18 June 2009

SYARIAH -penekanan dari sudut Jinayat- (class range 2/7/08 - 15/10/08)

1. Pengenalan

Syariah >> perundangan Allah untuk manusia laksanakan agar mencapai kebahagiaan dunia & akhirat

 

2. Komponen

a) Ibadat

b) Muamalat

c) Munakahat (hukum-hakam perkahwinan)

d) Jinayat (3 bahagian; Qisas, Hudud, Takzir) 

1. QISAS (cedera/bunuh balas)



"Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, Wahai orang-orang Yang berakal fikiran (intelek), supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

- orang2 intelek itu dirujuk pada orang2 yg berilmu pengetahuan (yg memegang jwtn besar, etc..), kerana mereka sepatutnya dapat berfikir dengan bijak mengapa hukum ini relevan & tidak kejam


- kehidupan > manusia lain akan hidup


- Dalam Islam, jika kita benar2 mengikut hukum Allah, Allah jamin tiada jenayah akan berlaku (100% - sesuatu yang pasti),


- tetapi menurut Human Law : jenayah adalah keperluan



 

Dalil wajib puasa jika dibandingkan dengan Dalil wajib Qisas



  • Dalil wajib puasa:

"Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:183)
  •  Dalil wajib qisas:

"Wahai orang-orang Yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) Dalam perkara orang-orang Yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka Dengan orang merdeka, dan hamba Dengan hamba, dan perempuan Dengan perempuan. maka sesiapa (pembunuh) Yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak Yang terbunuh), maka hendaklah orang Yang mengampunkan itu) mengikut cara Yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) Dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. sesudah itu sesiapa Yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa Yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

- bukankah dapat disimpulkan hukum Qisas itu WAJIB sebagaimana wajibnya kita berpuasa?



 

Perlaksanaan hukum Qisas



  • Kronologi = keluarga pembunuh turut dipanggil ke mahkamah

  • 3 pemilihan pada wali (bukan hakim)

  1.  Maafkan (dgn syarat tidak boleh ada dendam pada pembunuh)

  2. Kenakan hukuman bunuh

  3. Minta pampasan daripada pembunuh

Q: Kenapa hukuman ini terletak pada tangan keluarga?


A: Kerana orang yang rasa kehilangan adalah keluarga mangsa



 

Hukuman



  • Bunuh -> Pancung

  • Tidak zalim (sebab, dalam Human Law, hukuman bunuh ada untuk kesalahan memiliki dadah)


 

===============================================================

 

2. HUDUD (8-10-08) = terbahagi kepada zina, qazaf, curi, rompak, arak, murtad


a) Zina


Ciri2 sebatan dalam Islam (berbeza dgn hukuman di penjara):



  • jenis rotan:
    • tidak terlalu keras / tebal @ tidak terlalu lembut

    • berkepadatan sederhana


  • rotan diangkat tidak sampai menampakkan ketiak (tangan tidak melepasi paras bahu)

  • tidak mencederakan sampai daging

  • tidak dihadkan kepada sesuatu kawasan tubuh sahaja (contoh: punggung), tetapi HENDAKLAH di SERATA tubuh

  • jika lelaki > berdiri

  • jika perempuan > duduk (jaga aurat)

  • tukang sebat mestilah ada pengetahuan agama (tidak semestinya yg kuat kudrat / berotot seperti para pegawai penjara kini)

  • Hukuman:
    • Penzina yg telah berkahwin secara sah: direjam dgn batu sampai mati

    • Penzina yg belum berkahwin: 100x sebatan



 

logik berat hukuman


Islam sudah TUTUP ruang tuju zina



  • pisah tempat tidur bagi adik beradik lelaki perempuan, & tidak tidur sebilik dengan ibu bapa

  • ajar anak minta izin jika nak masuk bilik mak ayah untuk 3 waktu (sebelum subuh, tengahari, lepas isya')

Islam sudah BUKA ruang tuju perkahwinan



  • Islam menggalakkan perkahwinan

  • Rasulullah s.a.w tidak mengaku umat yang menolak perkahwinan

(ada ulama' yg terlalu asyik menimba ilmu hingga menolak perkahwinan)



  • dianggap ‘bunuh' akar umbi keturunan jika tidak berkahwin

**nota selitan: Seberkat2 mahar adalah yang paling murah**



 

b) Qazaf (menuduh zina)



  • memerlukan 4 saksi lelaki > ADIL (kerana 4 saksi tersebut perlu yang tinggi akhlaknya, kaki masjid & terdiri daripada orang baik, berakal, cukup umur & tidak dipaksa)

