"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh." (Surah Al-Anbiya', Ayat 105)
1. UST. RUJHAN MOHAMED RAZAK
Perihal keyakinan terhadap hari kebangkitan
Sesungguhnya bumi ini untuk diwarisi oleh golongan 'as-solehuun' (orang2 yang soleh)
3 teras yang layak sebagai seorang yang soleh;
~ Aqidah, Syariat & Akhlak yg baik (untuk makmurkn muka bumi menurut perintah Allah)
Berusahalah untuk layakkan diri menjadi orang yang soleh, agar Allah redha pada kita
-----* zikir & fikir *-----
2. DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN
Dalam kewujudan insan ada rahsianya yang agung
Mengapa insan diletakkan di bumi ini?
a) Berdasarkan Surah Al-Qasas ayat 71;
"Katakanlah: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?" (Surah Al-Qasas ayat 71)
~ Dalam ayat ini, Allah bertanya kepada insan, jika alam ini dibiarkan hanya ada malam tanpa siang, bagaimanakah keadaan kita?
b) Berdasarkan Surah Luqman ayat 20;
"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran." (Surah Luqman ayat 20)
Allah telah permudahkan langit dan bumi kepada kita, dan itu merupakan amanat dariNya dengan sesuatu yang hebat seperti itu
2 ayat ini adalah tunjang kepada isi perbincangan ini...
Kaji ilmu sains > sistem suria, galaksi kita adalah galaksi bima sakti, ada lebih kurang 100 billion bintang2.. dan itu baru 1 galaksi.. sedangkan terdapat pelbagai lagi galaksi lain di alam ini.. MasyaAllah..
Hikmah kedudukan Bumi & keadaannya
- Bumi terletak di 1 penjuru yang jauh dari pusat Bima Sakti.. Di pusat galaksi terdapat banyak bintang2 (lebih padat) maka suhu sekitarannya sangat panas & tidak sesuai untuk hidup
- Bumi sentiasa menerima pancaran radioaktif, tetapi dengan adanya lapisan atmosfera & magnetosfera, Bumi ini terlindung dari ancaman tersebut & kita dapat hidup dengan izinNya
- Wujudnya air sebanyak 3/4 permukaan Bumi (air sumber paling penting dalam kehidupan)
Ini merupakan salah satu tanda yang Allah sayang pada kita
-----*dunia penjara mukmin?*-----
3. UST RUJHAN MOHAMED RAZAK
Kita kena faham peranan sebagai khalifah
Dunia ini Syurga bagi orang2 kafir & Penjara kepada orang2 mukmin
Akan lahir tindakan dalam hidup
Sama ada hidup kita Bahagia / Celaka = bergantung pada bagaimana kita memilih antara jalan yang benar / salah
Mengapa Dunia dianggap Penjara?
Penjara ada disiplin tertentu.. Begitu jua hidup di dunia ini, ada ketetapan & ketentuan dari Allah
Berpeganglah pada kitab Allah & Sunatullah
Mengapa pula diistilahkan Syurga kepada orang kafir?
Dunia tidak ada batasan (bila nafsu jadi Tuhan)
Bergantung kepada sejauh mana cara kita memilih jalan dalam kehidupan kita
Jangan salahkan lorong, mungkin mata kita yang kabur, maka tidak nampak jalan kebenaran
-----*perihal teori big bang?*-----
4. DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN
Ia adalah salah satu proses kejadian alam
Terdapat bukti mengenai teori ini dalam al-Quran;
"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?" (Surah Al-Anbiya' , ayat 30)
teori big bang (pemisahan langit & bumi)
teori ini luas.. ada kaitan dalam fizik; singularity (asalnya 1)
Bila itu berlaku?
Saintis cakap dengan yakin, alam ini telah wujud lebih kurang 15 billion tahun dahulu
Berdasarkan Al-Quran;
(Surah Fusshilat, Ayat 11)"Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela; "
Daripada ayat di atas, kosmos pada asalnya berbentuk asap > mukjizat agung
Asap itu adalah gas yang didominasi Hidrogen & Helium seperti asap raksasa (ad-dukhan)
Pada abad ke-20 baru kita dapat melihat semua itu, berdasarkan data daripada teleskop Hubble, sedangkan Quran sudah lama wujud..Subhanallah
Selepas itu tibalah masanya kelahiran Bumi;
"Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya);" (Surah An-Nazi'at, Ayat 30)
Bumi didatangkan selepas kejadian langit itu (selepas bintang, baru lahir bumi)
Ada ulama' mengatakan bumi tercipta dahulu sebelum langit, tetapi berdasarkan ayat ini, langit diciptakan dahulu sebelum Bumi (Dr. Danial merujuk kitab Al-Asas Fi Tafsir, m/s 63-67.. Syeikh Syed Hawa menegur sebahagian yang kata bumi diciptakan dahulu)
Usia Bumi = 4.5 Billion tahun
-----*antara 3 matlamat manusia hidup di dunia - bina tamadun*-----
5. UST. RUJHAN MOHAMED RAZAK
Tamadun & formula Al-Quran adalah teras keberadaan manusia di bumi
Pembangunan adalah ketamadunan secara fizikal tanpa Islam > eg. tembok besar China
> Pandangan kita bagaimana?
Dari kaca mata agama, melihat dari piawaian Allah..
. Tamadun secara Fizikal > bangunan yang tinggi2, penuh dengan kemudahan, etc.
. Jika teras dari agama > Tamadun Rohaniah (terasnya Aqidah)
Tindakan Nabi untuk mencapai ketamadunan;
Membebaskan jiwa manusia daripada syirik
selepas itu lahirlah nilai2 murni manusia
kerana pada Zaman Jahiliah-- masyarakatnya 'brutal' tahap maksima
Namun apabila tamadun rohani membangun > berubah jadi positif, malah terlalu baik bagai jelmaan malaikat di muka bumi
Al-Quran yang diturunkan membawa 2 aspek penting tamadun > rohani & fizikal
-----*adakah bumi sudah tua?*-----
6. DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN
Ya.. Bumi sudah hampir pada 'kematiannya' > hari kiamat
Ada kaitan dengan bencana alam
Menurut Imam al-Bukhari: gempa bumi akan menjadi lebih kerap apabila hampirnya hari kiamat
Data daripada American National Earthquake Information Centre ; sebanyak 20, 832 gempa bumi pada tahun 1999
Salah 1 sebab mereka katakan ; pembangunan..bangunan tinggi2 semakin banyak
Bila berlaku sesuatu tragedi, ia juga berkaitan dengan manusia, oleh kerana tamadun rohani yang berkurangan
Kaji al-Quran >> Surah Al-'Ankabut, Ayat 14 ;
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggallah dia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka)." (Surah Al-'Ankabut, Ayat 14)
Jika diperhatikan dari ayat ini, banjir besar berlaku oleh sebab kezaliman yang dilakukan pada zaman Nabi Nuh
Contoh ke-2 ; kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks luar tabii (homoseks), yang akhirnya ditimbus dengan batuan panas (daripada gunung berapi ~ piroclastic flow)
Apabila kita berbicara mengenai bencana alam, maka kita juga perlu untuk menyentuh aspek rohani (turutilah arahan dari Allah)
-----*penutup*-----
7. UST. RUJHAN MOHAMED RAZAK
Bersyukurlah sebagai hamba Allah & khalifah di muka bumi ini
Jagalah nikmat kehidupan, jadilah hamba yang terbaik, menurut piawaian Allah
8. DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN
Allah perintahkan orang2 yang soleh untuk mentadbir bumi, maka ke'soleh'anlah yang kita mesti didik dari awal
*Ingat~! Soleh = piawaian Allah
Lihat pada zaman Nabi... Allah telah beri kekuatan kepada mereka sebab mereka soleh
Pada akhir zaman? > Imam Mahdi yang hebat, juga dari kalangan orang yang soleh
Dari era kegelapan ke arah era kegemilangan dengan "berkat soleh"
------------END----------
Sama2lah kita berusaha untuk memperbaiki dan sentiasa mengupgrade iman & taqwa dalam diri, moga dapat menjadi insan cemerlang secara holistik bersama kecemerlangan tamadun fizikal dan rohani.. InsyaAllah ... go ummah~! ^^,
No comments:
Post a Comment