Keraguan pernah menghantui diri ini sejak membaca sebuah email berantai suatu ketika dulu (yang saya pernah sebarkan dalam blog ini -sudah delete-) meskipun pada produk yang disahkan halal oleh pihak JAKIM terang tang tang! [haish.. kini sudah berhati-hati dalam mempercayai sesuatu berita, apatah lagi yang disebarkan secara berantai]
Tak dinafikan, ada antara kod tersebut diperbuat daripada haiwan termasuklah babi, namun komen daripada pihak JAKIM sendiri menyatakan mereka telah menjalankan siasatan secara terperinci termasuklah sumber-sumber bahan tambahan tersebut..
Kesimpulannya, apa-apa sahaja produk yang kita beli, pastikan ada logo halal JAKIM..
Ini yang sah! Sumber dari web JAKIM |
InsyaAllah, setelah ada badan yang bertanggungjawab dalam memastikan kehalalan produk-produk bagi umat Islam negara kita, kita harus yakin dengan tugas mereka..
Tanggungjawab mereka adalah memantau dan memberikan sijil halal pada yang lengkap piawaiannya,
manakala tanggungjawab kita adalah memilih produk yang telah disahkan halal oleh pihak JAKIM..
INGAT, halal bukan sekadar pada jenis makanan / sumbernya, tetapi ia berkait dengan seluruh kehidupan kita termasuklah :
- sumber duit yang kita dapat
- pekerjaan yang kita buat
- produk kulit yang kita pakai,
- produk mandian / kebersihan yang kita pakai
- kalau produk dah halal tapi seludup cara haram / dicuri tetap haram juga ya!!
oh ya, mengenai rancangan Ejen Halal, rancangan ini disiarkan pada setiap hari Isnin, 9.30 malam di TV Al-Hijrah..
[diri ini sudah jatuh cinta dengan TV Al-Hijrah, Alhamdulillah, banyak program yang bermanfaat disiarkan.. sesiapa yang ada astro tekan saja nombor 119 pada remote control..]
Sesiapa yang ada FB, boleh juga menonton live di FB asyik.TV (like page tersebut dan ikut arahannya).. kemudian klik pada logo TV Al-Hijrah. Setakat ni memang puas hati, clear & lancar ^_^ [terima kasih pada rakan se-kos yang memperkenalkan page ini]
Ok, selamat menonton, semua ada di hujung jari, terpulang pada kita untuk memilih yang buruk / baik!
Sekian, Wassalam~
No comments:
Post a Comment