  • saksi kena nampak perbuatan tersebut di depan mata

  • syarat pihak yg dituduh pula hendaklah berakal, cukup umur, Islam, merdeka, belum pernah berzina & sentiasa menjauhi zina

  • Hukuman jika tuduhan tidak benar:
    • Fizikal = 80x sebat

    • Mental
      • ditolak kesaksian selama-lamanya

      • dilabel sebagai orang yg fasiq




 

c) Curi (ambil hak orang lain secara senyap & tersembunyi di tempat simpanan tanpa izin)



  • Hukuman: Potong tangan (di pergelangan)

  • Hukuman Human Law: Penjara 7 tahun & denda

  • Hikmah dalam Islam potong tangan:
    • tidak menzalimi keluarga (hanya menzalimi pencuri)

    • ketidakrelevan penjara


= dari sudut cukai..


Pegawai penjara yang masak, modal makanan & tanggungan hidup penjenayah dapat dari kerajaan, duit rakyat (hasil kutipan cukai) ‘disuap' pula pada penjenayah, sedangkan keluarga mangsa merana akibat dicuri & semakin rugi > tidak adil



  • pembuktian curi pula perlu melalui standard yang cukup ketat
    • nilai barang yang dicuri RM5 & ke atas (setahu ustzh)

    • keadaan si pencuri (rela; yakni dia sendiri yang nak curi, cukup umur & sempurna akal)

    • Sebab kecurian bukan kerana terlalu lapar / miskin tetapi dengan melakukan jenayah

    • tempat barang tersebut diletakkan (mesti tempat yang susah untuk dicuri)



 

d) Rompak (ambil hak orang lain secara kekerasan sama ada secara perseorangan / berkumpulan / bersenjata atau tidak, di tempat simpanannya tanpa izin)



  • jika mangsa dibunuh > bunuh balas (Qisas)

  • jika mangsa tidak mati tetapi harta telah diambil > potong tangan & kaki secara bersilang

  • jika mangsa dibunuh + harta diambil > bunuh & disalib (berdasarkan mazhab Syafi'e - tidak mahu seksa penjenayah) {NAMUN kedua2 mazhab benar sebab ada nas dalam Al-Quran}

  • jika penjenayah Islam, hukuman bunuh mesti dengan pancung

**dalil hukuman dalam Surah Al-Maidah ayat 38**



 

e) Arak


Hukuman: 40 sebatan (asas) @ 80 sebatan jika melibatkan hudud & ta'zir



  • 40 pertama : Hudud

  • 40 kedua : Takzir


 

f) Murtad (keluar Islam secara lisan & perbuatan beserta niat)



  • jika yang murtad dgn hati sahaja hukuman tidak akan terlaksana (sebab orang lain tidak tahu)

  • contoh perbuatan: sembah patung, kubur

  • contoh lisan: hina hukum hakam Islam (memerli ketidakrelevan hudud..etc.)

  • hukuman: BUNUH (SETELAH diberi tempoh untuk ‘istitabah'= minta taubat)

Ø bukti TIDAK ZALIM = kerana telah diberikan tempoh



  • Kenapa hukuman berat?
    • menunjukkan Islam bukan agama untuk dimain2kan

    • yang murtad tidak kenang budi Allah kerana Allah telah banyak memberi nikmat & tidak pernah mengungkit

    • mencabar ketuhanan Allah

    • sombong dengan Allah (kerana tetap guna nikmat Allah tapi anut agama lain)



 

===============================================================

 

3. TA'ZIR



  • Kesalahan ringan

  • Berkuasa mahkamah luas

  • Berikut ialah maklumat tambahan mengenai hukum ta'zir:

"Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka." (sumber tambahan dari web: http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/hukuman.htm )

 

3. Sumber

a) Al-Quran

b) Hadis - merangkumi semua 4 sifat Rasulullah s.a.w
  • Pertuturan

  • Perbuatan

  • Pengakuan

  • Sifat


c) Ijmak (persepakatan ulama' Mujtahid - zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w)

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

KESIMPULAN (15-10-08)

1. Persamaan Malaysia - U.S











Perlaksanaan

Malaysia



U.S


Ibadat


Muamalat


Munakahat


Jinayat

X



Malaysia adalah Negara UMAT Islam (dpd majoriti penduduknya) & bukannya Negara Islam (kerana salah 1 hukum wajib belum dilaksanakan)

 

2. Hukum
  • semua wajib (termasuk Jinayat) sebagaimana wajibnya ibadah


 

3. Sirah
  • Rasulullah s.a.w telah laksanakan ibadat, Baginda juga menjadi bank (perlaksanaan Muamalat) & telah melaksanakan Munakahat. Akan tetapi apabila Baginda mahu melaksanakan hukum Jinayat di Makkah untuk menyempurnakan Syariah, perkara itu tidak dapat dilakukan. Itu merupakan salah satu sebab Baginda berhijrah ke Madinah.


