Showing posts with label ceramah. Show all posts
Showing posts with label ceramah. Show all posts

24 July 2012

Bedah Buku "Cinta Kerana Allah" oleh Ust. Pahrol

0 ulasan
Catatan daripada video Bicara ad-Din (link video di bawah post)
  • Untuk menimba ilmu, rendahkan hati terlebih dahulu kerana ilmu yang tinggi akan turun pada hati yang rendah
  • Cinta = penting kerana banyak perintah Allah berkaitan dengan cinta (80 kalimah cinta dalam Al-Qur'an– antaranya perintah untuk mengikuti sunnah Rasulullah ﷺ sebagai tanda mencintai Allah :
"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ~Surah Ali-'Imran, Ayat 31~
  • Cinta bukan soal pinggiran tetapi ia soal hati, dimana manusia bertindak melalui apa yang dirasa. Hanya kita yang selalu salah mentafsir cinta

Cinta Allah sebelum cinta kerana Allah! -gambar sumber "It's Sunnah"
  • Sebab itu jatuh cinta dikatakan jatuh hati
  • Keluarga ialah nukleus, ‘circle of influence’ yang terdekat
  • Marhalah : membentuk diri  membentuk keluarga
  • Ramai orang mencari bahagia dalam rumahtangga, namun Ulama' berkata “Jangan cari kebahagiaan dalam rumahtangga, tetapi bawalah kebahagiaan dalam rumahtangga”
  • Islam tetap tinggi, tetapi umat Islam tiada jaminan kerana boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja jika tidak mengamalkan cara hidup Islam. Akuilah kita berada pada tahap terbawah agar kita boleh naik dengan segera, tetapi jika masih menafikan bermaksud kita mempunyai masalah
  • Penceraian & zina berlaku kerana salah mengurus cinta
  • Dua kayu disatukan dengan paku, dua batu disatukan dengan simen, dua hati disatukan dengan iman
  • Perpecahan merupakan salah satu kemungkaran
  • Ulama' berkata punca kemungkaran ada 3 :
  1. Kita percaya Allah tetapi tidak yakin (percaya dengan fikir, yakin dengan rasa)
  2. Percaya tetapi tidak meyakini hari Akhirat (sense of the end)
  3. Sifat pentingkan diri sendiri (individualistik), tidak ada ukhwah (tidak ada CINTA!)
  • Keyakinan pada hari Akhirat yang mendorong kita hidup
  • Iman berkadaran terus dengan cinta : Cinta adalah buah, Iman adalah benih
  • Cinta mesti kerana Allah, tetapi sebelum itu mesti cinta kepada Allah dahulu
  • Leka dengan cinta adalah seperti leka dengan hadiah, tetapi lupa pada Pemberi!
  • Perlu ada silibus cinta dalam pembelajaran di sekolah (maksudnya, dijelaskan dalam kelas Tauhid, bukan sesuatu silibus yang baru)
  • Kenapa Allah menciptakan cinta? Ia berkait rapat dengan tujuan manusia diciptakan:
  1. Menjadi hamba Allah
  2. Menjadi khalifah – dengan memberi kebaikan
  • Amanah pernah ditawarkan kepada makhluk Allah seperti gunung dan langit, tetapi makhluk lain tidak sanggup memikulnya melainkan manusia, tetapi manusia tidak boleh pikul seorang diri  dari sini perlunya kita berjemaah
  • Cinta bukan tujuan, tetapi alat & jalan untuk kita menjadi khalifah
  • Peraturan cinta :
  1. Ikhlas dalam bercinta
  2. Ittiba’ (ikut sunnah), syariah menjadi rujukan
  3. Bila bertembung dengan kehendak Allah, dahulukan kehendak Allah
  • Krisis pertengahan hidup banyak berlaku dalam masyarakat (bila cinta sudah suam-suam kuku). Pada saat ini budi & akhlak yang mahu dilihat
  • Itulah ‘signal’ dari Allah : Semakin meningkat usia perlu semakin tinggi nikmat cinta kepada Allah
  • Jika pangkal jalan sudah salah, bagaimana mahu kembali ke pangkal jalan di saat sudah jauh di persimpangan?
  • Cinta antara makhluk – Allah yang satukan
  • Peraturan Allah jika diibaratkan seperti tanda-tanda di jalan (peraturan jalan) – bukan untuk sekatan tetapi sebagai kawalan.
  • Jika tidak disemai benih padi (benih kebaikan) & dibiarkan gersang, jangan dimarahi lalang yang tumbuh kerana mengharapkan padi.  Ibarat kekesalan melihat anak yang dibuang akibat zina tetapi jalan menghampiri zina semakin dipromosi!
  • Mulianya bangsa Arab setelah mereka menganut agama Islam, bukan kerana bangsa  rujuk artikel Negara Cinta (jika tertegak agama dalam diri, nescaya akan tertegak Islam dalam Negara)
  • Setiap orang ada blindspot (titik buta/kelemahan yang tidak terlihat oleh diri sendiri), sebab itu ada muzakarah
  • Sesi Q&A :
    • Masalah manusia bukan kerana tidak ada Tuhan, tetapi kerana terlalu banyak ‘Tuhan’
    • Orang ikhlas hanya mempunyai 1 Tuhan
“Perjuangan para Rasul yang utama adalah membanteras syirik (*bukan yang bomoh sahaja) tetapi sistem kehidupan” [Dr. Yusuf al-Qaradhawi]
    • *kita dah sujud dalam solat tetapi ekonomi & hal lain tidak
    • Rukun Iman – Percaya – Benih (input)
    • Rukun Islam – Proses – Pohon
    • Ihsan – Outcome – Buah (Output)
    • Jika buah rosak  sama ada pokok / benih yang rosak (seperti juga membuat kuih)
    • Untuk baiki Dunia  baiki manusia  baiki hati  baiki solat
    • Tidak selesainya Fardhu Kifayah berasas dari tidak selesainya Fardhu ‘Ain
    • Hadith Ghurabaa’ (Islam kembali asing) : Adakah dengan hadith ini kita pasrah? Tetapi biarlah kita yang sebabkan Islam menjadi mulia kembali
    • Kita tidak melihat effect (kesan), tetapi melihat effort (usaha) -*ada dibincang di dalam Majalah Solusi : Memilih al-Fateh)
    • Kecilkan masalah dengan membesarkan cita-cita (cita-cita ibarat air, masalah ibarat garam)
    • *Beruntunglah orang yang berjuang dengan Islam di saat umatnya rosak
    • Untuk selesaikan benang yang kusut – lihat pada puncanya, bukan terus tarik sehingga putus / ditarik terlalu perlahan
    • “Cara hidup kita akan menentukan cara mati kita” [Imam al-Ghazali]
    • Sebelum membetulkan cara hidup, betulkan semula tujuan hidup
    • Kebanyakan dari kita buat perkara yang betul tetapi tidak betul-betul, walhal kebanyakan orang barat membuat perkara yang tidak betul secara betul-betul
    • Keyakinan kepada supernatural – fitrah anak-anak (kerana tidak memerlukan logik akal – otak kanan – visual)
    • Anak-anak dibawah umur 6 tahun : terapkan dengan contoh & ikutan yang baik
    • Sejauh mana kita mencintai Allah adalah pada sejauh mana kita mengenal Allah
    • Peringkat Tasawuf – perlu Takhalli (buang) perkara yang tidak elok, kemudian Tahalli (mengisi hati dengan ingatan kepada Allah), untuk mencapai Tajalli (darjat tertinggi kerohanian manusia, kebahagiaan sejati)
    • Paling menguasai – subconscious mind (minda separa sedar)
    • Siapa kita 5 tahun akan datang ditentukan oleh apa yang kita baca / dengar / lihat sekarang
Berikut adalah video rakaman Bedah Buku Cinta Kerana Allah (Bicara ad-Din), sumber kepada olahan teks yang telah ditulis :

18 August 2011

HALAQAH : USIAKU [4-1-11]

0 ulasan
Tajuk : USIAKU
Panel Penceramah : DATO' ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ

hakikatnya, usia semakin berkurang menuju kematian [picture credit to wallcoo.net]
"Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan." ~Surah Fathir, Ayat 37~

1. Allah berikan akal untuk kita berfikir
  • semakin membesar, sepatutnya akal lebih berfikir
  • bila buat dosa, maka akan dapat neraka
  • bila manusia tidak menggunakan akal maka manusia = haiwan (malah turun martabat lebih hina dari haiwan)
  • tapi bila guna akal, martabat naik lebih tinggi dari malaikat
2. Umur = antara nikmat yang besar
  • jangka hayat amat bernilai
  • nilai masa itu lebih dari emas, tetapi hanya bagi orang-orang yang tahu nilai harga masa
  • bagi orang yang tak tahu & tak hargainya = akan mudah membuang masa
  • kelak kita akan dipersoalkan dengan apa masa itu terisi
3. Pembahagian / peruntukan waktu
  • Sehari ada 24 Jam, maka kita boleh bahagikan ia pada 3 bahagian (1 bahagian 8 Jam) ;
    • 1/3 untuk diri sendiri,
    • 1/3 untuk sesama manusia,
    • 1/3 untuk Allah
  • maka berbahagialah muslim itu jika dia dapat menguruskan masa & usianya sebegitu
  • pembahagian itu adalah asas kefahaman sahaja, namun taburan waktu khusus terpulang pada diri sendiri
~ kita tak tahu bila usia kita akan berakhir..
kerana usia adalah anugerah & ketetapan Allah..
~ kita diciptakan tidak sia-sia (malah semua kejadian Allah ada fungsinya tersendiri)
semakin tua seharusnya semakin berfaedah
Sebaik-baik Remaja adalah di usia remajanya bersikap & berfikir seperti Orang Tua (matang)
Sejahat-jahat (seburuk-buruk) Orang Tua adalah yang berlagak seperti orang muda / remaja
~ kita diciptakan untuk beribadat
berfikir mengingatiNya juga beribadat (fikir + zikir = fizikr)

~ 2 nikmat yang sering dilupa :
  1. kesihatan
  2. masa lapang

Hukum sambut Hari Lahir?
  • sambutan ulangtahun kelahiran tak salah, cuma bergantung pada cara
  • jangan ikut cara barat (nyanyian, kek berlilin, pesta, etc),
  • cukup sekadar bersyukur dan buat do'a selamat
  • ucapan perlu diperbetulkan ; bukan sambut 'hari jadi', tetapi 'hari lahir' (ulangtahun kelahiran)
  • ingatkan kepada mati..
  • yang lalu kita bersyukur & utk masa depan
  • tak perlu buat di hotel.. boleh menimbulkan riya'

*moga dengan saki baki usia ini kita dapat gunakan sebaik-baiknya, InsyaAllah*

* usia bukan untuk disia-sia *

~ Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain ~

15 July 2011

INSAN MAHIR (15 Julai 2011)

0 ulasan
Nota Al-Kuliyyah 15-7-11

Panel penceramah : DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN

10 ciri peribadi muslim -klik gambar untuk lebih jelas- (sumber web)

1. Apa itu mahir?

  • Mahir (skill) = Suatu kefasihan / kecekapan yang diperoleh / diperkembangkan melalui latihan / pengalaman
  • "Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah." (Surah Al-Qasas, Ayat 26)
  • Ayat di atas merupakan kenyataan salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib a.s mengenai cadangan sebagai pekerja terbaik, iaitu orang yang ada 2 ciri ; Qawiyy (gagah / kuat) & Amin (jujur / amanah)
  • menurut Syeikh Syed Hawa : Maksud Qawiyy = al-Kifayah (kompeten, cekap, fasih, cukup syaratnya). Amin = amanah. Contohnya jika nak buat gelas, mesti berilmu dan mahir
  • Skill ada 3 bahagian;
    • a) Foundation skills - kemahiran asas
    • b) Transformable skills – boleh berpindah ke mana-mana sektor / bidang. Contohnya orang menjahit, tak perlu pandai ICT, namun jika dia pandai kedua-dua bidang, ia satu kelebihan baginya (boleh promosi khidmat jahit online, etc..)
    • c) Motivation skills – kadang-kadang kita lemah semangat bila berhadapan suatu cabaran, tetapi dengan adanya kemahiran ini, masalah dapat diselesaikan dengan lebih mudah, InsyaAllah


2. Contoh lain dalam Al-Qur'an mengenai insan yang mahir

  • Para rasul adalah role model bagi kita
  • Salah satu contoh ; Nabi Yusuf yang mempunyai kemahiran mentakwil mimpi ;
    • "Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga dia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya Kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi) dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah Yusuf, Ayat 21)


3. Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan kemahiran?

  • a) Kemahiran tak dapat dipisahkan dari ilmu / keilmuan.
    • Contohnya untuk baiki telefon bimbit yang rosak, perlu ada pengetahuan mengenai elektronik.
    • Ilmu itu harus diaplikasikan
    • Aspek ilmu diutamakan dalam Islam (berkait dengan turunnya wahyu pertama, dimulai dengan ‘Iqra’ yakni membaca)
    • kita baca & tuntut ilmu untuk faham. Ilmu dan keillmuan teras kemahiran
  • b) Perlu banyak latihan – contohnya solat yang pertama kali dilaksanakan sewaktu kanak-kanak, banyak yang perlu dilatih hingga akhirnya kita lancar melaksanakannya kini

---------siaran terputus tiba-tiba, dekoder buat hal (--")------------

4. Bagaimana kemahiran itu diberkati Allah?

  • Orang-orang yang melaksanakan amal & pekerjaan harus ada 2 ciri utama ;
    • a) Tunduk wajah hatinya (ikhlas keranaNya) - Allah maha mengetahui segala apa yang dilakukan / dibisikkan dalam hati
    • b) Bekerja mengikut syariat (solat tak tinggal, tidak terjebak dengan perkara haram)
  • .. serta ciri tambahan ;
    • c) Ikut aturan (prosedur)
    • d) Hormati rakan-rakan & orang lain (peranan akhlak)


5. Siapa lagi 'superhero' yang disebut dalam Al-Qur'an?
"Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata. " (Surah An-Naml, Ayat 16)

  • Ayat di atas menerangkan Nabi Sulaiman a.s diberi mu'jizat oleh Allah iaitu kemahiran memahami bahasa burung dan haiwan lain.
  • Untuk menampakkan bahawa Rasul berdakwah dengan kemahiran

"Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah."
"Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. " (Surah An-Naml, Ayat 39 - 40)

  • Ayat di atas mengenai kemahiran yang melibatkan kecepatan / kelajuan jin Ifrit membawakan singgahsana Ratu Balqis.
  • Orang mahir yang faham agama lebih baik berbanding orang mahir yang tidak faham agama, Allah akan membantunya dalam segala urusan InsyaAllah

"Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya." (Surah Al-Kahfi, Ayat 96)

  • Ayat di atas mengisahkan mengenai Raja Zulkarnain, seorang raja yang hebat, mahir membina benteng daripada besi dan tembaga. Ada kaitan dengan dunia kini. Benteng tersebut dibina untuk menghalang musuh. Walaupun beliau mahir membina benteng yang kuat, pengabdiannya pada Allah juga sangat hebat.


6. Siapakah yang boleh dijadikan role model (contoh)?

  •    Pada zaman Rasulullah SAW, ketika berhijrah dengan para sahabat ke Madinah, baginda memilih seorang yang mahir mengenai jalan untuk ke sana walaupun orang itu bukan Islam (kafir)
  •    Pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, Khalid Al-Walid bersama bala tenteranya menyerang benteng di Kota Ambar (di Parsi) menggunakan anak panah. Namun pemanah pihak lawan yang berada di sebalik benteng yang tinggi itu hanya kelihatan bahagian muka sahaja. Jadi Khalid Al-Walid mengarahkan tenteranya supaya memanah tepat pada mata pihak lawan. Arahan yang kedengaran mustahil bukan? Namun dengan kemahiran hebat pada para tentera Khalid Al-Walid (dengan izin Allah), lebih kurang seribu tentera parsi buta matanya kerana terkena panahan tepat dari tentera beliau
  •  Sultan Muhammad Al-Fateh, yang menakluki Kota Constantinople. Beliau mampu mencipta meriam yang dapat menembak bedilan seberat 300kg sejauh sebatu dan dapat mencari jalan mengatasi sekatan pihak lawan dengan mengangkut 72 buah kapal perang melalui jalan darat dalam masa satu malam sahaja. Beliaulah yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik raja yang mempunyai sebaik-baik tentera..


7. Saranan untuk menjadi insan mahir

  • Golongan akademik diperlukan sebagaimana perlunya insan yang mahir.
  • Perlu ada golongan pemimpi (menyumbang idea) dan golongan perealisasi (menjadikan apa yang diimpi itu kenyataan)
  • Statistik kini : tenaga mahir di Malaysia hanya 21%, manakala luar negara melebihi 50%!!
  • Hubungan dengan Allah wajib dijaga dalam melaksanakan urusan lain


Pesanan Ust. Fauzi (moderator) - "Jadilah insan yang pabila dicampak ke langit menjadi bintang, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung, dicampak ke studio menjadi ahli panel!!" ;)

24 November 2010

DUGAAN ILAHI (TANYALAH USTAZ) 27 & 28-10-10

0 ulasan
Penceramah = Ust Muhammad Abdullah

------------------27-10-10--------------------



~ Orang yang hebat = Orang yang mampu bangun semula selepas jatuh

~ bentuk ujian = susah / senang

Ada manusia diuji dengan bencana :

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan dating pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat." (Surah Al-Baqarah, Ayat 214)


~ Jangan latihkan diri menyalahkan takdir

~ bertaubat ketika diberi ujian (ingat kepada balasan)

~ taubat itu akan melepaskan kita di akhirat

~ orang yang baik, mampu melihat kelemahan & keaiban diri sendiri

~ Allah tidak melihat permulaan kita, tapi Allah melihat di mana akhirnya

~ jangan banding kebahagiaan kita dengan orang lain
>> itu tandanya kita tak bersyukur

~ PASRAH (malas nak fikir mengenai masalah itu / membiarkan ia berlalu begitu sahaja) tidak sesekali sama dengan SABAR

PASRAH = menghampiri putus asa

SABAR = meyakini ia pasti ada hikmah, kematangan fikiran

contoh :
1. Masalah rumahtangga
- kita perlu perbaiki, bukan 'lari' (akan jadi orang yang positif)

2. Ski (permainan / sukan sewaktu musim salji)
- jangan sampai jatuh, jika jatuh pun kena jatuh secara elok
- nak bangun dari jatuh pun perlu ada teknik
>> begitu juga dalam kehidupan, setiap sesuatu masalah itu ada 'teknik' penyelesaiannya..

~ jangan kamu berputus harap pada Allah

~ Ada yang diuji dengan kesenangan :

"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)." (Surah Az-Zumar, Ayat 49)


~ jika bersyukur Allah akan tambah nikmat

~ sama ada dalam waktu susah atau senang, sentiasa perlu rapat dengan Allah

~ Allah juga uji dengan kehilangan sesuatu / seseorang

~ sesuatu yang hilang boleh ada pengganti, tetapi jangan iman yang hilang (Na'uzubillah..), itu susah untuk dapatkan kembali!

~ dan Allah tidak akan bebankan kamu dengan sesuatu yang tak tertanggung

--------------------------28-10-10---------------------------



~ salah satu ujian = kita tidak pernah menipu / menzalimi seseorang tetapi orang buat macam itu pada kita

~ banyakkan istighfar

~ kita juga boleh diuji dengan tarikan maksiat

~ ada diselit kisah Nabi Musa, di mana umatnya disesatkn oleh samiri dengan tarikan maksiat (menyembah patung anak sapi)

~ pandangan Imam Al-Ghazali dalam al-Arba‘în fî Uŝūl al-Dîn yang menyebut ;

"Hakikat sabar adalah keteguhan [thabāt] yang mendorong hidup beragama dalam menghadapi dorongan nafsu."
[sabar untuk taat pada perintahNya & meninggalkan laranganNya]


~ hikmah bagi yang ada anak OKU / hiperaktif.. ?
>>> Wallahua'lam,.. tetapi mungkin Allah nak bagi kita lebih pahala
>>> beri pendidikan kepadanya sekadar mampu dalam hal Islam

~ ingatlah, seberat-berat ujian ialah ujian para nabi

~ Allah takkan letak ujian pada yang tidak mampu

~ ujian diberi berdasarkan iman / ketahanan seseorang. Semakin tinggi imannya, semakin dia diuji
[ibarat seperti pohon yang dipanjat, semakin tinggi semakin kuat dibadai angin :) ]

~ sentiasa berdoa agar diberikan jalan keluar bagi masalah yang sedang dihadapi

~ tahukah kita, Ketaatan kepada suruhan Allah juga salah satu ujianNya?

"Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. " (Surah Ash-Shafaat, Ayat 106)


contoh : melaksanakan puasa, solat subuh awal pagi..

~ kelebihan yang Allah beri pada kita juga suatu ujian :

"Dan Kami berikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) berbagai mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata (untuk melahirkan sikap mereka)." (Surah Ad-Dukhan, Ayat 33)


~ bagaimana caranya untuk tempuhi dugaan agar kita redha?
>> kalau Allah sayang, sebesar mana ujian, Allah akan bagi ketenangan & jalan keluar

~ jangan rasa terhina dengan kejatuhan, kita perlu bangun balik

~ berdo'alah padaNya, InsyaAllah kita dapat hadapi
matlamat doa -> untuk hampirkan diri kepada Allah
baca dalam bahasa melayu pun tidak mengapa

~ ujian hati itu lebih berat (bisikan-bisikan hati)
contoh - peristiwa isra' & mi'raj yang menduga kepercayaan sahabat nabi kepada baginda

~ ucapkan = aamantu-billah (aku beriman kepada Allah)

~Sekian, Wallahua'lam~

16 November 2010

HALAQAH : TENTANG DAJJAL (28-9-10)

0 ulasan
PANEL : DR. DANIEL ZAINAL ABIDIN

Daripada Abi Darda' R.A, Sabda Rasulullah SAW; "Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi dipelihara dan diselamatkannya dari Fitnah Dajjal '. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)


*Adab Hadis - paling kurang kena nyatakan ia riwayat dari siapa

*Ada 6 ulama' hadis yang menonjol (soheh sittah)
1. Imam Bukhari
2. Imam Muslim
3. Abu Dawud
4. At-Tarmizi
5. An-Nasa'i
6. Ibnu Majjah

Setiap hadis ada sanad & perawinya, tidak terputus hingga sahabat, & baginda sendiri..

1. Di akhir zaman, akan ada fitnah dajjal
- ayat tadi bukan sekadar hafaz, tetapi perlu memahaminya & melaksanakan tuntutan ayat tersebut

2. Dajjal tidak disebut di dalam Quran, tetapi ada di dalam hadis

a) Mata kanannya buta, mata kirinya bersinar
- menampakkan pada kita bahawa dajjal itu tidak sempurna
- 1 mata itu merupakan 1 simbol - simbol kejahatan di akhir zaman

b) Di dahinya ada tulisan 'kafir', boleh dilihat oleh semua orang muslim
- perjuangannya ialah menegakkan kekufuran
- berminat untuk menghancurkan dunia

c) 'Teknologi' dajjal itu hebat
- antaranya, boleh mengarahkan langit menurunkan hujan
- analogi : contoh teknologi moden dalam menghasilkan hujan : menggunakan 'crystal silver iodin' melalui kaedah pembenihan awan

d) Dia akan mengarahkan manusia ikut perintahnya
- menggambarkan kuasa diktator

e) Dia akan membawa air (yang sebenarnya api) & api (yang sebenarnya air)
- yang dipopularkannya itu kontra (seperti putar belit media massa)
- yang maksiat nampak cantik (mencantikkan kesesatan)

f) Dajjal akan membawa sesuatu yang seumpama syurga & neraka
- juga membawakan sesuatu yang spiritual, namun syurganya adalah neraka, & nerakanya adalah syurga
- ada yang merasakan dia beriman tetapi sebenarnya tertipu dengannya

3. Takrif dalam memahami dajjal
- dari bahasa arab, "dajala" = yang menutup / menimbus
- maksud dalam kamus lisanul arab = ia menimbus kebenaran menggunakan kekufuran.. mengelirukan orang
- pelbagai pandangan zahir

*turut diselitkan pandangan beliau mengenai Illuminati >> simbolnya mata satu, mungkin benar itu ada kaitan dengan dajjal, mungkin juga tidak, tapi tidak mustahil

- menurut pandangan Ibnu Dardus, dajjal ialah kuasa-kuasa besar
- ada yang cakap ia adalah 'New World Order'
- Dr. Danial bersandar pada pandangan hamka, yakni; "Jika sesuatu itu tidak lari dari konsepnya maka kita masih boleh terima.."
- Dajjal ini juga berpura-pura menampakkan bahawa dia seorang yang kuat agamanya

- menurut Ahmad Thompson > dajjal boleh menonjol dalam 3 dimensi
a) suatu isme / ideologi (paling melanda kita kini - dunia hedonisme)
b) suatu kelompok manusia yang sukakan kekufuran & beria-ia mahu menghancurkan Islam
c) di saat kemuncaknya ada seorang pemimpin hebat di dunia yang memusnahkan kebenaran (guna tentera & soldadunya)

menurut beliau lagi, Maksud Illuminati (dari wikipedia) = the power behind the thrones (golongan yang brutal yang boleh mempengaruhi pemimpin untuk mengikut rentaknya)

Perincian makna Surah Al-Kahfi (formula):
1. Ayat pertama :

"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):"


- maksudnya, dunia akhir zaman penuh bengkang-bengkok.. Qur'an mesti menjadi pegangan.. hendaklah mengaji, mengkaji, menghayati [jadikan al-Quran sebagai kompas hidup]

2. Ayat kedua :

"(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik."


- melindungi diri dengan amal soleh

3. Ayat 4 :

"Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: Allah mempunyai anak."


- Peringatan berbentuk ancaman : berhati-hati dengan konsep ketuhanan.. kita tidak boleh mengamalkan konsep pluralisme

4. Peringatan terhadap ayat no.7 :

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."


- maksudnya, dunia ini indah dengan perhiasan, seronok, tetapi ianya suatu ujian

5. Ayat 9 :

"Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?"


- agar menjadi 'ashabul kahfi' zaman ini [fokus pada anak muda kita >> remaja]
- kita di era yang bercambah masalah tapi tiada jalan keluar, sebab kita tidak kembali pada benda asas yang bertunjangkan Qur'an
- orang yang paling mulia = orang yang bertaqwa
- budak cerdik yang terbabas ketaqwaan = pencetus masalah terbaru
- jika hendak formula jalan keluar, tekankanlah pada taqwa... Allah akan tunjukkan jalan keluar

Hadis Riwayat muslim : "Bersegeralah beramal soleh, kerana akan ada bala menimpamu seperti kepingan-kepingan di waktu malam".. [maksudnya, segeralah beramal kerana belum selesai sesuatu masalah itu, masalah lain pula boleh datang menimpa..]


-Sekian, Wallahu-a'lam-

04 September 2010

LAILATULQADR (AL-KULIYYAH 3-9-10)

0 ulasan
Panel : UST. DATO' ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ

1. Bagaimanakah keberkatan seperti dinyatakan dalam Surah Al-Qadr?
- Dari Surah Ad-Dukhan, Ayat 3 ;

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)."


- Lailatul Mubarakah (maksudnya malam penuh berkah)..
- Semua kitab Nabi diturunkan dalam bulan Ramadhan : Nabi Musa pada 6hb, Nabi Daud pada 12hb, Nabi Isa pada 16hb dan Nabi Muhammad pada 17hb Ramadhan..
- Bulan Ramadhan adalah bulan ummat, bulan kita
- kita perlu ikhtiar sendiri untuk mendapatkan malam itu
- Malam itu adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan [83 tahun 4 bulan] (had umur 'maksimum' la kan)
- Maka boleh disimpulkan bahawa sebarang ibadat yang dilakukan pada malam itu ganjarannya lebih baik daripada ganjaran ibadat seumur hidup..
(hanya pada satu malam! MasyaAllah.. itu pun kita bukannya dapat terus bersolat setelah dilahirkan untuk dikira cukup '84' tahun itu, dan walau kita diberi peluang untuk hidup hingga ke umur sedemikian..)
- Ia hanya datang setahun sekali, maka carilah dengan istiqamah, InsyaAllah dapat!

2. Ada yang keliru dengan istilah.. seperti malam 7 liku.. etc..
- Ramadhan ini bulan umat, maka Allah tidak memberitahu bila malamnya.. ia sebagai ujian, bagi sesiapa yang benar-benar mahu, pasti akan dicuba setiap malam! (Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih~)
- Namun Rasulullah SAW merasa kasihan, lalu diberinya 'tips' .. Baginda bersabda, 'intai-intai'lah pada malam 10 yang terakhir..
- Nabi bagi 'tips' lagi ; ia berlaku pada malam ganjil (21, 23, 25, 27, 29..)
- Usahlah memilih waktu.. Itu yang terbaik.. Mulakanlah dari awal hingga akhir Ramadhan, kerana jika istiqamah pasti akan bertemu jua~!

3. Kelebihannya dikatakan akan ditentukan semula takdir manusia termasuk rezekinya, jodohnya, ajalnya... ?
- Kalau ditafsirkan dari Ayat 3 Surah Ad-Dukhan dan disambung kepada Ayat ke-4 ;

"(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)."


- Mengikut Syeikh Nisaburi (maaf kalau tersilap eja).. pada malam itu akan 'disemak semula' semua urusan / perkara-perkara yang mempunyai hikmah..
- Maka ada ulama' mentafsirkan pada malam itu Allah akan selesaikan semua masalah, kerana pada malam Lailatulqadr inilah Allah menetapkan segalanya..

4. Dalam mengintai & mencari Ramadhan, jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin maka Lailatulqadr dijangka akan berlaku pada 21 Ramadhan (semacam formula gitu~).. benarkah?
- Ust. pernah terbaca 'teori' begitu.. ia sebenarnya teori semata, kerana tiada nas mengenainya ditemui
- Yang penting bagi kita ialah : Pada malam-malam 10 yang terakhir Ramadhan & pada malam ganjil, perlebihkanlah ibadat (tidak merangkumi solat semata ya~)
- Ada sesetengah masyarakat akan pasang lampu pada malam 7 likur.. Itu hanya kepercayaan karut semata kerana pada mereka lampu tersebut akan menerangi (memudahkan) malaikat untuk turun & masuk ke rumah mereka... malaikat tidak memerlukan itu semua.. ciptaanNya sudah cukup sempurna)
- Kalau adapun tanda mengenai Lailatulqadr untuk dirujuk : Tanda-tandanya hanya akan berlaku pada keesokan harinya

5. Bagaimanakah suasana pada malam Lailatulqadr?
- Menurut orang tua-tua pada masa dahulu : tandanya air akan membeku, udara sedang-sedang sahaja (selesa), & kalau ada bulan, cahayanya akan sampai ke tempat berbayang (namun itu kata orang sahaja.. tiada jua nas mengenainya.. jadi kita ikutlah landasan Islam yang syumul)
- Jadikan setiap malam kita sentiasa beribadat, CUMA yang malam-malam akhir tu SEMAKIN terikat dengan masjid / ibadah-ibadah
- Kita hanya akan tahu kehadirannya pada pagi selepas malam lailatulqadr ; yakni cahaya matahari lemah walau tiada awan yang memayungi
- Namun ada Ulama' yang menulis, PADA malam lailatulqadr itu suasananya cukup tenang, seolah-olah ada orang bertasbih di sekitarnya.. kerana pada malam itu semua malaikat akan turun ke Bumi termasuk ruh (Jibril)

Ustaz Fauzi (moderator) 'mencelah' ;)

---Carilah malam Lailatulqadr dengan beribadat, bukan dengan melihat tandanya---


6. Adakah sebarang tanda bagi orang yang menemui Lailatulqadr?
- Sekali lagi diperingatkan, yang penting kita berusaha seperti yang Nabi anjurkan..
- Bagi orang yang mendapatnya, tiada tanda khusus
- Kalau setiap malam buat, yakinlah, InsyaAllah dapat!

7. Baagaimana Rasulullah SAW & keluarga Baginda beramal untuk mencapainya?
- Dalam hadis nabi ada disebut.. selepas 20 ramadhan, Baginda akan kejutkan keluarganya dari tidur & lebih banyak berada di masjid untuk beribadah
- Pada zaman Rasulullah SAW hingga Abu Bakar, terawikh dikerjakan secara bersendirian (8 rakaat) walau berada di masjid sama-sama
- Setelah habis, sepanjang malam akan diteruskan dengan amalan lain
- Amalan itu berterusan hinggalah pada zaman Saidina Umar, d mana Umar mula mengumpul jemaah di masjid & menambahkan bilangan solat sunat terawikh sehingga 20 rakaat..
- dan selepas itu diteruskan untuk 'qiyam' di masjid

8. Apakah malam Lailatulqadr berlaku pada waktu yang sama di seluruh Dunia?
- Kalau mengikut panduan ayat Surah Ad-Dukhan, ia berlaku hanya pada 1 malam.. mengikut zon
- di mana tempatnya berlaku malam (jatuhnya matahari), di situlah akan berlaku dahulu... hingga terbitnya fajar
- Kalau berada di zon yang sama / lebih kurang, maka samalah malam Lailatulqadr-nya

9. Bagaimana pula dengan ibadat wanita yang uzur?
- ada 2 cara Ust. menjawab soalan ini :

a) Kalau dia sangat teringin bertemu malam Lailatuqadr & dengan itu dia beribadat sepanjang & setiap malam, maka Allah akan 'delay' period-nya..

b) Kalau selang-selang sahaja dia pergi (tidak berapa berminat, tidak konsisten) & apabila datangnya malam Lailatulqadr, kemungkinan besar Allah akan memberinya uzur pada waktu itu..

NAMUN ingatlah, kemas-kemas dapur & rumah, memasak makanan untuk suami & sebagainya yang berkaitan, bukankah itu jua dikira ibadat?
- Ganjarannya tetap ada.. ibadat lain masih ada selain 'solat'!!
- Selain itu berzikirlah~

10. Adakah cukup mendapat malam Lailatulqadr hanya dengan solat subuh & isya' berjemaah?
- Ganjaran akan dapat dalam keadaan suasana beribadat.. apa jua ibadat!!
- Turunnya malaikat ke Bumi itu adalah untuk menyaksikan manusia beribadat
- Kalau dah isya' sekali apa salahnya terawikh sekali selepas itu?
- Teruskanlah ibadat yang kita boleh buat & mampu ketika itu (sebelum segala kudrat akan ditarik dariNya.. oh~ Na'uzubillah..)

11. Adakah benar ada solat khusus ; solat sunat lailatulqadr?
- Belum pernah didengar dalam mana-mana kitab
- Persoalannya bila kita mengetahui tibanya malam itu? Tiap-tiap malam buat kah?
Jawapannya : TIADA kerana kita tak pernah tahu bila..
- Solat sunat lain kan ada.. lebih baik buat ibadat sunat lain setelah selesai yang wajib..

12. Apakah doa khusus yang diajarkan Rasulullah SAW & kenapa doa itu terlalu pendek?
- Doa :

اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنَّا

Maksudnya : "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau suka pada kemaafan maka maafkanlah kami"

- Doa yang paling digalakkan : "Allahumma-innaa-nas-aluka-ridhaana.. wal jannah.. wa na'uuzubika sautika.."
(memohon ridha, syurga, perlindungan, dari seksaan neraka)
- Jika ditakdirkan malam itu Lailatulqadr, maka InsyaAllah diterima segala doa

13. Bagaimana kita hendak tahu, sedangkan 17 Ramadhan itu Nuzul Qur'an & Lailatulqadr adalah hari turunnya Al-Quran?
- Telah disebut bahawa Allah turunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadr..
- 17 Ramadhan adalah sebelum 20hb (sebelum 10 malam terakhir)
- Menurut Ulama' dalam sebuah kitab ; dalam Al-Quran ada dinyatakan ia diturunkan sebanyak 3 kali..
- PERTAMA : Diturunkan sekaligus di Luh Mahfuz (wallahua'lam bila) & tersimpan selamat disana
- KEDUA : Sampailah ketika suatu malam, dipindahkan dari Luh Mahfuz & ditempatkan di Baitul Izzah (langit dunia) & tersimpan di sana
- KETIGA : Tanggal 17 Ramadhan = 7 Ogos 601 M.. turunlah wahyu pertama ; Surah Al-Alaq

14. Patutkah kita 'kecoh' (war-warkan) mengenai amalan kita jika benar kita yakin mendapatkannya (berdasarkan tanda keesokan harinya)?
- Setelah mengetahui tanda keesokan harinya (maknanya malam tadi Lailatulqadr)
- tak perlu ''Yeye!' & bercakap-cakap mengenai amalan kita, cuma kita perlu bersyukur pada Allah.. bersyukur kerana dipertemukan dengan malam itu, bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasainya..
- Lahirkan kesyukuran pada Allah, jangan 'kepoh-kepoh' (hmm.. boleh jatuh riya' jika begitu..)

15. Kesimpulan
- Kita sekarang di zon Lailatulqadr
- InsyaAllah kita akan menemuinya

~moga dapat manfaat bersama, InsyaAllah.. maaf jika ada salah silap dalam penulisan ini, mohon diperbetulkan~ Allahu-a'lam...

24 July 2010

TERAPI JIWA (AL-KULIYYAH 23/7/10)

0 ulasan
Panel : UST. ZAWAWI YUSOH

1. Bagaimana Zikir menjadi terapi jiwa yang paling mujarab?
- Jiwa ; di dalam, Jasmani ; "Just to get the money" ;)
- Ada orang tenang bila pergi pantai / duduk di hutan, kerana yang menciptanya ialah Allah.. jangan pergi tanpa perasaan apa2 / memandang dengan pandangan kosong
- Mendekatkan diri / mengingatkan diri kepada Allah itulah zikir.
- Nama2 Allah dapat memberi ketenangan & semangat
- Kalau duduk sebelah orang kaya, rasa macam orang kaya. Jadi bila dekat dengan Allah, kita akan tenang, merasai jiwa kehambaan
- Orang tidak berzikir hatinya seperti kubur
- Jika kita lupa Allah, Allah akan lupa kita

"Zikir pada hati ibarat air pada ikan"

2. Zikir ketika susah sahaja?
- Bila2 masa, di mana sahaja (kecuali di tandas), berzikirlah
- Hadis Qudsi, "Kalau kamu ingat Allah semasa kamu senang, Allah akan ingat kamu ketika kamu susah"
- Bersyukur = lawan kepada kufur
- Stress = Allah mahu buang dosa kita (namun kita harus mengatasinya dengan cara baik)

3. Kesan zikir pada air / molekul?
- Air itu hidup & boleh menghidupkan
- Seorang Profesor pakar dari Jepun telah membuat kajian terhadap molekul2 air dimana apabila didedahkan kepada lagu2 sentimental molekul itu cantik & sebaliknya apabila didedahkan kepada lagu2 rock / bising. Apa yang lebih mengejutkan beliau adalah apabila beliau membuka sebuah kaset Ayat2 Al-Quran, molekul2 air menjadi sangat2 cantik dan tersusun begitu indah seperti kristal.
- Air itu boleh merakam sekitarnya..
- Sebagai contoh, air zam-zam yang telah terakam di dalamnya doa Nabi Ibrahim..

4. Zikir tanpa memahami maksudnya / tidak fokus?
- Zikir itu sebut & ingat
- Zikir akan bererti jika mulut kita membaca, hati merasakannya
- Sesudah solat : amalkan "Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar"
- Zikir dalam bentuk lagu pun OK, memudahkan kita untuk mengingatinya
- Untuk memahami maksudnya bersama adalah sangat2 baik, hati akan disuci dengan seelok2nya
- Membazir jika berzikir tapi tidak merasa, seperti juga berilmu tapi tidak beramal
- Antara kehebatan zikir ; duduk di sebelah orang yang berzikir jua akan menjadi tenang

5. Berzikir yang bagaimana memberi ketenangan sebenar?
- Baca ramai2 dibolehkan untuk lebih penghayatan
a) Melahirkan jiwa kehambaan (ingat kesusahan jua datang dari Allah..)
b) Apa yang Allah suruh / tetapkan pada kita pasti yang terbaik
c) Kalau kaya - Allah suruh syukur, Kalau miskin - Allah suruh sabar, Kalau jadi pemimpin - Allah suruh adil.. etc

~Musibah adalah salah satu keadaan yang Allah beri untuk membuang dosa bagi yang mengingatiNya~

6. Jangan zikir banyak2, nanti tak mampu bawa??
- Perlu difahami bahawa Roh kita sama, namun badan lain2 di alam yang lain kelak..
- Beramal dengan zikir dengan niat yang salahlah yang menyebabkan kita tak larat tanggung sebab ianya berdosa
- Hakikatnya Rohani memerlukan makanan sentiasa (untuk melawan nafsu tidak elok + godaan syaitan yang tak pernah henti), bukan seperti badan (jasad) yang kita perlu hadkan makanannya..

