Daripada Abi Darda' R.A, Sabda Rasulullah SAW; "Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi dipelihara dan diselamatkannya dari Fitnah Dajjal '. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
*Adab Hadis - paling kurang kena nyatakan ia riwayat dari siapa
*Ada 6 ulama' hadis yang menonjol (soheh sittah)
1. Imam Bukhari
2. Imam Muslim
3. Abu Dawud
4. At-Tarmizi
5. An-Nasa'i
6. Ibnu Majjah
Setiap hadis ada sanad & perawinya, tidak terputus hingga sahabat, & baginda sendiri..
1. Di akhir zaman, akan ada fitnah dajjal
- ayat tadi bukan sekadar hafaz, tetapi perlu memahaminya & melaksanakan tuntutan ayat tersebut
2. Dajjal tidak disebut di dalam Quran, tetapi ada di dalam hadis
a) Mata kanannya buta, mata kirinya bersinar
- menampakkan pada kita bahawa dajjal itu tidak sempurna
- 1 mata itu merupakan 1 simbol - simbol kejahatan di akhir zaman
b) Di dahinya ada tulisan 'kafir', boleh dilihat oleh semua orang muslim
- perjuangannya ialah menegakkan kekufuran
- berminat untuk menghancurkan dunia
c) 'Teknologi' dajjal itu hebat
- antaranya, boleh mengarahkan langit menurunkan hujan
- analogi : contoh teknologi moden dalam menghasilkan hujan : menggunakan 'crystal silver iodin' melalui kaedah pembenihan awan
d) Dia akan mengarahkan manusia ikut perintahnya
- menggambarkan kuasa diktator
e) Dia akan membawa air (yang sebenarnya api) & api (yang sebenarnya air)
- yang dipopularkannya itu kontra (seperti putar belit media massa)
- yang maksiat nampak cantik (mencantikkan kesesatan)
f) Dajjal akan membawa sesuatu yang seumpama syurga & neraka
- juga membawakan sesuatu yang spiritual, namun syurganya adalah neraka, & nerakanya adalah syurga
- ada yang merasakan dia beriman tetapi sebenarnya tertipu dengannya
3. Takrif dalam memahami dajjal
- dari bahasa arab, "dajala" = yang menutup / menimbus
- maksud dalam kamus lisanul arab = ia menimbus kebenaran menggunakan kekufuran.. mengelirukan orang
- pelbagai pandangan zahir
*turut diselitkan pandangan beliau mengenai Illuminati >> simbolnya mata satu, mungkin benar itu ada kaitan dengan dajjal, mungkin juga tidak, tapi tidak mustahil
- menurut pandangan Ibnu Dardus, dajjal ialah kuasa-kuasa besar
- ada yang cakap ia adalah 'New World Order'
- Dr. Danial bersandar pada pandangan hamka, yakni; "Jika sesuatu itu tidak lari dari konsepnya maka kita masih boleh terima.."
- Dajjal ini juga berpura-pura menampakkan bahawa dia seorang yang kuat agamanya
- menurut Ahmad Thompson > dajjal boleh menonjol dalam 3 dimensi
a) suatu isme / ideologi (paling melanda kita kini - dunia hedonisme)
b) suatu kelompok manusia yang sukakan kekufuran & beria-ia mahu menghancurkan Islam
c) di saat kemuncaknya ada seorang pemimpin hebat di dunia yang memusnahkan kebenaran (guna tentera & soldadunya)
menurut beliau lagi, Maksud Illuminati (dari wikipedia) = the power behind the thrones (golongan yang brutal yang boleh mempengaruhi pemimpin untuk mengikut rentaknya)
Perincian makna Surah Al-Kahfi (formula):
1. Ayat pertama :
"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):"
- maksudnya, dunia akhir zaman penuh bengkang-bengkok.. Qur'an mesti menjadi pegangan.. hendaklah mengaji, mengkaji, menghayati [jadikan al-Quran sebagai kompas hidup]
2. Ayat kedua :
"(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik."
- melindungi diri dengan amal soleh
3. Ayat 4 :
"Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: Allah mempunyai anak."
- Peringatan berbentuk ancaman : berhati-hati dengan konsep ketuhanan.. kita tidak boleh mengamalkan konsep pluralisme
4. Peringatan terhadap ayat no.7 :
"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."
- maksudnya, dunia ini indah dengan perhiasan, seronok, tetapi ianya suatu ujian
5. Ayat 9 :
"Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?"
- agar menjadi 'ashabul kahfi' zaman ini [fokus pada anak muda kita >> remaja]
- kita di era yang bercambah masalah tapi tiada jalan keluar, sebab kita tidak kembali pada benda asas yang bertunjangkan Qur'an
- orang yang paling mulia = orang yang bertaqwa
- budak cerdik yang terbabas ketaqwaan = pencetus masalah terbaru
- jika hendak formula jalan keluar, tekankanlah pada taqwa... Allah akan tunjukkan jalan keluar
Hadis Riwayat muslim : "Bersegeralah beramal soleh, kerana akan ada bala menimpamu seperti kepingan-kepingan di waktu malam".. [maksudnya, segeralah beramal kerana belum selesai sesuatu masalah itu, masalah lain pula boleh datang menimpa..]
-Sekian, Wallahu-a'lam-
No comments:
Post a Comment