika itu terdapat banyak susu kambing. Ini menunjukkan betapa pentingnya susu badan untuk perkembangan awal bayi; yg juga penting dlm menentukan sahsiah insaniah masa depan


6. Hiburan melampau (hedonisme) oleh media massa kini semakin berleluasa & merupakan salah 1 faktor utama keruntuhan akhlak remaja
  • Ada juga yg menutup aurat dgn baik pun turut sama 'menjayakan' program2 hiburan, terkinja2 di dalam konsert..Astaghfirullah..

  • Sebenarnya Islam tidak melarang hiburan, tetapi yang dilarang ialah hiburan yg MELAMPAU (yakni hiburan yang langsung tidak memberi ketenangan, mengandungi unsur2 lucah sama ada dari segi lirik lagu, tingkahlaku ketika menyampaikan hiburan itu; seperti tidak sedarkan diri & seumpamanya)

  • Kita tidak dilarang untuk mendengar muzik2 ringan yg memberi ketenangan, sebagai halwa telinga (atau alternatif untuk menghilangkan stres), seperti yg berunsur alam, mempunyai nilai motivasi & semangat, akan tetapi LEBIH ELOK & DIGALAKKAN kpd kita, umat Islam untuk mendengar & mengamalkan bacaan Al-Quran & zikir, kerana Allah telah menjanjikan ketenangan melaluinya sekiranya kita benar2 menghayati


7. Seperkara lagi, Kita sudah biasa dengan kenyataan sebegini; "Nampak luaran je macam ni, tapi dalam hati baikk.." (merujuk kepada orang2 yg tidak menutup aurat, kelakuan tidak senonoh & seumpamanya)
  • Hakikatnya, yang nampak di luar inilah yang menggambarkan keadaan hati sebenar, kerana jika di dalamnya baik (hati), maka baiklah luarannya. KEMUDIAN BARULAH boleh dikatakan jika di luarnya baik, di dalamnya hanya Allah yang tahu (kebanyakannya benar2 baik, sesetengahnya tidak ikhlas & sekadar mahu menunjuk).

  • Islam sudah katakan bahawa menutup aurat itu baik & sebaliknya jika tidak menutup aurat. Maka bagaimana pula kita boleh katakan hati kita baik setelah terang-terangan kita melanggar perintahNya yang wajib? Baikkah orang yang melanggar peraturan terutamanya peraturan Allah? Sama2lah ambil iktibar


8. Salah satu tanggungjawab seorang lelaki yg ingin berkeluarga adalah untuk mencari perempuan yg baik2

9. Allah akan terima taubat seseorang yang;
  • Bersungguh2 taubat (taubat nasuha & menginsafi kesalahannya; tidak akan mengulangi kesalahannya lagi

  • Berusaha menguatkan imannya

  • Mengamalkan amalan yg soleh


10. Fitrah manusia lebih cenderung kepada perkara2 mazmumah (keburukan) berbanding mahmudah (kebaikan)
  • Oleh itu, susah untuk menjadikan manusia benar2 manusia & mudah pula untuk menghasilkan 'sahsiah haiwaniah'


11. Dalam kita mendidik anak2, biar anak2 yg menangis kerana kita, jangan nanti kita pula yang menangis jika anak2 menderhakai kita kelak, dengan syarat, kita mendidik dengan lunas2 Islam

12. Didiklah juga percakapan yg sopan kpd anak2, seperti mengajar anak2 menjauhi percakapan 'aku-engkau' yg kurang sesuai ('aku' lbih ssuai dgunakan untuk monolog / antara tman2 rapat), lantas mengelakkan 'kejutan budaya'  & environment yg lebih mementingkan style percakapan tanpa mengira aspek akhlak. Namun, biasakan dgn tutur kata sopan. Sebaik2nya elakkan guna 'aku' apabila brbual dgn org lain

13. Jika anak2 berkelakuan tidak baik, terus tegur (teguran berhikmah)

14. Kanak2 biasa dididik dengan tarbiah (percakapan) kerana kanak2 mumayyiz sudah mampu membezakan yg baik / buruk,
  • Manakala remaja biasanya dididik dengan taqli (memberi ilmu yg baik2) kerana akal remaja yg baligh sudah boleh berperanan


15. Binalah keluarga yg sakinah (bahagia), mawaddah warahmah (berkasih sayang)

16. Jadilah seperti ikan di laut, walaupun laut itu masin, isi ikannya tetap tawar (di sini ikan menggambarkan diri kita, manakala laut menggambarkan environment yg kurang sihat; maksudnya jgnlah kita mudah terpengaruh dengan keadaan semasa / gejala sosial yg tidak elok di sekitar, teguhkanlah iman kita, InsyaAllah kita boleh menghadapinya)

17. Bayi dilahirkan dalam keadaan tidak mengetahui apa2, seperti kain putih
  • Islam memberi tanggungjawab kepada ibu bapa untuk mendidiknya


18. 'Dunia tanpa sempadan' merupakan ancaman kepada keruntuhan akhlak remaja

19. Internet juga salah 1 punca yg membawa keruntuhan akhlak jika tidak digunakan untuk tujuan kebaikan, oleh itu, sebagai ibu bapa kita berperanan untuk mengawasi apa yg anak2 kita surf, namun tidak bermaksud mencerobohi privacy anak2;
  • Sebagai contoh, jangan biarkan anak2 melayari internet secara tersembunyi (dalam bilik yg berkunci & tertutup sepenuhnya)>mewujudkan suasana yg mencurigakan bukan? Awasi sekadar yg kita boleh nampak apa yg dilakukan, menaip, tingkahlaku, sekali sekala tanya kpd anak2 apa yg dilayarinya (wujudkan komunikasi)


20. Akui sebahagian daripada kesilapan anak itu sebagai kesalahan kita juga, kerana kita bertanggungjawab mendidiknya

21. Daripada Abu Hurairah r.a., Sabda Rasulullah s.a.w:

"Setiap anak yang dilahirkan membawa fitrah beragama (percaya kepada Allah). Maka kedua-dua orang tuanyalah (ibu bapa) yang sebaliknya menjadikannya beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi; sebagaimana binatang yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kecacatan. Adakah kamu mendapati binatang dilahirkan dalam keadaan sama ada hidung, telinga atau mana-mana anggota terpotong?" (Hadis Riwayat Muslim dalam kitab Qadar)

20 June 2009

Akhlak Remaja (Siri 1) 19-6-09

0 ulasan
Penyampai: Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz

Intro:

Kisah Ashabul Kahfi, golongan muda beriman yang mengasingkan diri ke gua kerana mahu menjaga iman. Mereka lari daripada pemerintahan raja mereka yang zalim & menyeksa golongan yg beriman

Isi:

1. Remaja
  •  peringkat pertengahan insan

  •  usia yang paling kritikal


 Sabda Rasulullah s.a.w: "Remaja itu sebahagian daripada ciri-ciri orang gila"

 ini kerana orang gila mempunyai sikap yang tidak menentu; sesetengah orang gila berkelakuan baik & tidak mengganggu orang lain (asyik dalam dunianya sendiri), manakala sesetengahnya agresif & mengganggu ketenteraman orang awam

2. Oleh itu, Islam sangat pentingkan golongan remaja

3. Di padang mahsyar kelak ada 7 golongan manusia yang akan mempunyai bayang2 selain Allah (Padang mahsyar tidak ada bayang2, hanya Allah sahaja yg mempunyai bayang2 pada waktu itu); bermakna mereka ini dimuliakan Allah.

Salah satu golongan tersebut ialah golongan remaja beriman (remaja yg dididik dalam suasana beribadat kepada Allah

4. Awasi makanan anda, kerana makanan yang haram akan menjejaskan sahsiah (makanan yg haram tidak semestinya dtg daripada bahan makanan itu sendiri, tetapi sumber kewangan yg digunakan juga mestilah bukan dtg dari sumber yg haram)

5. Sejak Rasulullah bayi lagi, Allah sudah mengambil alih takdid (proses penjanaan asas) kerana bapa baginda sudah tiada ketika baginda masih dalam kandungan. Contoh takdid ialah tuntutan setelah seseorang bayi lahir seperti azan & iqamat pada telinga bayi, aqiqah, cukur rambut..

6. Tujuan takdid ialah untuk mencukupkan persediaan seseorang insan untuk membentuk peribadi manusia sebenar

7. Umpama kita hendak membina bangunan, asas kepada bangunan tersebut mesti diperkukuhkan terdahulu, baru boleh menampung bangunan yang akan dibina di atasnya. Semakin kukuh asas itu, semakin tinggi bangunan yg boleh dibina. [Semakin kukuh asas Iman, semakin teguh pendiriannya kelak ketika menghadapi pelbagai dugaan; tidak mudah terpengaruh dengan unsur2 mazmumah]

8. Janalah kekuatan Iman sejak lahir

9. Kita seperti sebuah pokok, Jikalau akar tunjang (iman) kuat, tertanam jauh ke dalam tanah (menggambarkan asas Iman yang kukuh), Pokok (merangkumi aspek akhlak, ibadah & syariat) tidak akan mudah tumbang bila ribut (sebarang gejala sosial) melanda

10. Awasilah anak2 kita secara konsisten, apa yg dilakukannya, dgn siapa mereka berkawan, supaya mereka tidak terbabas dari landasan

11. Akhlak bukan sahaja merangkumi pemakaian yg sopan, tetapi akhlak juga merangkumi gerak laku seseorang itu; bahasa badan, perbuatan, gerak mata (cara pandang) & anggota. Walau pemakaian sudah cukup sopan sekalipun, jika memandang orang dengan jelingan tajam & wajah yang tidak mesra, tambahan dengan gerak-geri yg tidak menyenangkan ('gedik'..etc), sudah tentu akhlaknya pada pandangan kita menjadi kurang manis

12. Penentuan akhlak anak kita bermula sejak pemilihan jodoh lagi, yakni mengahwini seseorang berdasarkan agama (paling utama). Ketika pemilihan jodoh juga kita dituntut untuk mencari pasangan yang baik akhlaknya & daripada keturunan orang yg baik2 (keturunan yg bebas maksiat).

Hal ini penting kerana anak akan mewarisi sifat ibunya ketika dalam kandungan manakala akan mewarisi sifat bapanya selepas anak itu dilahirkan

13. Dalam keluarga, kita kena pastikan setiap ahli keluarga menjalankan tanggungjawab masing2 (sama2 bertanggungjawab)

14. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Malu & Iman adalah 2 benda yang tidak boleh dipisahkan. Jika hilang mana-mana satu, maka hilanglah kedua-duanya"


bahkan Aisyah r.a pernah berkata; "Jikalau aku tidak ada perasaan malu, nescaya aku akan memeluk semua lelaki"

Hal ini menerangkan Malu & Iman saling berkait; Jika Iman ada, InsyaAllah Malu ada. Berdasarkan masalah keruntuhan akhlak remaja sekarang, ternyata Iman mereka sudah semakin luntur lantaran mereka tidak malu lagi untuk melanggar tuntutan Islam, langsung tidak malu mendedahkan tubuh & menunjukkan tingkahlaku yg tidak sopan. Sesungguhnya pengukuhan Iman itu asas hidup kita.