7. Antara zikir dengan bacaan Quran, yang mana lebih baik?
- Al-Quran itu ada banyak nama - Salah satu namanya adalah Zikr..
- Quran sebahagian daripada zikir
- Contohnya selepas solat, kita baca Al-Fatihah, kemudian berzikir
- Ayat Quran seperti zikir juga
- Kalau uzur boleh baca zikir.
- Namun jika boleh baca Quran, maka Quran lebih diutamakan

8. Apa perlu dibaca ketika susah hati?
- Baca Quran mana2 ayat, syaratnya kita fokus betul2
- Ada ayat Quran yang mengandungi zikir
- Sebagai contoh ; Al-Fatihah boleh diamalkan dalam dua cara; satu berzikir, satu lagi sebagai doa (menadah tangan & berniat di dalam hati sebenar-benarnya)
- Bacalah sampai ke hati, InsyaAllah jiwa kita akan tenang

9. Apa hukumnya orang perempuan yang haid membaca Quran dengan niat zikir?
- Quran itu juga sebagai zikr.. sesetengah berpendapat dibolehkan
- Tetapi sebenarnya ayat Quran akan menjadi zikr jika kita hafal / ingat = contohnya ayat Kursi & Al-Fatihah
- 'Rehatkanlah' dahulu Quran itu bagi yang uzur, & amalkanlah zikir

10. Adakah Zikir & Fikir = bertapa?
- Zikir + Fikir = kombinasi yang baik antara sinergi & energi
- Contoh : Apabila kita beristighfar = memohon keampunan, minda pula berfikir mengenai dosa2.. dengan itu kita lebih menginsafi dosa2 lepas / bertaubat
- Dalam islam, istilah 'bertapa' = Khalwat (duduk sunyi2 bermesra dengan Allah).. Namun kini disalahertikan dengan fenomena maksiat semata!!
- Jika hati 'tersangkut' dengan Allah walau apa jua yang kita lakuakn, kita akan kuat!! InsyaAllah!!

11. Perlukah menutup aurat ketika berzikir?
- Ada ibadat yang memerlukan peraturan khusus, namun berzikir dibolehkan dalam apa2 keadaan
- Berzikir adab asasnya berwudhu' & menghadap kiblat

12. Tanda2 orang sakit jiwa?
- Jiwa ini cukup kompleks
- Contoh : Di kompleks membeli belah, membawa anak, apabila anak hilang, dia akan menangis.. Mengapa? Dia tidak luka pun? Tapi sebab jiwanya terluka apabila jauh dengan ibunya~
- Maka bila jauh dari Allah, kita akan resah gelisah.. baliklah ke pangkuan Allah..

13. Bolehkah berzikir dengan niat nak pahala sahaja?
- Ia sesuatu yang masyru'.. dibolehkan.. tapi tu peringkat paling 'basic' untuk mendapat pahala..
- Berzikirlah kerana Allah & mengharapkan keredhaanNya

Sebut2lah namaNya sebagai salah satu tanda kita benar2 cinta kepadaNya

~Wallahua'lam~

11 July 2010

Adab terhadap Ibubapa (T.U)

0 ulasan
--catatan ini merupakan catatan ringkas bagi sesi Tanyalah Ustaz--

Penceramah : Ust. Badlishah Alauddin

10 Perkara yang perlu dilakukan kepada Ibu Bapa (petikan dari kitab Tanbi'ul Ghafilin)

1. Menyuap makanan / minuman kepada Ibu Bapa

2. Memberi khidmat kepada mereka apabila diperlukan

3. Menyahut panggilan mereka dengan segera (meskipun sedang solat)
- ada diselit kisah Juraish
- "We do the best, Allah do the rest" > meletakkan pergantungan kepada Allah disebalik setiap kesungguhan yang dilakukan

4. Wajib taat kepada mereka kecuali pada perkara yang bertentangan dengan Syara'

5. Bercakap dengan nada yang paling lembut
- tambahan = jikalau pada ibu, sebaiknya panggil bonda (meninggikan martabatnya)

6. Membeli apa yang mereka mahukan / belanja
- sedekah pada ibubapa adalah dimuliakan terlebih dahulu, kemudian baru kepada masjid, sekolah, etc

7. Berjalan di belakang mereka (umpama bodyguard)

8. Dilarang memanggil dengan nama mereka

9. Melakukan perkara yang mereka redhai kerana redha Allah terletak pada redha ibubapa, & jauhilah apa yang mereka tidak suka

10. Mendoakan utk ibubapa setiap kali selepas berdoa untuk diri sendiri

----sekian, Wallahua'lam-----

12 June 2010

AL-KULIYYAH 11/6/10 (SYARIAT KENDURI)

0 ulasan
Panel : Ust. Haslin Baharim

1. Tuntutan kenduri (walimah) di sisi syariat

- Berdasarkan Surah al-Insan ayat 9 ;

(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,


- Sentiasa mengharap kesyukuran pada Allah (tanda kesyukuran)

- Rasulullah SAW bersabda :

"Buatlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing"


2. Antara adat & syariat

- Bagaimana buat kenduri >> mesti dari sumber yang halal (hutang dilarang untuk melaksanakannya)

- Kenduri yang disyariatkan - jauh dari unsur riak / berbangga2

- Jauhi perkara yang dilarang - contoh; majlis tari-menari di depan orang awam

- Mohon tetamu doakan kebahagiaan pengantin (doa bersama2)

- Adat boleh dikekalkan asalkan tidak bercanggah dengan syariat Allah

3. Jika berlaku serentak kenduri pernikahan & kematian, yang mana harus kita pergi dahulu (?)

- Hadir ke kenduri nikah itu wajib, namun bila ada yang meninggal, percepatkan urusan kematian (lihat keutamaan & jarak masa) - sama ada boleh mengagihkan masa

- Sabda Rasulullah SAW :

"Sesiapa yang bersembahyang dan menghantar jenazah, dia mendapat pahala satu qirath. Jika dia berdiri hingga jenazah dikuburkan, dia mendapat dua qirath. Satu qirath seperti besarnya Bukit Uhud" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


-Sesiapa yang berpuasa pun dituntut untuk pergi kenduri walau bukan untuk makan (pergi berjumpa & mendoakan kebahagiaan untuknya)

 4. Berniat mengadakan kenduri, namun apabila dapat buat, kebetulan ada masalah kewangan (?)

- Sepatutnya buat kenduri dahulu sebelum capai hajat, tanda ikhtiar & kehendak kita yang bergantung harap pada Allah

- Jangan niat nazar yang bukan2, setakat yang mampu sahaja

- Jika nazar dalam hati (orang lain tidak tahu) - itu antara dia & Allah jika dia telah meninggal (kalau keluarga tahu, keluarga wajib laksanakan untuknya)

5. Hukum menghadiri majlis orang bukan Islam (?)

- Wajib pergi itu jika orang Islam sahaja yang menjemput, namun jika orang bukan Islam , kena pastikan perkara2 di dalam majlisnya tidak bercanggah dengan Syara' baru dibolehkan

- sumber lain : di bawah tajuk Memenuhi Undangan Orang Kafir

Mungkin ada yang bertanya, bolehkah kita memenuhi undangan orang kafir (selain muslim, pen)? Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin rahimahullah berkata,"Apabila yang mengundang adalah orang kafir, tidak boleh (haram) memenuhi undangan tersebut, bahkan tidak disyari'atkan, kecuali apabila terdapat maslahat (manfaat) di dalamnya. Seperti untuk mengajaknya masuk Islam atau dalam rangka perdamaian. Hal seperti ini tidaklah mengapa karena Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memenuhi undangan orang Yahudi yang mengundangnya di Madinah. (Syarh Riyadhus Sholihin)


6. Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' (?)

- Adat asalnya ikut2an yang dibiasakan

- Majlis berinai budaya benua Arab, namun jika caranya tidak berlanggar syara' maka ia dibolehkan

- Bertepung tawar yang berkait dengan adat semata tidak boleh >> jika sia2 lebih baik ditinggalkan

7. Amalan baik selepas berkahwin / berbulan madu (?)

- Honeymoon tidak salah bagi yang ada kemampuan

- Seeloknya berbincang mengenai perancangan ekonomi, pendidikan untuk anak2 akan datang

- Tujuan kahwin = agar rasa tenang terhadap pasangan, membina keluarga 'mawaddah warahmah'

- Cinta sebelum kahwin berbeza dengan selepas kahwin

- Selainnya yang penting : Solat sunat hajat, berdoa - kebahagiaan sehingga akhir hayat

 8. Jika wanita yang ditugaskan mengajak kenduri sedangkan suaminya ada di rumah (?)

- Yang pergi market orang lelaki sepatutnya & orang lelaki yang patut menjemput, melainkan kesuntukan masa (namun tidak dijatuhkan haram jika perempuan yang melakukannya - sebagai  wakil) Pesanan beliau> sepatutnya lelaki tunjuk kejantanannya dengan berbuat kerja demikian

 9. Moderator - Hukum Kalimah Basmalah pada kad kahwin?

- Zaman dahulu tiada kad jemputan, hanya ada orang menjemput. Pandangan ulama' menyatakan penulisan kalimah Basmalah pad kad = Makruh kerana dikhuatiri dipijak orang sekitar / tidak terjaga jika diletak merata.. Namun ucapan ''Assalamu'alaikum'' dibolehkan

 10. Moderator - antara bola & kerja menguruskan kenduri (tuan rumah)?

- Menonton bola tiada pahala, dibolehkan jika benar2 ada kelapangan & tiada kewajipan lain

- Rasulullah SAW juga bersabda yang artinya;

"Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah/pernikahan, sungguh dia telah durhaka pada Allah dan Rasul-Nya." (HR. Muslim).


11. Hukum bersanding (?)

- Secara umumnya Haram. Namun dibenarkan untuk waris / mahram sahaja

- Pakaian pengantin tidak boleh tabarruj (berhias melebih2) & wajib menutup aurat

 12. Adakah benar walimah tidak dibenarkan pada hari Sabtu (dikatakan "hari binatang") (?)

- Tidak ada hari yang tidak baik / tidak dibolehkan dalam Islam, hanya dalam konteks puasa ada hari yang tidak dibolehkan

- Amalan tidak diterima 40 hari 40 malam jika percaya pada perkara Khurafat.. Na'uzubllah..

 

Kesimpulan - Tujuan kenduri > sebagai hebahan kepada masyarakat mengenai pernikahan > mesti selepas akad nikah

 > Mengelak sangkaan buruk masyarakat - elak fitnah

> Saudara mara dapat berjumpa & bergembira

---------------------------------

Sekian, Allahu-A'lam~

02 June 2010

HALAQAH (RESTU) -3/10/09-

0 ulasan
Panel : Ust. Zahazan & Ust. Roslan Mohamed

 1. UST ZAHAZAN
  • Tafsir Ibnu Kassim

  • Hasbunallah..

  • Restu = Redha


 2. UST ROSLAN
  • untuk mendapat restu Allah :

  1. Redha Allah (R)

  2. Hidayah Allah (H)

  3. Barakah Allah (B)

  • Ketiga-tiga perkataan ini  ~ dapat restu Allah

  • >> Ulasan :

  1. Dalam al-Quran ada banyak perkataan "redha" -tidak berlaku redha Allah jika kita tidak redha pada Allah

  2. Restu itu hidayah

  3. Barakah : berkait dengan cerita Nabi Isa - Nilai bertambah daripada amalan

  • *Jangan buat perkara lalai*


 3. UST ZAHAZAN
  • Kena kenal Allah dahulu

  • Muhammad bin Sirin  = banyak senyum, tetapi apabila malam banyak menangis kerana takutkan Allah

  • Jangan khianati amanat Allah (dalam perniagaan : biar tak untung asal tak rugi agama)


 4. UST ROSLAN
  • Rajin beribadat tetapi hubugan dengan manusia lemah (tak kena cara / something wrong there)

  • Kalau kita beroleh restu Allah, kita juga mencari restu manusia (hubungan baik dengan manusia)

  • Kalau tidak dapat restu Allah nescaya hubungan dengan manusia tidak kuat

  • Pecahkan masalah : Matlamat kita mesti betul

  • Kemuncak redha = seronok berbuat ibadat kepada Allah


 5. UST ZAHAZAN
  • Amalkan '6M' ;

  1. Musyarakah - Perjanjian dengan Allah

  2. Muraqabah - merasa Allah melihat diri kita

  3. Muhasabah diri

  4. Muakabah - Menghukum diri dengan perkara yang halal dalam Islam

  5. Mujahadah - Berjihad melawan nafsu

  6. Muatabah - Mencela diri kita - Nafsu Lawwamah (banding dengan perkara yang baik)

Sesiapa yang mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan manusia, Allah akan redha padanya & manusia juga akan redha padaNya manakala sesiapa yang mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah, Allah tidak akan redha padanya


  • Contoh: bos ugut buang kerja jika berpuasa


 6. UST ROSLAN
  • 3 asas penting

  1. Saling memahami

  2. Hormat-menghormati

  3. Berlapang dada

  • Allah beri keredhaan berpanjangan kepada manusia jika berbuat demikian, InsyaAllah


 7. UST ZAHAZAN
  • Penghuni syurga masih mahukan redha Allah (walaupun telah berada di syurga)

  • Imam Ghazali (dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin): Redha umpama berbekam, rasanya pedih, tetapi hujungnya nikmat

  • Walau apapun yang menimpa kita, kita mesti mengharapkan redha Allah

  • Apabila keberkatan dicabut, kita akan rasa umur semakin hari semakin pendek (Solusi - Mengurus Masa)

  • Perlu sentiasa berdoa : "..jadikan aku paling redha.."


 8. UST ROSLAN
  • Tanda Restu Allah - ada nilai perubahan (makin bertambah positif)

  • Ciri redha Allah, berdasarkan istiqamah kita

  • Ingatlah, berdoa moga Allah panjangkan redhaNya pada diri kita

  • Nilai hidup kita sebagai manusia tidak akan bertambah kecuali jika kita aplikasikan '6 M' tadi

  • Tujuan hidup =  Peroleh husnul khatimah dengan redha Allah


~Moga catatan ringkas ini bermanfaat~ Wallahua'lam~

02 January 2010

Halaqah (BUMI)

0 ulasan
Surah panduan : Surah Al-Anbiya', ayat 105;

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh." (Surah Al-Anbiya', Ayat 105)


1. UST. RUJHAN MOHAMED RAZAK

Perihal keyakinan terhadap hari kebangkitan

Sesungguhnya bumi ini untuk diwarisi oleh golongan 'as-solehuun' (orang2 yang soleh)

3 teras yang layak sebagai seorang yang soleh;

~ Aqidah, SyariatAkhlak yg baik (untuk makmurkn muka bumi menurut perintah Allah)

Berusahalah untuk layakkan diri menjadi orang yang soleh, agar Allah redha pada kita

 

-----* zikir & fikir *-----

2. DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN

Dalam kewujudan insan ada rahsianya yang agung

Mengapa insan diletakkan di bumi ini?

a) Berdasarkan Surah Al-Qasas ayat 71;

"Katakanlah: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?" (Surah Al-Qasas ayat 71)


~ Dalam ayat ini, Allah bertanya kepada insan, jika alam ini dibiarkan hanya ada malam tanpa siang, bagaimanakah keadaan kita?

b) Berdasarkan Surah Luqman ayat 20;

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran." (Surah Luqman ayat 20)


Allah telah permudahkan langit dan bumi kepada kita, dan itu merupakan amanat dariNya dengan sesuatu yang hebat seperti itu

2 ayat ini adalah tunjang kepada isi perbincangan ini...

Kaji ilmu sains > sistem suria, galaksi kita adalah galaksi bima sakti, ada lebih kurang 100 billion bintang2.. dan itu baru 1 galaksi.. sedangkan terdapat pelbagai lagi galaksi lain di alam ini.. MasyaAllah..

Hikmah kedudukan Bumi & keadaannya
  1.    Bumi terletak di 1 penjuru yang jauh dari pusat Bima Sakti.. Di pusat galaksi terdapat banyak bintang2 (lebih padat) maka suhu sekitarannya sangat panas & tidak sesuai untuk hidup

  2.    Bumi sentiasa menerima pancaran radioaktif, tetapi dengan adanya lapisan atmosfera & magnetosfera, Bumi ini terlindung dari ancaman tersebut & kita dapat hidup dengan izinNya

  3.    Wujudnya air sebanyak 3/4 permukaan Bumi (air sumber paling penting dalam kehidupan)


Ini merupakan salah satu tanda yang Allah sayang pada kita

 

-----*dunia penjara mukmin?*-----

3. UST RUJHAN MOHAMED RAZAK

Kita kena faham peranan sebagai khalifah

Dunia ini Syurga bagi orang2 kafir & Penjara kepada orang2 mukmin

Akan lahir tindakan dalam hidup

Sama ada hidup kita Bahagia / Celaka = bergantung pada bagaimana kita memilih antara jalan yang benar / salah

Mengapa Dunia dianggap Penjara?

Penjara ada disiplin tertentu.. Begitu jua hidup di dunia ini, ada ketetapan & ketentuan dari Allah


Berpeganglah pada kitab Allah & Sunatullah

Mengapa pula diistilahkan Syurga kepada orang kafir?

Dunia tidak ada batasan (bila nafsu jadi Tuhan)


Bergantung kepada sejauh mana cara kita memilih jalan dalam kehidupan kita

Jangan salahkan lorong, mungkin mata kita yang kabur, maka tidak nampak jalan kebenaran

 

-----*perihal teori big bang?*-----

4. DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN

Ia adalah salah satu proses kejadian alam

Terdapat bukti mengenai teori ini dalam al-Quran;

"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?" (Surah Al-Anbiya' , ayat 30)


teori big bang (pemisahan langit & bumi)

teori ini luas.. ada kaitan dalam fizik; singularity (asalnya 1)

Bila itu berlaku?

Saintis cakap dengan yakin, alam ini telah wujud lebih kurang 15 billion tahun dahulu


Berdasarkan Al-Quran;

"Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela; "

(Surah Fusshilat, Ayat 11)
Daripada ayat di atas, kosmos pada asalnya berbentuk asap > mukjizat agung
Asap itu adalah gas yang didominasi Hidrogen & Helium seperti asap raksasa (ad-dukhan)

Pada abad ke-20 baru kita dapat melihat semua itu, berdasarkan data daripada teleskop Hubble, sedangkan Quran sudah lama wujud..Subhanallah

Selepas itu tibalah masanya kelahiran Bumi;

"Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya);" (Surah An-Nazi'at, Ayat 30)


Bumi didatangkan selepas kejadian langit itu (selepas bintang, baru lahir bumi)

Ada ulama' mengatakan bumi tercipta dahulu sebelum langit, tetapi berdasarkan ayat ini, langit diciptakan dahulu sebelum Bumi (Dr. Danial merujuk kitab Al-Asas Fi Tafsir, m/s 63-67.. Syeikh Syed Hawa menegur sebahagian yang kata bumi diciptakan dahulu)

Usia Bumi = 4.5 Billion tahun

 

-----*antara 3 matlamat manusia hidup di dunia - bina tamadun*-----

5. UST. RUJHAN MOHAMED RAZAK

Tamadun & formula Al-Quran adalah teras keberadaan manusia di bumi

Pembangunan adalah ketamadunan secara fizikal tanpa Islam > eg. tembok besar China

> Pandangan kita bagaimana?

Dari kaca mata agama, melihat dari piawaian Allah..


. Tamadun secara Fizikal > bangunan yang tinggi2, penuh dengan kemudahan, etc.

. Jika teras dari agama > Tamadun Rohaniah (terasnya Aqidah)

Tindakan Nabi untuk mencapai ketamadunan;

Membebaskan jiwa manusia daripada syirik
selepas itu lahirlah nilai2 murni manusia
kerana pada Zaman Jahiliah-- masyarakatnya 'brutal' tahap maksima
Namun apabila tamadun rohani membangun > berubah jadi positif, malah terlalu baik bagai jelmaan malaikat di muka bumi


Al-Quran yang diturunkan membawa 2 aspek penting tamadun > rohani & fizikal

 

-----*adakah bumi sudah tua?*-----

6. DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN

Ya.. Bumi sudah hampir pada 'kematiannya' > hari kiamat

Ada kaitan dengan bencana alam

Menurut Imam al-Bukhari: gempa bumi akan menjadi lebih kerap apabila hampirnya hari kiamat

Data daripada American National Earthquake Information Centre ; sebanyak 20, 832 gempa bumi pada tahun 1999

Salah 1 sebab mereka katakan ; pembangunan..bangunan tinggi2 semakin banyak

Bila berlaku sesuatu tragedi, ia juga berkaitan dengan manusia, oleh kerana tamadun rohani yang berkurangan

Kaji al-Quran >> Surah Al-'Ankabut, Ayat 14 ;

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggallah dia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka)." (Surah Al-'Ankabut, Ayat 14)


Jika diperhatikan dari ayat ini, banjir besar berlaku oleh sebab kezaliman yang dilakukan pada zaman Nabi Nuh

Contoh ke-2 ; kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks luar tabii (homoseks), yang akhirnya ditimbus dengan batuan panas (daripada gunung berapi ~ piroclastic flow)