 

** Kelantan sudah bercadang untuk melaksanakannya tetapi Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan Jinayat**

 

4. Anjur baik / jahat

Contoh perlaksanaan
  • solat 5 waktu = wajib

  • wudhu' = sunat

  • wudhu' UNTUK SOLAT? = WAJIB


 

Kesimpulannya; benda2 sunat yang menuju ke arah yang wajib >> menjadi WAJIB

 

Sesiapa yang menganjur kebaikan akan mendapat pahala & dia juga akan mendapat pahala daripada kebaikan

 

Kita mesti menjadi seorang yang ‘pedulisma' (mengambil peduli)

 

Politik merupakan sebahagian dari Islam yakni di bahagian Jinayat. Proses pemilihan pemimpin adalah wajib, jadi mengundi juga akan menjadi WAJIB

----------------------------------------------------------------------------

WASIAT SEBELUM KELAS BERAKHIR

1. Pastikan roh kita makan 1 jam seminggu dengan kuliah2 agama.

~ lancarkan juga bacaan Quran mengikut tajwid yang betul (memastikan maksud bagi setiap ayat yang kita baca tidak menyeleweng)

 

2. Jangan kedekut untuk membeli bahan bacaan berbentuk keagamaan, walau kita rasa tidak sempat untuk membacanya pada waktu ini, akan tetapi ia akan memberi banyak manfaat di saat kita memerlukan kelak. Apabila ada masa lapang, manfaatkan masa itu sebaik2nya dengan membaca buku2 tersebut. Ia juga boleh menjadi rujukan kita kerana kita bukan sempurna, jika tidak mengamalkan akan mudah lupa & agar tuntutan menuntut ilmu dapat dipenuhi > tanggungjawab > untuk dapat bekal di akhirat

 

3. Pemilihan pasangan

Kriteria yg paling utama: pilih yang ada agama
  • hindari dari perkara2 haram

  • jangan simpan gambar / SMS / wallpaper berunsur haram (mengotorkan hati)


 

4. Minta (doakan) semua orang (sahabat..etc) dapat kejayaan, bukan sekadar untuk diri sendiri sahaja & berbaik-sangkalah dengan Allah kerana sangkaan juga boleh menjadi doa

 

SEDIKIT PANDANGAN & RENUNGAN...

Sudah terang lagi bersuluh hukum Jinayat adalah salah satu komponen Syariat yang wajib dilaksanakan. Allah tidak akan turunkan sesuatu hukum jika kita tidak mampu melaksanakannya. Berikutan masih belum ada mana-mana negara yang dapat melaksanakan hukum tersebut secara sempurna, sekurang2nya hukuman itu masih terlaksana & bukannya terus ditolak.

 

Alasan yang selalu diberikan adalah Islam memberi kelonggaran kepada umatNya yang tidak mampu. Jika kita benar2 faham kelonggaran dalam Islam, segala hukum yang wajib tetap perlu dilaksanakan, cuma SYARATnya dilonggarkan. Lihat pada salah 1 contoh ibadah wajib; solat. Solat itu wajib & perlu dilaksanakan, tetapi kelonggaran diberi kepada yang tidak mampu untuk melakukannya secara SEMPURNA (kerana masalah kesihatan, etc..), namun dia tetap kena LAKSANAKAN mengikut pergerakan yang mampu dibuat. Bukan terus tidak solat. Jadi, begitu jugalah dengan perkara Wajib lain, tidak boleh terus ‘dilesapkan' begitu sahaja jika benar sekalipun tidak mampu.

 

Kita adalah HAMBA Allah & kita dicipta bukan untuk menyeleweng hukumNya yang telah ditetapkan. Hukum itu sepatutnya sudah menjadi satu ‘kemudahan' buat kita, tidak perlu lagi ‘pening kepala' memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk masalah yg timbul daripada masyarakat kita. Kita adalah ciptaanNya & setiap penciptaan ada ‘modul' (hukum Allah) yg perlu dituruti kerana kita adalah pengguna ciptaan Allah termasuk diri kita sendiri. Dunia ini hanya pinjaman & amalan kita bergantung melalui bagaimana kita ‘menggunakan & menguruskan' pinjaman yg diberi tersebut. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk umat Islam sekalian & agar negara kita semakin maju seiring dengan syariat Islam. Sekian, Wassalam.

No comments: