19 April 2009

AQIDAH (kelas 4/6/08 hingga 23/6/08)

1. Pengertian dari sudut bahasa (arab)
  • " 'Aqdun" = janji

  • " 'Aqdatun" = simpul


2. "Laa iqraahafiddiin"
  • tiada paksaan dalam BERagama ISLAM

  • tapi bila dah ISLAM, kita kena WAJIB ikut syariat & arahan yg telah ditetapkan

  • ramai yg keliru dengan pernyataan 'tiada paksaan' tersebut dan menjadikannya sebagai alasan untuk melanggar syariat yg telah Allah tetapkan sedangkan yg tidak terpaksa adalah untuk MENGANUT Islam.


3. Nama lain ilmu Aqidah (3 daripada banyak nama)
  • Tauhid (kalimah syahadah)

  • Usuluddin

  • Kalam


4. Konsep Tuhan & ketuhanan (9/6/08)
  • dalam kehidupan seharian, contohnya pinjaman wang.. terdapat Conventional loan & Islamic loan... Seeloknya dan seharusnya kita hendaklah memilih yg Islam kerana Conventional loan ada unsur riba.. jd jika kita masih menggunakan Conventional loan, kita seakan2 berperang dengan Allah.. Na'uzubillah.

  • Selagi ada pilihan, selagi itulah hukumnya WAJIB memilih yg halal.

  • untuk mengetahui lebih lanjut mengenai urusan wang, perniagaan & kewangan berteraskan Islam, atau nak cek halal / haram (mengenai bank) layari www.zaharuddin.net (byk lagi info dlm web ni)


5. Pecahan Tauhid
  • Tauhid Rububiyyat = yakin Allah tadbir @ kuasai @ miliki alam (pencipta alam)

  • Tauhid Uluhiyyat = yakin Allah satu-satunya Tuhan yg disembah

  • Tauhid Asma' Wassifat = yakini Allah punyai sifat yg paling sempurna & suci (Asma' = 99 nama Allah ; Wassifat = 20 sifat Allah)


6. Imbasan (+ info)

Agama Samawi = agama langit


Nabi2 & kitab tersendiri (sblm Rasulullah s.a.w)
  • Nabi Musa (kitab Taurat) - utk kaum Yahudi

  • Nabi Isa (kitab Injil) - utk kaum Nasrani

  • kedua2nya mempunyai syariat yg tidak sama tetapi aqidah yg sama dgn Islam


Agama Wadh'i = agama rekaan manusia (Hindu, Confucius..etc)

Amalan Nabi Daud ~ puasa selang sehari
7. Ahli Sunnah Wal-Jama'ah (ASWJ)
  • semua umat Islam adalah ASWJ

  • ikut Quran & Hadis

  • lawan kpd ajaran sesat

  • Ajaran sesat membawa kpd murtad. Antara pegangan ajaran sesat : mengaku guru itu nabi, menolak Solat Jumaat & hadis nabi..etc

  • zaman sekarang kelihatan seperti zaman nabi dahulu, di mana ajaran sesat yg menggugat ekonomi (POLITIK khususnya) sahaja yg diharamkan, manakala ajaran2 sesat yg lain dibiarkan berleluasa


8. Keistimewaan Aqidah Islam (18/6/08)
  • seimbang ; sesuai dengan fitrah manusia

  • akal ; dari segi bukti

Pesan nabi

3 perkara yg membahagiakan anak adam

  • Isteri / Suami yg soleh & solehah

  • Rumah yg besar

  • Kenderaan yg selesa


akan tetapi, kamu harus buat amal untuk akhirat seolah2 kamu akan hidup untuk selama-lamanya


Q & A ?

Q : Bagaimana mahu buktikan Allah ada?

A : Kewujudan alam

selingan ~ HARUN YAHYA @ nama sebenarnya ADNAN OKTAR, telah menulis pelbagai jenis buku yg boleh didapati dalam bahasa melayu, hasil penulisannya banyak telah merungkai persoalan mengenai kewujudan alam & prosesnya, hikmah kejadian alam..etc. terdapat dlm pelbagai tajuk. boleh juga melayari web www.harunyahya.com , sesetengah penulisannya (buku) boleh dimuat turun, contohnya "Keajaiban Ciptaan Tuhan". terdapat juga cerita2 dalam bentuk video.

Surah Al-Anbiyaa' = ada teori 'big-bang'

9. Kepentingan Aqidah (23/6/08)
  1. keSAHan amalan

  2. punyai matlamat - untuk mengabdikan diri kepada Allah

  3. azab

PESANAN
  • Sentiasa minta yg terbaik dpd Allah & berbaik sangkalah kpd-Nya

  • jangan kerana kawan kita takut hendak berubah ke arah kebaikan. Allah akan tentukan yg terbaik utk hamba-Nya yg ingin berubah. kerana bila terdetiknya di hati untuk menjadi yg lebih baik, itu merupakan salah satu petunjuk hidayah Allah.

No comments: