Panel 2 : Ustazah Nordianah Alwi
1. Ustaz Zahazan
- Nabi adalah sebaik2 contoh kekemasan diri
- Jauhi takabbur walau sebesar biji sawi
- Untuk mengetahui peribadi keseluruhan Rasulullah s.a.w, bacalah buku Syamail Muhammad S.A.W terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
- Jangan ikut pakaian Jahiliyyah (tidak menutup aurat; jarang, ketat, nampak bentuk tubuh, etc), jika tidak, kita akan tergolong dalam golongan Jahiliyyah juga (Na'uzubillah)
- Pengaruh media yang tidak elok (pendedahan aurat yg berleluasa & keruntuhan akhlak yg dipaparkan, ditambah pula dengan hiburan melampau yg melalaikan) menjadi salah satu faktor utama golongan belia mudah cenderung ke arah yang sama
- Hendak mendidik seseorang mestilah ada ilmu
- Jika mahu anak tutup aurat, ibu bapa juga perlu laksanakannya terlebih dahulu
- Doakan anak2 agar anak2 menjadi penyejuk mata ibubapa
- Makanan juga memberi kesan terhadap perwatakan seseorang
2. Ustazah Nordianah Alwi
- Kaitkan tatacara berpakaian dengan sewaktu kita berada di rumah Allah / menghadap Allah
- Cara pemakaian umat Islam sudah ditentukan oleh hukum
- Selain dari cara berpakaian, menutup aurat juga menjadikan kita ditanda sebagai seorang muslim
- Sekarang kita pentingkan kecantikan semata2 berbanding kebersihan
- Dari sudut mekap, kebanyakannya memakai mekap yang 'waterproof' >> tak kena air wudhu' la jawabnya kalau susah nak tanggalkan.. maka ia memberi kesan kepada solat kita
- Supermarket pula banyak jual baju2 yang sukar dibezakan saiz antara kanak2 & dewasa..
- Yang paling penting = BERSIHKAN HATIMU~!
- Bukan setakat golongan belia, para 'beliau'* juga kena jaga penampilan
- *Beliau = istilah lain bagi orang dewasa di Sabah ;p
++++ coretan tambahan;
~ cantik tak semestinya bersih, tetapi bersih sememangnya cantik ;)
~ pokok pangkal kecantikan seseorang datang dari kecantikan hati
~ pakai produk kecantikan yang disahkan halal..& elakkan membeli produk dari syarikat pro-zionis
~ jagalah penampilan agar sentiasa kelihatan kemas, bersih & cantik... Cantik yang diharuskan dalam Islam adalah yang berpada2, mengikut syariat (tutup aurat) & tidak 'tabarruj' (berhias yang berlebih2an)..
No comments:
Post a Comment