Apabila kita berbicara mengenai bencana alam, maka kita juga perlu untuk menyentuh aspek rohani (turutilah arahan dari Allah)

 

-----*penutup*-----

7. UST. RUJHAN MOHAMED RAZAK

Bersyukurlah sebagai hamba Allah & khalifah di muka bumi ini

Jagalah nikmat kehidupan, jadilah hamba yang terbaik, menurut piawaian Allah

 

8. DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN

Allah perintahkan orang2 yang soleh untuk mentadbir bumi, maka ke'soleh'anlah yang kita mesti didik dari awal

*Ingat~! Soleh = piawaian Allah

Lihat pada zaman Nabi... Allah telah beri kekuatan kepada mereka sebab mereka soleh

Pada akhir zaman? > Imam Mahdi yang hebat, juga dari kalangan orang yang soleh

Dari era kegelapan ke arah era kegemilangan dengan "berkat soleh"

------------END----------

Sama2lah kita berusaha untuk memperbaiki dan sentiasa mengupgrade iman & taqwa dalam diri, moga dapat menjadi insan cemerlang secara holistik bersama kecemerlangan tamadun fizikal dan rohani.. InsyaAllah ... go ummah~! ^^,

07 December 2009

Halaqah : Kusut Masai (15/11/09)

0 ulasan
Panel 1: Ustaz Zahazan

Panel 2 : Ustazah Nordianah Alwi

 

1. Ustaz Zahazan
  1. Nabi adalah sebaik2 contoh kekemasan diri

  2. Jauhi takabbur walau sebesar biji sawi

  3. Untuk mengetahui peribadi keseluruhan Rasulullah s.a.w, bacalah buku Syamail Muhammad S.A.W terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

  4. Jangan ikut pakaian Jahiliyyah (tidak menutup aurat; jarang, ketat, nampak bentuk tubuh, etc), jika tidak, kita akan tergolong dalam golongan Jahiliyyah juga (Na'uzubillah)

  5. Pengaruh media yang tidak elok (pendedahan aurat yg berleluasa & keruntuhan akhlak yg dipaparkan, ditambah pula dengan hiburan melampau yg melalaikan) menjadi salah satu faktor utama golongan belia mudah cenderung ke arah yang sama

  6. Hendak mendidik seseorang mestilah ada ilmu

  7. Jika mahu anak tutup aurat, ibu bapa juga perlu laksanakannya terlebih dahulu

  8. Doakan anak2 agar anak2 menjadi penyejuk mata ibubapa

  9. Makanan juga memberi kesan terhadap perwatakan seseorang

 


2. Ustazah Nordianah Alwi



  1. Kaitkan tatacara berpakaian dengan sewaktu kita berada di rumah Allah / menghadap Allah

  2. Cara pemakaian umat Islam sudah ditentukan oleh hukum

  3. Selain dari cara berpakaian, menutup aurat juga menjadikan kita ditanda sebagai seorang muslim

  4. Sekarang kita pentingkan kecantikan semata2 berbanding kebersihan

  5. Dari sudut mekap, kebanyakannya memakai mekap yang 'waterproof' >> tak kena air wudhu' la jawabnya kalau susah nak tanggalkan.. maka ia memberi kesan kepada solat kita

  6. Supermarket pula banyak jual baju2 yang sukar dibezakan saiz antara kanak2 & dewasa..

  7. Yang paling penting = BERSIHKAN HATIMU~!

  8. Bukan setakat golongan belia, para 'beliau'* juga kena jaga penampilan

  9. *Beliau = istilah lain bagi orang dewasa di Sabah ;p

 


++++ coretan tambahan;


~ cantik tak semestinya bersih, tetapi bersih sememangnya cantik ;)


~ pokok pangkal kecantikan seseorang datang dari kecantikan hati


~ pakai produk kecantikan yang disahkan halal..& elakkan membeli produk dari syarikat pro-zionis


~ jagalah penampilan agar sentiasa kelihatan kemas, bersih & cantik... Cantik yang diharuskan dalam Islam adalah yang berpada2, mengikut syariat (tutup aurat) & tidak 'tabarruj' (berhias yang berlebih2an)..

21 June 2009

Akhlak Remaja (Siri 2) 20-6-09

0 ulasan
Penyampai: Ustz Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz

1. Masalah orang dewasa tidak sehebat masalah remaja

2. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sebaik-baik remaja ialah remaja yang berkelakuan seperti orang tua (dewasa), manakala sejahat-jahat orang dewasa ialah yang berkelakuan seperti kanak-kanak"


3. Remaja yang menunjukkan sikap seperti orang dewasa (bersikap matang dari segi cara pemikiran, tingkah laku) susah untuk dicari & dianggap istimewa berbanding remaja biasa yang lain

4. Ibu bapa turut memainkan peranan & terlibat juga dalam kesalahan anak-anak muda masa kini

5. Semasa bayi, penyusuan dalam 2 tahun pertama bayi tersebut juga memainkan peranan
  • Penyusuan menggunakan susu haiwan (lembu, kambing..) semata2 / bercampur2  dalam 2 tahun pertama antara salah satu sebab kebanyakan remaja kini berkelakuan sedikit sebanyak seperti haiwan (tiada perasaan malu, etc..)

  • Oleh itu Islam menuntut agar dalam 2 tahun pertama itu bayi disusukan dengan susu badan, kerana susu badan mengandungi banyak khasiat untuk bayi yang tidak ada tandingan berbanding susu formula yang berada di pasaran sekarang & membekalkan sistem imunisasi yg cukup utk bayi

  • Selain faktor kesihatan, susuan sempurna (2 tahun genap penyusuan susu badan) patut diberikan kepada setiap bayi untuk membentuk peribadi anak yg lebih 'manusia'

  • Semasa Rasulullah s.a.w bayi, apabila susu ibunya tidak mencukupi, Allah telah mewahyukan ibunya untuk mencari ibu susuan sedangkan ketika itu terdapat banyak susu kambing. Ini menunjukkan betapa pentingnya susu badan untuk perkembangan awal bayi; yg juga penting dlm menentukan sahsiah insaniah masa depan


6. Hiburan melampau (hedonisme) oleh media massa kini semakin berleluasa & merupakan salah 1 faktor utama keruntuhan akhlak remaja
  • Ada juga yg menutup aurat dgn baik pun turut sama 'menjayakan' program2 hiburan, terkinja2 di dalam konsert..Astaghfirullah..

  • Sebenarnya Islam tidak melarang hiburan, tetapi yang dilarang ialah hiburan yg MELAMPAU (yakni hiburan yang langsung tidak memberi ketenangan, mengandungi unsur2 lucah sama ada dari segi lirik lagu, tingkahlaku ketika menyampaikan hiburan itu; seperti tidak sedarkan diri & seumpamanya)

  • Kita tidak dilarang untuk mendengar muzik2 ringan yg memberi ketenangan, sebagai halwa telinga (atau alternatif untuk menghilangkan stres), seperti yg berunsur alam, mempunyai nilai motivasi & semangat, akan tetapi LEBIH ELOK & DIGALAKKAN kpd kita, umat Islam untuk mendengar & mengamalkan bacaan Al-Quran & zikir, kerana Allah telah menjanjikan ketenangan melaluinya sekiranya kita benar2 menghayati


7. Seperkara lagi, Kita sudah biasa dengan kenyataan sebegini; "Nampak luaran je macam ni, tapi dalam hati baikk.." (merujuk kepada orang2 yg tidak menutup aurat, kelakuan tidak senonoh & seumpamanya)
  • Hakikatnya, yang nampak di luar inilah yang menggambarkan keadaan hati sebenar, kerana jika di dalamnya baik (hati), maka baiklah luarannya. KEMUDIAN BARULAH boleh dikatakan jika di luarnya baik, di dalamnya hanya Allah yang tahu (kebanyakannya benar2 baik, sesetengahnya tidak ikhlas & sekadar mahu menunjuk).

  • Islam sudah katakan bahawa menutup aurat itu baik & sebaliknya jika tidak menutup aurat. Maka bagaimana pula kita boleh katakan hati kita baik setelah terang-terangan kita melanggar perintahNya yang wajib? Baikkah orang yang melanggar peraturan terutamanya peraturan Allah? Sama2lah ambil iktibar


8. Salah satu tanggungjawab seorang lelaki yg ingin berkeluarga adalah untuk mencari perempuan yg baik2

9. Allah akan terima taubat seseorang yang;
  • Bersungguh2 taubat (taubat nasuha & menginsafi kesalahannya; tidak akan mengulangi kesalahannya lagi

  • Berusaha menguatkan imannya

  • Mengamalkan amalan yg soleh


10. Fitrah manusia lebih cenderung kepada perkara2 mazmumah (keburukan) berbanding mahmudah (kebaikan)
  • Oleh itu, susah untuk menjadikan manusia benar2 manusia & mudah pula untuk menghasilkan 'sahsiah haiwaniah'


11. Dalam kita mendidik anak2, biar anak2 yg menangis kerana kita, jangan nanti kita pula yang menangis jika anak2 menderhakai kita kelak, dengan syarat, kita mendidik dengan lunas2 Islam

12. Didiklah juga percakapan yg sopan kpd anak2, seperti mengajar anak2 menjauhi percakapan 'aku-engkau' yg kurang sesuai ('aku' lbih ssuai dgunakan untuk monolog / antara tman2 rapat), lantas mengelakkan 'kejutan budaya'  & environment yg lebih mementingkan style percakapan tanpa mengira aspek akhlak. Namun, biasakan dgn tutur kata sopan. Sebaik2nya elakkan guna 'aku' apabila brbual dgn org lain

13. Jika anak2 berkelakuan tidak baik, terus tegur (teguran berhikmah)

14. Kanak2 biasa dididik dengan tarbiah (percakapan) kerana kanak2 mumayyiz sudah mampu membezakan yg baik / buruk,
  • Manakala remaja biasanya dididik dengan taqli (memberi ilmu yg baik2) kerana akal remaja yg baligh sudah boleh berperanan


15. Binalah keluarga yg sakinah (bahagia), mawaddah warahmah (berkasih sayang)

16. Jadilah seperti ikan di laut, walaupun laut itu masin, isi ikannya tetap tawar (di sini ikan menggambarkan diri kita, manakala laut menggambarkan environment yg kurang sihat; maksudnya jgnlah kita mudah terpengaruh dengan keadaan semasa / gejala sosial yg tidak elok di sekitar, teguhkanlah iman kita, InsyaAllah kita boleh menghadapinya)

17. Bayi dilahirkan dalam keadaan tidak mengetahui apa2, seperti kain putih
  • Islam memberi tanggungjawab kepada ibu bapa untuk mendidiknya


18. 'Dunia tanpa sempadan' merupakan ancaman kepada keruntuhan akhlak remaja

19. Internet juga salah 1 punca yg membawa keruntuhan akhlak jika tidak digunakan untuk tujuan kebaikan, oleh itu, sebagai ibu bapa kita berperanan untuk mengawasi apa yg anak2 kita surf, namun tidak bermaksud mencerobohi privacy anak2;
  • Sebagai contoh, jangan biarkan anak2 melayari internet secara tersembunyi (dalam bilik yg berkunci & tertutup sepenuhnya)>mewujudkan suasana yg mencurigakan bukan? Awasi sekadar yg kita boleh nampak apa yg dilakukan, menaip, tingkahlaku, sekali sekala tanya kpd anak2 apa yg dilayarinya (wujudkan komunikasi)


20. Akui sebahagian daripada kesilapan anak itu sebagai kesalahan kita juga, kerana kita bertanggungjawab mendidiknya

21. Daripada Abu Hurairah r.a., Sabda Rasulullah s.a.w:

"Setiap anak yang dilahirkan membawa fitrah beragama (percaya kepada Allah). Maka kedua-dua orang tuanyalah (ibu bapa) yang sebaliknya menjadikannya beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi; sebagaimana binatang yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kecacatan. Adakah kamu mendapati binatang dilahirkan dalam keadaan sama ada hidung, telinga atau mana-mana anggota terpotong?" (Hadis Riwayat Muslim dalam kitab Qadar)

20 June 2009

Akhlak Remaja (Siri 1) 19-6-09

0 ulasan
Penyampai: Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz

Intro:

Kisah Ashabul Kahfi, golongan muda beriman yang mengasingkan diri ke gua kerana mahu menjaga iman. Mereka lari daripada pemerintahan raja mereka yang zalim & menyeksa golongan yg beriman

Isi:

1. Remaja
  •  peringkat pertengahan insan

  •  usia yang paling kritikal


 Sabda Rasulullah s.a.w: "Remaja itu sebahagian daripada ciri-ciri orang gila"

 ini kerana orang gila mempunyai sikap yang tidak menentu; sesetengah orang gila berkelakuan baik & tidak mengganggu orang lain (asyik dalam dunianya sendiri), manakala sesetengahnya agresif & mengganggu ketenteraman orang awam

2. Oleh itu, Islam sangat pentingkan golongan remaja

3. Di padang mahsyar kelak ada 7 golongan manusia yang akan mempunyai bayang2 selain Allah (Padang mahsyar tidak ada bayang2, hanya Allah sahaja yg mempunyai bayang2 pada waktu itu); bermakna mereka ini dimuliakan Allah.

Salah satu golongan tersebut ialah golongan remaja beriman (remaja yg dididik dalam suasana beribadat kepada Allah

4. Awasi makanan anda, kerana makanan yang haram akan menjejaskan sahsiah (makanan yg haram tidak semestinya dtg daripada bahan makanan itu sendiri, tetapi sumber kewangan yg digunakan juga mestilah bukan dtg dari sumber yg haram)

5. Sejak Rasulullah bayi lagi, Allah sudah mengambil alih takdid (proses penjanaan asas) kerana bapa baginda sudah tiada ketika baginda masih dalam kandungan. Contoh takdid ialah tuntutan setelah seseorang bayi lahir seperti azan & iqamat pada telinga bayi, aqiqah, cukur rambut..

6. Tujuan takdid ialah untuk mencukupkan persediaan seseorang insan untuk membentuk peribadi manusia sebenar

7. Umpama kita hendak membina bangunan, asas kepada bangunan tersebut mesti diperkukuhkan terdahulu, baru boleh menampung bangunan yang akan dibina di atasnya. Semakin kukuh asas itu, semakin tinggi bangunan yg boleh dibina. [Semakin kukuh asas Iman, semakin teguh pendiriannya kelak ketika menghadapi pelbagai dugaan; tidak mudah terpengaruh dengan unsur2 mazmumah]

8. Janalah kekuatan Iman sejak lahir

9. Kita seperti sebuah pokok, Jikalau akar tunjang (iman) kuat, tertanam jauh ke dalam tanah (menggambarkan asas Iman yang kukuh), Pokok (merangkumi aspek akhlak, ibadah & syariat) tidak akan mudah tumbang bila ribut (sebarang gejala sosial) melanda

10. Awasilah anak2 kita secara konsisten, apa yg dilakukannya, dgn siapa mereka berkawan, supaya mereka tidak terbabas dari landasan

11. Akhlak bukan sahaja merangkumi pemakaian yg sopan, tetapi akhlak juga merangkumi gerak laku seseorang itu; bahasa badan, perbuatan, gerak mata (cara pandang) & anggota. Walau pemakaian sudah cukup sopan sekalipun, jika memandang orang dengan jelingan tajam & wajah yang tidak mesra, tambahan dengan gerak-geri yg tidak menyenangkan ('gedik'..etc), sudah tentu akhlaknya pada pandangan kita menjadi kurang manis

12. Penentuan akhlak anak kita bermula sejak pemilihan jodoh lagi, yakni mengahwini seseorang berdasarkan agama (paling utama). Ketika pemilihan jodoh juga kita dituntut untuk mencari pasangan yang baik akhlaknya & daripada keturunan orang yg baik2 (keturunan yg bebas maksiat).

Hal ini penting kerana anak akan mewarisi sifat ibunya ketika dalam kandungan manakala akan mewarisi sifat bapanya selepas anak itu dilahirkan

13. Dalam keluarga, kita kena pastikan setiap ahli keluarga menjalankan tanggungjawab masing2 (sama2 bertanggungjawab)

14. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Malu & Iman adalah 2 benda yang tidak boleh dipisahkan. Jika hilang mana-mana satu, maka hilanglah kedua-duanya"


bahkan Aisyah r.a pernah berkata; "Jikalau aku tidak ada perasaan malu, nescaya aku akan memeluk semua lelaki"

Hal ini menerangkan Malu & Iman saling berkait; Jika Iman ada, InsyaAllah Malu ada. Berdasarkan masalah keruntuhan akhlak remaja sekarang, ternyata Iman mereka sudah semakin luntur lantaran mereka tidak malu lagi untuk melanggar tuntutan Islam, langsung tidak malu mendedahkan tubuh & menunjukkan tingkahlaku yg tidak sopan. Sesungguhnya pengukuhan Iman itu asas hidup kita.

24 January 2009

Catatan Usrah 23/01/09 (with translation of Surah An-Naba')

0 ulasan

Surah An-Naba' (The Great News)


 



  • mengenai hari kiamat

  • Puak kafir sering bertanya kepada Rasulullah "Bila kiamat akan berlaku?" (dengan nada mengejek)

  • Menceritakan persoalan mengenai penciptaan bumi (gunung-ganang sebagai pasak bumi)


di sini kita boleh renungkan keadaan bumi kita yg semakin musnah akibat penarahan bukit yg berleluasa
  • Allah menciptakan makhluk-Nya berpasangan

  • Allah jadikan waktu tidur untuk berehat (jadikan malan sebagai 'pakaian' yg melindungi manusia)

  • Kejadian 7 petala langit yg kuat & kukuh

  • Kejadian matahari sebagai lampu yg terang benderang cahayanya

  • Diturunkan dari awan, air yg mencurah2 (hujan)

  • Untuk mengeluarkan tumbuhan, menjadi kebun yg subur bertaut-taut pokoknya

  • Hari pemutus hukum (kiamat) adalah 1 masa yg telah ditentukan

  • Neraka Jahannam adalah untuk "Thaaghiin" (orang2 yg melampaui batas ~arabic)

  • Mereka yg lupa pada hisab itu tidak semestinya terdiri daripada org2 musyrik

  • Akhir surah: Itulah keterangan yg hakiki

 


Maksud surah (Malay)


 


For English translation of Surah An-Naba': click at the direct link below:


http://muslimconverts.com/quran/NobleQuran/translation/surah78.html


 


1. Tentang apakah mereka bertanya-tanya?


 


2. Tentang berita Yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).


 


3. Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.


 


4. Jangan! (janganlah mereka bersikap demikian!) mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).


 


5. Sekali lagi Jangan! (janganlah mereka berselisihan!) mereka akan mengetahui kelak (tentang apa Yang akan menimpa mereka).


 


6. (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang Yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?


 


7. Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?


 


8. Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?


 


9. Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?


 


10. Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?


 


11. Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?


 


12. Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) Yang kuat kukuh?


 


13. Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu Yang terang-benderang cahayanya?


 


14. Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) Yang mencurah-curah, -


 


15. Untuk Kami mengeluarkan Dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -


 


16. Serta kebun-kebun Yang subur bertaut-taut pokoknya?


 


17. Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa Yang ditentukan,


 


18. Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke padang Mahsyar);


 


19. Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu Yang terbuka luas,


 


20. Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.


 


21. Sesungguhnya neraka jahannam adalah disediakan -


 


22. Untuk orang-orang Yang melampaui batas hukum tuhan, sebagai tempat kembalinya.


 


23. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.


 


24. Mereka tidak dapat merasai udara Yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -


 


25. Kecuali air panas Yang menggelegak, dan air danur Yang mengalir, -


 


26. Sebagai balasan Yang sesuai (dengan amal mereka Yang buruk).


 


27. Kerana Sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,


 


28. Dan mereka telah mendustakan Dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan kami;


 


29. Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.


 


30. (setelah mereka masuk ke Dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat kami) maka rasalah kamu (azab Yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".


 


31. Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa Yang mereka ingini.


 


32. (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;


 


33. Dan perawan-perawan Yang sebaya umurnya;


 


34. Serta piala atau gelas Yang penuh Dengan minuman;


 


35. Mereka tidak mendengar di Dalam syurga itu perkataan Yang sia-sia, dan tiada pula perkataan Yang dusta;


 


36. Sebagai balasan dari Tuhanmu, Iaitu satu limpah kurnia Yang dikira cukup (menurut Yang dijanjikanNya),


 


37. Tuhan Yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa Yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi Kuasa berkata-kata dengannya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);


 


38. (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat Yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada Yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan Yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.


 


39. Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) Yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa Yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal Yang soleh)!


 


40. Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan Yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab Yang dekat (Masa datangnya), - Iaitu hari seseorang melihat apa Yang telah diusahakannya; dan orang Yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau Aku menjadi tanah (supaya Aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)"