20 August 2011

Apakah Erti Sebenar Hafazan Al-Qur'an ?

Berikut adalah sebahagian petikan yang sempat diambil daripada salah satu episod rancangan 'AL-QUR'AN THE NEW DAWN' (sebuah dokumentari tafsir Al-Qur'an berbahasa arab dengan sarikata bahasa malaysia) pada 9 Julai 2011 di TV AL-HIJRAH

"Face this book before you face the Facebook" -menarik kan? [gambar ini bukan saya yang punya, saya hanya menyebarkannya, barakallahu-fiik bagi yang design~]
.....
Hafazan yang sebenar bererti penjagaan pengertian, kesucian dan penyampaiannya.
Aplikasi mafhumnya ke dalam kehidupan realiti.
Ia sepatutnya dijadikan panduan hidup zaman kini.

Hafazan yang sebenar merupakan yang bersesuaian dengan realiti,
Diaplikasikan secara menyeluruh dalam setiap sesuatu.
Sejak awal penurunannya, ia datang bersama peringatan yang penting tentang cara mengendalikannya.

Seperti dalam firman Allah kepada RasulNya,
Ketika cara manfaatkannya dijelaskan kepada Baginda :
"Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu)." ~Surah Al-Qiamah, Ayat 16~

Ia bukan sekadar membacanya dengan lisan, bahkan lebih besar daripada itu.
Jangan anggap ia cuma berakhir di situ.
Jangan hanya menggerakkan lidahmu dan tergesa-gesa membacanya.
Namun, dalami pengertiannya hingga tergerak hati dan mindamu.
Hingga manusia sedar kerananya, Maka hasilnya, realiti akan berubah.

Oleh kerana ia bukan sekadar pembacaan, berikutan ayat tadi, Allah menyambung dalam firmanNya ;
"Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);" ~Surah Al-Qiamah, Ayat 17~

Mafhum 'kumpul' ini bukanlah hanya seperti yang kita jangkakan.
Iaitu dengan satukannya dengan ayat-ayat seterusnya.
'Kumpul' ini bukanlah bermaksud menyematkannya ke dalam minda semata-mata.
Bahkan dengan menjadikannya pedoman hidup.
Supaya hidup masyarakat berpaksikan Al-Qur'an.

Matlamat ini tak akan terealisasi dengan hanya membacanya.
Oleh itu, janganlah semata-mata membacanya.
Minda-mindamu seharusnya bergerak selari dengan kandungannya.

Kemudian turun ayat seterusnya ;
"Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;" ~Surah Al-Qiamah, Ayat 18~
"Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan)." ~Surah Al-Qiamah, Ayat 19~
Apakah sambungan kepada "Sekiranya Kami membacanya"?
Adakah dengan bersegera menghafalnya?
Atau adakah dengan berulang-ulang kali membacanya hingga tidak lupa?
Tidak.

Ayat seterusnya bermaksud ;
"Ikutilah bacaannya."
'Ikut' bermakna mendalami erti kalimahnya lalu aplikasikannya dalam kehidupan seharian.
'Ikut' bermaksud jadikan pengertian kalimat itu pedoman dalam kehidupan.

Ayat ini diikuti dengan ;
"Kemudian, Kamilah yang bertanggungjawab menjelaskannya.."
Padanya terdapat penjelasan yang sangat jelas dan nyata.
Ia tak akan terjadi melainkan dengan beberapa peringkat.
Setiap perkara takkan terjadi jika hanya disebut.
....

Sekian, Allahu-a'lam

No comments: